Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ning baizura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ning baizura. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Julai 2012

GEMPAR!! Benarkah Ning Baizura Sertai Pas??



SELEBRITI menyertai parti politik bagaikan sebuah isu semakin hangat diperkatakan hari ini. Bermula dari pengakuan terbuka oleh Abby Abadi dan Hairie Othman, ramai lagi artis yang didakwa akan menyertai PAS sepertimana didakwa oleh barisan kepimpinannya.

Namun penyanyi popular Ning Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut.



Foto Ning Baizura memakai tudung juga disebarkan bagi menguatkan khabar angin itu. Ning Baizura secara tegas menafikan berita tersebut dan melarang sesiapapun mengeksploitasikan dirinya untuk kepentingan politik mereka.


Sumber PJO