Memaparkan catatan dengan label projek lynas loji nuklear. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek lynas loji nuklear. Papar semua catatan
Jumaat, 18 Mei 2012
PANASS!! TERUK RUPANYA BUKTI SAINTIFIK RADIASI LYNAS OLEH FUZIAH SALLEH!! Video Wajib Tengok
Teruk rupanya kesan Lynas ni.. walaupun tapak kilangnya cerucuk pun belum letak, tapi dah ada kesan. Mc pun taktau kesannya mai dari mana. Patut la puak tu tak suka sangat.. ha ha ha..
Khamis, 25 Ogos 2011
PROJEK LYNAS LOJI NUKLEAR! Pembohongan Pakatan Haram terbongkar jua..
Semalam Buletin Utama menyiarkan berita MP PAS Hulu Langat, yang juga seorang pakar nuklear yang mengesahkan loji Lynas selamat kerana paras radiasi yang rendah dan tidak merbahaya kepada penduduk setempat.
Mc juga setuju dengan MP Hulu Langat, ini barulah dikira pembangkang yang bersifat konstruktif. Bukan main bantah tanpa usul periksa, ia mencerminkan kebenaran, berbanding dengan yang lain, hanya pandai membuat fitnah.
Pembangunan loji ini pastinya memberi impak pembangunan di kawasan sekitar, selain mewujudkan sektor pekerjaan dalam industri baru dan berteknologi tinggi.
Yang untung, rakyat sekitarnya, juga rakyat Malaysia amnya. Tapi inilah yang ditakuti oleh Fuziah, kerana pembinaan loji ini akan membuktikan kredibiliti kerajaan negeri Pahang, secara tidak langsung, Barisan Nasional sebagai parti yang memerintah. Ini Mc ambil sambil edit di Gerakan Timur.
Namun masih ada juga segelintir puak Pas dan Pkr tidak berpuashati dengan kenyataan ini. Mereka tetap menyatakan projek loji nuklear itu tidak selamat bahkan kononnya berbahaya kepada ibu mengandung.
Lihatlah betapa sempit dan jijiknya pemikiran meraka. Dua orang pakar saintis nuklear tampil memberi penjelasan dan memberi jaminan. Namun mereka masih lagi mempercayai cakap Fuziah Salleh haprak yang langsung tak tahu apa-apa tu.
Janganlah kita jadi bodoh membuat keputusan dengan tanpa usul periksa. Atau cuma ikut-ikutan saja, sedang orang maju kedepan, kita masih lagi duduk kat sini.
McTheory:
jadilah pembangkang yang berguna.. jangan jadi pembangkang serupa sampah..
Langgan:
Catatan (Atom)

