Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pasma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasma. Papar semua catatan

Selasa, 23 Jun 2015

Mat Sabu and the geng Bakal Tinggalkan Pas?



Dijangkakan separuh nama didalam list ini akan keluar parti selepas raya nanti.

Mereka ini dikenali sebagai kumpulan Wadah Baru sementara kini dikenali sbg G18 :-

Antara orang kuat yang menjadi pengerak.

Pengerusi- Tn Haji Mohamad Sabu
Timbalan- Tn Hj Salahudin Ayub
Setiausaha- Dr Dzulkifli Ahmad
Penolong S/u- Suhaizan Kaiat

Apakah kita akan menyaksikan buat pertama kalinya Pas akan berpecah menjadi dua parti?

Sama-sama kita tunggu.

Isnin, 22 Jun 2015

PasMa Bakal Ganti Pas Untuk Pakatan Rakyat?


Nampaknya apa yang dijangka sudah berlaku. Memang hasrat PasMa nak gantikan Pas dalam Pakatan. Ini topeng Islam yang dicipta Dap.

Takkan Pas nak tengok saja?

Khamis, 26 Februari 2015

PasMa Pilih Kedah Untuk Buat Gerakan?



Ada cerita terpanas yang baru keluar dari ‘oven’ bak kata orang masih ‘fresh’ lagi cerita ni, masih baru, masih segar. Kisah tentang Pasma. Kita pun tak tahu, sama ada Pasma ni ditubuhkan untuk apa, apa tujuan mereka yang sebenar, apa pulak cerita dibelakang dan dimana lokasi sebenar mereka.

Pasma atau nama penuh mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, sudah mula gerakan dalam diam yang digerakan oleh pemimpin tertinggi Pas sendiri Dr Hatta. Pasma yang kini diketuai oleh Phahrolrazi bekas Exco kanan Kerajaan negeri Kedah yang lepas, sedang mencari lokasi yang sesuai di Kedah untuk mereka bertapak.

Dikatakan beberapa tempat seperti Sungai Petani, Alor Setar dan Merbok menjadi pilihan, kerana ketiga-tiganya merupakan pusat bandar dan sesuai menjadi tempat operasi. Jika Pasma wujudkan pusat operasi, ini bermakna mereka sememangnya serius dalam pergerakan malah perancangan selepas ini semakin hebat dan lebih teratur.

Cuma pemilihan pusat operasi utama di Kedah menjadi tanda tanya, adakah kerana Presiden Pasma asal dari Kedah, sebab itu Kedah dipilih, atau sememangnya Kedah merupakan kekuatan paling utama Pasma di Malaysia. Mungkin kita dapat mengagak ahli Pasma kini paling ramai di Kedah, atas alasan yang demikian Kedah dipilih perlu menjadi pusat operasi utama.

Atau ada sebab lain?

Adakah unsur ‘syiah’ juga ada berkait rapat dengan Pasma? Sebab kita tahu, ahli syiah paling ramai di Pendang dan ketua Syiah di Malaysia pun asal dari Pendang dan setakat yang penulis tahu, pembiakan ahli syiah ini, sememangnya Pendang antara lokasi paling ‘top’ di Malaysia dan merupakan pusat utama. Kalau tidak mana mungkin Mat Sabu berani bertanding disana (walaupun kalah).

Jika Pasma makin maju kehadapan, bagaimana pula dengan parti Pas? Semakin hari penulis melihat parti Pas seperti orang tua yang menunggu masa untuk pencen. Umpama mereka dah bersedia untuk digantikan oleh Pasma. Walaupun kem ‘Ulama’ dalam Pas masih utuh dan kuat, tapi gerakan dimarkas dan bawahan menceritakan ‘sudut’ lain. Jika akar dah musnah, masakan pokok masih boleh berdiri?

Kesimpulannya kita tunggu apa pula yang akan Pasma buat. Adakah Pasma akan terus maju meninggalkan Pas, atau Pas akan mengorak langkah baru bagi membendung Pasma.

Sama-sama kita tengok naa..

MyKmu

Ahad, 25 Januari 2015

PASMA Bawa Suara Dap dalam Pas?



Sebenarnya penulis agak hairan dengan sikap Presiden PASMA yang seolah-olah menjadi suara Dap dalam parti Pas. Tindakan beliau mempertikaikan presiden Pas Hadi Awang, seolah-olah ada niat tertentu, sudah pastinya niat tersebut tidak menguntungkan pimpinan Ulamak Pas.

Rasanya sebelum ini tidak pernah kita lihat seorang pemimpin NGO (pro Pas) menegur Presiden parti dengan nada dan kenyataan yang agak keras. Sudah tentu, ia memerlukan sokongan dan keberanian yang tinggi untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi, beliau berani mempertikaikan keputusan seorang presiden parti yang beliau sendiri menjadi ahli.

Nampak seperti Pasma mempunyai sokongan dari parti Dap. Pelik tapi benar.

Apakah kini Pasma membawa suara Dap dalam Pas? Presiden Pasma seakan-akan bersuara mengantikan SU Agung Dap. Sedangkan parti Dap sendiri pun hanya mengutuk Pas dari belakang, tetapi Pasma dengan ‘gagahnya’ bersuara dan menghentam Hadi Awang, Presiden Pas iaitu parti mereka sendiri.

Kini barulah kita tahu, dalam ramai tokoh pimpinan Pas, kenapa Phahrolrazi bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang layak dilantik sebagai Presiden Pasma. Rupanya beliau memang seorang yang sangat berani bersuara dan suka menentang ketua, seperti mana yang berlaku ketika beliau menjadi Exco dibawah pimpinan Allahyaraham Ustaz Azizan.

Disebabkan peranan beliau, pimpinan Kerajaan negeri tersungkur.

Setelah beliau berjaya memusnahkan Pas Kedah, kini beliau ke Pas Pusat untuk mengkucar-kacirkan pimpinan ulamak disana pula. Patutlah Mat Sabu atau Mahfuz sendiri tidak berani berdepan dengan Phahrol, rupanya ini sebab dan puncanya.

Teori bahawa, Pasma akan mengantikan Pas nampaknya hampir menjadi kenyataan. Sebab itu sehingga sekarang, masih tiada orang dalam Pas yang berani bangkit pertahankan presiden mereka. Keadaan seolah-olah mengiyakan, apa saja kata Phahrolrazi.

Apakah orang Pas sebenarnya merelakan pimpinan Pasma mengambil alih parti mereka itu?

Tepuk kepala, tanya lebai mereka la!

From:: MYKMU.NET

Jumaat, 7 November 2014

HOT!! Phahrolrazi Presiden Pasma, dah sedia cabar Presiden Pas?




Amboi. Bukan main lagi si Phahrol ni. Dulu membalun Arwah Tan Sri Azizan, bekas MB Kedah. Kini dia rasa dia dah cukup besar untuk jadi boneka lawan Presiden PAS. Mamat perasan ni apa sebenarnya yang dia nak?




Kini Hadi seolah-olah ditinggalkan keseorangan. Orang yang dahulunya disanjung oleh seluruh puak PAS, kini bagaimana dia dilayan? Perpecahan dalaman yang kian menular semakin hari semakin teruk.

Apakah orang bawahan PAS tidak tahu Hadi sedang 'dihukum' oleh DAP dan PKR melalui agen mereka didalam PAS sendiri? Hati-hati sebab PAS ini jika jatuh ke tangan yang salah, perjuangannya akan berubah.
UMNO akan kekal kuat namun PAS akan jatuh andai orang PAS tak bantu Hadi. Sumber dari Keris7lok

He he he.. lawak la si Phahrol ni.. tak boleh jadi Menteri Besar Kedah, dia terus target nak lawan Presiden Pas!! Huh.. memang dasatlahh.. he he..