Memaparkan catatan dengan label uitm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uitm. Papar semua catatan
Sabtu, 24 Mei 2014
HOT!! Oitt Dyana, Cukuplah Gadai Diri Tu.. Jangan Cuba Gadai #UiTM Pulak!! #PrkTelukIntan
Persatuan Alumni UiTM Malaysia menegaskan institusi itu tidak harus dijadikan bahan kempen politik seperti yang dilakukan pihak tertentu menjelang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
Setiausaha Agung persatuan itu, Shukri Ishak menarik perhatian bahawa setiap individu berhak dalam negara demokrasi memilih arus politik masing-masing.
“Tetapi jangan gunakan UiTM sebagai bahan kempen politik. Jangan babitkan UiTM. Setiap individu berhak membuat kenyataan tetapi biarlah yang benar dan ada bukti.
“Cakap sahaja untuk kempen politik tanpa bukti dan fakta tidak menunjukkan kepintaran atau kecerdasan minda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dilaporkan mendakwa UiTM mengambil penuntut daripada kalangan keluarga pemimpin Umno yang berada, berbanding penuntut daripada keluarga bukan berada yang tiada kaitan dengan Umno.
Dyana Sofya merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM.
Shukri berkata: “Dia (Dyana Sofya) hanya seorang daripada 600,000 alumni UiTM. Ramai (alumni) juga menjadi pemimpin parti lain daripada Umno.”
Mengulas lanjut, beliau berkata UiTM mempunyai program dipanggil ‘JPA/MARA/Petronas Pre-Overseas Programme’ yang membantu pelajar yang ditaja JPA termasuk berketurunan India dan Cina menjalani latihan antara setahun dan dua tahun sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.
Beliau berkata program yang diperkenalkan sejak 1980-an itu turut meliputi program A Level Jerman yang menyaksikan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti di Jerman.
“Ramai tidak tahu UiTM membantu pelajar bukan Bumiputera mendapat pendedahan melalui latihan selama setahun hingga dua tahun di UiTM sebelum mereka ke luar negara,” katanya berhubung program itu yang dibuat di Pusat Pendidikan Antarabangsa (Intec), yang merupakan sebahagian daripada UiTM.
Beliau menjelaskan Intec yang menawarkan pelbagai program, terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pensyarahnya juga terdiri daripada kalangan pensyarah UiTM.
“Saya yakin UiTM telah melatih lebih ramai anak bukan Bumiputera berbanding Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Tanya UTAR dan KTAR berapa ramai anak Melayu lulus dari tempat mereka,” tegas Shukri.
PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan 31 Mei.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas. - Alumni UiTM
Rabu, 7 Mac 2012
"PANASS!! Tiada Salah Guna Kuasa Oleh VC #UiTM @datosahol" - DS @KhaledNordin
Isu VC UiTM Dato Sahol mungkin sudah 'sejuk' dan tidak perlu diperbahaskan lagi sebenarnya. Tetapi semalam ketika sessi santai bersama Menteri Pengajian Tinggi DS Khaled Nordin, seorang rakan blogger sempat bertanyakan kepada menteri bertanggungjawab mengenai kes yang dialami oleh Dato Sahol.
Menurut DS Khaled Nordin (video di atas) kes tersebut telah pun disiasat oleh BPR dan pihak dalaman UiTM dan mereka mendapati tiada sebarang unsur salah guna kuasa yang dilakukan oleh Dato Sahol melibatkan dua anaknya dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu.
Sambung baca SINI
Selasa, 19 Julai 2011
PANAS!! ANUGERAH TOK HIM UNTUK PELAJAR UITM!! BLOGGER PAKATAN YANG MEROYAN!!
Banyak blogger pembangkang yang mempersendakan berita ini. Bagi Mc anugerah ini wajar, kerana Tok Him adalah bekas pelajar UiTM (dulu dipanggil ITM). Tahukah anda bahawa Tok Him inilah individu yang memperjuangkan ITM sehingga jadi UiTM. Kenapa beliau memperjuangkan ITM jadi UiTM, kerana UiTM hanyalah kepada orang melayu. Jadi orang melayu yang masuk UiTM akan sama tarafnya dengan universiti yang lain.
Dulu ITM mana ada Degree.. kalau ada pun ITM Shah Alam, itu pun terhad pada beberapa subjek. Kini UiTM seGAH namanya. Setaraf dengan universiti lain di Malaysia malah pelajar UiTM lebih diyakini dari Universiti yang lain.
Atas usaha siapa? Kalau bukan Tok Him ni lah dok terhegeh-hegeh hari-hari kacau Tun Dr M, sampai orang tua tu naik jemu.. dan istiharkan ITM sebagai Universiti. Kalau tak percaya pi tanya Ayahanda Tun Dr Mahathir. Beliau mesti ingat punya kisah ni.. he he..
UiTM hanya untuk orang melayu, namun dulu pernah si Anugerah Tuhan kata nak buka UiTM kepada kaum lain.
Selamatlah ramai yang bantah, kalau tak dah selamat dah UiTM kena jual dengan Anugerah Tuhan tu..
Malah ada mangkuk2 ayun yang cuba nak tutup UiTM kata tak relevan, siapa mangkuk2 tu, kalau bukan geng Anugerah tuhan tu la..
Inilah orang panggil melayu jual melayu. Demi kuasa, mereka ni sanggup buat apa saja. Sebab itu kita perlukan Pendekar seperti Tok Him ni lah yang dok pertahan bangsa kita, kalau ikut puak sebelah sana, teloq pun depa gadai nak bagi kat kaum lain.
Oleh itu Mc kata Anugerah ini wajar dan sesuai. Malah ini satu penghormatan UiTM kepada Dato Ibrahim Ali sebagai individu yang banyak membantu menaikkan nama UiTM ke tahap sekarang.
McTheory:
Cerita ni ada budak2 sekarang tau ka? haram laa..
Khamis, 22 Julai 2010
JIKA PAKATAN MEMERINTAH MALAYSIA, UITM AKAN DITUTUP?
Mc ambil sedikit teori dari blog bumiyang.Mungkin Itulah harganya yang bakal dibayar oleh rakyat Malaysia dari kaum Melayu/Bumiputera jika Pakatan Rakyaat berjaya "merampas kuasa" dalam PRU 13 nanti. Ini sekiranya nasib yang dialami oleh Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dijadikan ukuran.
Jika alasan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) adalah kerana pentadbirannya tidak menguntungkan kerajaan negeri Selangor... Adakah kewujudan UITM selama ini memberikan keuntungan kepada kerajaan Persekutuan? Jika dinilai dari wang ringgit, jawapannya tentu sekali "Tidak menguntungkan!!!!".
Apa tidaknya, yuran pelajaran yang rendah, bayaran subsidi makan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, yuran makan dan asrama yang rendah serta lain-lain kemudahan yang di tanggung oleh UITM melalui peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan, tentu sekali ianya bukan suatu "perniagaan" yang menguntungkan!!!
Pandangan anda yang sungguh bijaksana yang kononnya sentiasa berpaksikan kepada ketelusan, hak samarata dan keadilan pula bagaimana? Perlukah institusi yang "merugikan negara" ini ditamatkan sahaja???
p/s: Dulunya Pakatan berjanji akan membukakan 20% peluang kepada pelajar bukan melayu untuk ke UITM. Kini kalau mengikut teori apa yang mereka buat kepada IKYS, pastinya UITM seluruh Malaysia akan ditutup. Kemudian, satu persatu 'harta pusaka' bangsa melayu akan digadaikan. Inilah perjuangan sebenar Pakatan Haram yang haprak!.
MctHeory:
Sampai satu masa, Melayu hanya tinggal seluaq dalam saja la. Tu pun kalau masih ada.
Langgan:
Catatan (Atom)

