Sponsor

Memaparkan catatan dengan label sekolah pondok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah pondok. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

INFO! Kerajaan Negeri akan Perkasakan Industri Pondok di Kedah!! #HanyaDiKedah


Kerajaan Negeri berusaha memperkasakan institusi pondok dengan mengambil langkah meletakkan sekolah agama, sekolah pondok dan sekolah tahfiz ke satu tahap yang lebih baik melalui kerjasama Kementerian Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara langkah yang diambil termasuk mengeluarkan bantuan untuk tenaga pengajar sekolah pondok.

Menurutnya, kerjasama itu juga bagi memastikan semakin ramai lepasan pondok di negeri ini mencipta nama di persada dunia, mengharumkan nama negeri dan negara dengan ilmu agama serta kemahiran yang dimiliki.

“Kita berhasrat melihat pelajar institusi pondok bukan sahaja cemerlang dalam ilmu agama tetapi juga memiliki ilmu akademik dan kemahiran supaya mereka dapat menyumbang kepada pembangunan ummah serta negeri.

“Sayang sekali jika aliran pengajian agama ini dibiarkan tanpa pembelaan, dipinggirkan tanpa usaha untuk memartabatkan kedudukannya sebagai institusi pengajian agama yang penting bagi umat Islam di negeri ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan merasmikan Dewan Shahidat Sempena Majlis Ihtifal 73 Tahun di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Padang Lumat, di sini.

Beliau menjelaskan, ramai lepasan pondok yang boleh diteladani, masing-masing tersohor dan disegani di peringkat dunia antaranya bekas Menteri Luar Thailand, Dr Surin Pitsuwan yang berasal dari pondok serta berjaya melangkah ke Universiti Oxford.

“Sekolah ini lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pernah melalui peristiwa tragis pada 22 September 1989, apabila berlaku kebakaran di asrama puteri hingga mengorbankan 27 shahidat. Di atas tapak ini terbinanya Dewan Shahidat.

“Ramai tokoh mencurah bakti di sini termasuk bekas pengetua merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Jawatankuasa Zakat iaitu Yahaya Junid dan seorang ulama yang fasih berbahasa Arab, Urdu dan Inggeris iaitu Azhari Abdul Razak,” katanya.

Dato Seri Mukhiz bersama pelajar sekolah Pondok Pak Ya.

Sabtu, 17 Mei 2014

HOT!! Anak Melayu Dari Pondok Menjadi Pensyarah Oxford!



Walaupun cerita ni pernah di war-warkan dalam blog kira-kira 3 tahun yang lepas. Namun Mc percaya tak ramai lagi yang tak tahu kisah seorang pelajar pondok boleh menjadi pensyarah melayu Islam pertama di Oxford. Hebat.. hebat.

Dr Afifi Al Aki ti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 36 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syiria. Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland.

Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani. Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.



Dahsyatnya profile beliau. Mari kita kena beliau dengan lebih dekat.

Nama beliau Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) – penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Akhir kalam, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Genggam bara api biar menjadi abu. Kalau belajar tu, belajarlah betul-betul, tak kiralah bidang apa pun skali.

Jangan jadikan ilmu agama penyebab tak dapat kerja dan tak berjaya. Tapi salahkan diri sendiri yang tidak betul-betul dalam menuntut ilmu agama. Sedarlah wahai golongan yang belajar ilmu agama, rezeki itu Allah dah tentukan untuk kita. Tinggal untuk kita usaha. Samalah juga dengan golongan yang belajar ilmu lain juga.

sumber : wikipedia