Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas sesat. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2012

PANASS!! Demi KUASA Pas Sanggup Belot Islam Untuk Terima SYIAH dan Khawarij Sertai Pas!! #PASesat


Komen Aby Aqif: Ish.. Ish.. Ish.. Aku betul² meragui aqidah Haji Hadi sekarang. Prinsip Ahli Sunnah adalah menolak kaum sesat seperti SYIAH dan  Khawarij. Tapi Haji Hadi pulak terima mereka masuk PAS dengan bangganya. Apa susah jadik..???

Komen McTheory pulak: Ishh.. biasa la tu, matlamat, menghalalkan cara, demi PRU 13 ni, Pas rela buat apa saja untuk kalahkan UMNO. Sebab benda lain tak penting, yang penting hanyalah UMNO/BN tumbang.

Oleh itu, orang Pas tak payah sembahyang, sebab tak penting, yang penting hanya politik, tak gitu Haji Hadi? heh..

McTheory:
Jenis kalau dah sesat, memang la macam tu

TUDIAA!! Kenapa Pas Nak Tendang DHPP Dari Parti!!


KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan memberi peringatan kepada beberapa orang pemimpin didalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) supaya tidak membuat kenyataan terburu-buru.

Peringatan itu diberikan ekoran kenyataan yang dibuat oleh DHPP berhubung tangkapan khalwat yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) terhadap dua pasangan bukan islam.

"Saya nasihatkan beberapa orang pemimpin DHPP, saya sebagai Penolong Setiausaha Agong PAS nak bagi ingatanlah kepada DHPP tu, bertindaklah sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS jangan sebaliknya, ni bukan menyokong dah ni"

Takiyuddin yang agak tertekan dengan isu yang melanda Kerajaan Negeri terutamanya melibatkan MPKB-BRI dan masyarakat bukan islam itu turut beberapa kali dilihat melepaskan kemarahannya kepada wartawan ketika sidang media yang berlangsung kelmarin.

Tekanan itu dipercayai datangnya dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini turut menggesa kepimpinan PAS pusat campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada Exco Kelantan semata-mata.

"Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam, keputusan ini, pada fikiran saya, adalah tidak mengikut perlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah, dan ia tidak boleh dikenakan kerana ia menyalahi undang-undang," kata Karpal.

"Majlis (tempatan) tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Karpal turut melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.

Seterusnya Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Bharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Pemimpin-pemimpin Pas perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya.

"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuat kuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan Pas Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya.

Dengan sekali sahaja gertakkan Karpal yang lantang itu akhirnya Kerajaan PAS Kelantan akur dan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bahru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Bagaimanapun isu terbaru yang melibatkan tangkapan khalwat terhadap orang bukan Islam itu belum lagi diulas oleh Karpal, justeru, Takiyuddin perlu menyelesaikan perkara itu seberapa segera sebelum sekali lagi akan digertak oleh Karpal dan sekaligus akan menambahkan lagi tekanan kepada beliau dan Kerajaan Pas Kelantan selain daripada dilihat oleh umat Islam sebagai pemimpin dan kerajaan yang bacul. - Gelombang Kick


McTheory:
Patut la, kes calon dan kerusi PRU!!

Ahad, 14 Oktober 2012

TUDIAA!! Pas Tolak Ulamak Sokong Paderi!! #PasBodoh


Tidak perlu bagi seseorang itu untuk menjadi pakar atau pemerhati politik untuk mengagak kesudahan gabungan PAS-DAP/PKR. Cukup bagi seorang biasa yang rasional untuk mengetahui dengan lebih awal bahawa gabungan tersebut bakal membawa kecelaruan di dalam masyarakat Islam, kalaupun tidak kemusnahan secara rasmi.

Sebagai parti yang kononnya lahir kerana Allah SWT dan berpaksikan agama Islam, keputusan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR samalah ertinya dengan membuat perjanjian dengan syaitan. Mungkin ini berlaku kerana ‘masinnya mulut Tok Guru Nik Aziz’ yang pernah membuat kenyataan sanggup bekerjasama dengan syaitan sekali pun, demi untuk menjatuhkan UMNO.

PAS suatu ketika dahulu menampilkan imej ekstrem, mengambil sikap memusuhi bukan Islam termasuk orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka, atas alasan jahil dan kafir. Kata PAS ketika itu, hanya Ulama yang layak memerintah dan memimpin umat dan masyarakat. Jika BN meletakkan calon Cina dari MCA atau India dari MIC bertanding PRU dalam sesuatu kawasan, PAS akan bermati-matian berkempen mengingatkan orang Islam tentang dosa mengundi bukan Islam.

Tetapi, itu cerita lama. PAS kini adalah PAS baru yang lebih terbuka untuk disesuaikan dengan arus politik semasa. Segala pendirian yang ektremis kini tidak lagi relevan, malah Negara Islam dan hudud juga sudah menjadi perkara subjektif.

PAS kini tidak lagi memusuhi bukan Islam tetapi berpelukan hangat dengan Lim Kit Siang. Pemimpin tidak semestinya di kalangan Ulama tetapi PAS bersedia menjulang peliwat dan penzina yang berfahaman liberal sebagai Perdana Menteri. Haram halal sesuatu sumber hanyalah tertakluk kepada UMNO, manakala bagi PAS, adalah ‘sunat’ untuk mengaut keuntungan politik dari dana Yahudi dan Soros yang disalurkan kepada SUARAM, BERSIH dan lain-lain lagi. Pendekatan PAS juga dilihat jauh lebih ‘mesra’ maksiat dari UMNO jika dilihat dari jumlah pusat hiburan yang tumbuh sejurus selepas PR mengambil-alih Selangor.

PAS telah mengtidak-apakan penggunaan nama Allah SWT dalam kitab-kitab agama lain serta menyokong pengedaran injil berbahasa Melayu sekali gus membantu penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam.

Tahniah diucapkan kepada PAS kerana berjaya membuktikan bahawa parti itu adalah jauh lebih terbuka dari UMNO sendiri.

Kini, PAS tidak lagi meletakkan Islam sebagai hak ekslusif parti, tetapi menerima bukan Islam ke dalam parti dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Dan kemuncak keterbukaan PAS ini boleh dilihat melalui kesanggupan parti itu meletakkan Padri Kristian sebagai calon PRU ke-13 nanti. Keterbukaan yang ditunjukkan PAS ini adalah konsisten dengan sikap parti itu yang begitu berat untuk bekerjasama dengan JAIS dalam membendung kegiatan memurtadkan umat Islam oleh puak-puak Kristian.

Antara Padri Kristian yang dikenalpasti akan menjadi calon PAS melalui DHPP ialah Pastor Otou @ Francis Singoron. Beliau diletakkan sebagai calon di DUN Pitas, Sabah di mana 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian. Gerak kerja kempen atau lebih tepat, dakwah, Pastor Francis banyak dibantu oleh dua rakan pendakwah Kristiannya iaitu Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin.

Tidak mustahil jika Pastor Francis menang, maka pecahan penduduk DUN Pitas dari segi agama akan memperlihatkan peningkatan dalam peratusan penduduk beragama Kristian, sekali gus pengurangan dalam peratusan penduduk beragama Islam.

Begitulah ‘terbukanya’ PAS hari ini sehingga sanggup mengenepikan Ulama, menjunjung artis, mengangkat Syiah, golongan ‘professional’, peliwat, penzina berfahaman liberal, hatta Padri Kristian juga, sebagai pemimpin masyarakat, parti mahupun negara.

Walau apapun, tidak perlulah untuk kita merasa terkejut dengan perkembangan terbaru di dalam PAS ini kerana apalah pengakhiran boleh diharapkan dari sebuah perjanjian dengan syaitan? Ke mana lagi sang syaitan boleh membawa manusia, melainkan ke neraka.

Selasa, 24 Julai 2012

PANASS!! Nampaknya Tantawi Pulak Kena Pijak Dengan Karpal Singh!!


Pi mai, pi mai.. nampaknya Pas terpaksa berbohong lagi pasal Dap. Kononnya Dap ni dah boleh menerima Islam. Malah Tantawi kata, Pas selalu tarbiah Dap pasal Islam. he he.. lawak pun ada jugak.

Kalau benarlah Pas selalu tarbiah Dap pasal Islam. Tentunya Dap menjadi semakin baik dan menerima Islam. Namun setelah berbelas tahun Pas bersama Dap. Mc tengok sama juga perangai Dap. Kat Selangor tu, bersepah-sepah rumah urut dan pelacuran. Kat Kedah pulak kelab tarian separuh bogel menjadi sumber kewangan utama puak Dap. Kat mana yang berubah menjadi lebih baik tu?

Rasanya itulah kesannya, apabila Pas tarbiah Dap.. Dap menjadi lagi teruk, sebab Islam Pas kan songsang!! Mau tak sesat jauh Dap.. he he..


McTheory:
Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus la jadinya..

Isnin, 23 Julai 2012

TUDIAA!! Mengucap Dua Kalimah Syahadah Belum Tentu ISLAM? - Abby Abadi


Mc makin tak faham dengan Abby. Kalau pagi tadi dia kata, masuk Pas umpama dah ada list dalam syurga nak baca klik SINI.

Kali ni dia kata, walaupun mengucap dua kalimah syahadah, belum tentu masuk syurga, sebab Nabi Muhammad SAW tak mengaku kita ni umatnya?? wow! berat kenyataan ni..


Mc nak tanya Cik Abby, bagaimana agaknya nasib umat Islam diluar negara dan diwaktu Pas belum wujud lagi? Apakah Nabi Muhammad SAW tidak mengaku mereka itu umatnya, walaupun berpegang teguh dengan Rukun Islam dan Rukun Iman? Jawab Abby Jawab..

Masuk Pas, undi Pas, tidak termasuk dalam rukun Islam ataupun rukun Iman.


McTheory:
Ya Allah..selamatkanlah Umat Mu dari kesesatan di alam nyata!!

PANASS!! Abby Abadi Semakin Jauh Tersesat!! #Pasrabut


Lihat video diatas..

Kemudian dengar betul-betul kenyataan dari Abby.


Apakah ini bermakna Abby sudah tersesat jauh? Siapa agaknya yang mengajar Abby, masuk Pas, umpama masuk list  ahli syurga?

Inilah yang dikatakan artis yang baru nak insaf, sudah disesatkan oleh Pas. Mereka ini jahil, apabila hendak kembali ke jalan yang benar, mereka ini tersalah memilih Pas sebagai panduan. Pas pula memperbodohkan orang-orang yang jahil ini dengan fahaman yang bukan-bukan.

Hasilnya nanti, jadilah seperti di atas.

Cerita artis join kumpulan ajaran sesat sebenarnya bukan baru. Dulu ada artis yang geng dengan Ayah Pin, ada artis yang masuk Aqram, guru yahya, dan sekarang ni.. musim artis bodoh-bodoh ni disesatkan oleh Pas pula.

Apa la nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ni.. minta ada bijak pandai agama yang perlu mencegah perbuatan ini dari terus menjadi melampau.

Ya Allah.. tunjukkanlah kebenaran mu di bulan puasa yang mulia ini.


McTheory:
Puak Pas semakin melampau.. melampau sangat sesatnya..

Ahad, 8 Januari 2012

KASI PANAS!! Apa punya bangang la Persuruhjaya Pas Selangor ni?


Adehh.. ni lagi satu umat manusia yang bangang di muka bumi ni. Adakah sama demo dengan haji. Dulu Nik Aziz kata demo ni sama dengan sembahyang Jumaat, kali ni Dr Rani pulak kata sama dengan haji. Adakah, kita umat Islam beribadat, berjemaah hanya apabila kita tak puas hati kat Allah saja ka? Sebab demo terjadi apabila ada si beruk-beruk yang tak puas hati dengan kerajaan pemerintah, sama ka tu? mangkuk sungguh mamat ni.

McTheory:
Pas ni makin sesat la.. makin jauh perginya..

Jumaat, 16 Disember 2011

TUDIAA!! USTAZ NASHA BAKAL SERTAI HASAN ALI??


Seorang lagi pejuang Islam sebenar dalam Pas bersuara. Pas makin pelik, ya betul.. sejak berkawan dengan Anwar dan Dap ni. Pas dah makin pelik.. dan sangat pelik.. Islam Pas pun dah makin kritikal. Dulu mereka ni dianggap ektrimis, sekarang ni tah la. Dah takdak rate nak buh kat Pas ni.