Memaparkan catatan dengan label save palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label save palestine. Papar semua catatan
Ahad, 9 Disember 2012
PANASS!! Catatan Sayu yang Menarik Afdlin Shauki Di Gaza!! #SavePalestine
Bagi Mc ini satu catatan yang jarang orang ke Gaza khabarkan kepada kita. Balik-balik kisah peperangan dan penderitaan. Kisah kanak-kanak dan prinsip mereka amat jarang kita dengar. Lagi bagus orang kat Gaza yang tak minta derma, dari orang Malaysia hingga sanggup menipu untuk minta derma.
Yang minta derma pakai Tin Milo geng lambang parti katak hijau pun ada jugak!
Kat bawah ni Mc bagi lagi gambar Afdlin bersama kanak-kanak Palestine,
Mc respek Afdlin sebab berani ke Gaza dan melihat sendiri perjuangan nasib orang Islam Palestine yang ditindas oleh Israel.
Bukan macam Abby Albody, yang hanya tahu mengutuk dan mencerca sahabat artis lain, sedangkan dia sendiri pun tak berani nak jejak tanah Palestine.
McTheory:
Abby patut melawat Israel, sebab perangai pun lebih kurang sama.. sahabat!
Sabtu, 8 Disember 2012
INFO!! Tentera Malaikat Palestine Tak Pernah Tewas Melawan Tentera Israel!!
GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.
Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil. -HM-
Isnin, 3 Disember 2012
TUDIAA!! Hamas Palestine Ikhtiraf UMNO Lebih Islam Dari Pas?

Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia. Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.
Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya. Justeru, secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.
Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam. Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.
Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel. Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.
Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten. Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas. Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.
Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.
Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.
Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.
Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.
Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.
Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia. Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.
Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.
Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.
Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.
Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.
Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.
Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?
Jumaat, 23 November 2012
GEMPAR!! Doa Senjata Umat Islam Utama Menumpaskan Kafir Israel Laknattulah!! #PrayForGaza
Berdoa, adalah senjata paling utama umat Islam untuk menumbangkan kekejaman dan menghapuskan kezaliman orang kafir terhadap orang Islam.
KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini dinasihat tidak memandang remeh usaha membantu penduduk Gaza di Palestin yang sedang dizalimi dengan cara bersolat hajat dan berdoa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, solat hajat dan doa merupakan senjata ampuh kaum mukmin dan apa yang diminta tidak mustahil tertunai dengan kuasa Allah SWT.
"Mungkin ada yang beranggapan tidak jadi apa hanya dengan berdoa dan solat hajat berbanding dengan bantuan lain, namun kita sebagai orang Islam perlu berdoa, solat beserta dengan apa sahaja usaha yang ada untuk mencapai sesuatu matlamat itu," katanya di sini hari ini.
Katanya dalam konteks meminta keselamatan ke atas umat Islam di Palestin, Malaysia berada di landasan yang betul iaitu menggunakan segala saluran ada untuk membantu mereka di samping usaha berdoa dan bersolat hajat.
Beliau berkata usaha membantu mereka (rakyat Palestin) juga tidak harus berhenti setakat dengan berdoa dan bersolat hajat sebaliknya perlu diteruskan dengan tindakan susulan lain termasuk meminta sokongan daripada pihak antarabangsa.
Jamil Khir dalam satu kenyataan sebelum ini meminta semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
Beliau juga meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai semalam.
Masjid-masjid berkenaan juga akan membacakan khutbah khas isu Palestin semasa solat Jumaat minggu ini. - BERNAMA
P/s: Tapi ini ter termasuk dengan doa Pas tu, sebab doa Pas tu bersifat fitnah dan politik. Mana boleh pakai!
Langgan:
Catatan (Atom)





