Khamis, 22 Julai 2010

JIKA PAKATAN MEMERINTAH MALAYSIA, UITM AKAN DITUTUP?

Mc ambil sedikit teori dari blog bumiyang.

Mungkin Itulah harganya yang bakal dibayar oleh rakyat Malaysia dari kaum Melayu/Bumiputera jika Pakatan Rakyaat berjaya "merampas kuasa" dalam PRU 13 nanti. Ini sekiranya nasib yang dialami oleh Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dijadikan ukuran.

Jika alasan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) adalah kerana pentadbirannya tidak menguntungkan kerajaan negeri Selangor... Adakah kewujudan UITM selama ini memberikan keuntungan kepada kerajaan Persekutuan? Jika dinilai dari wang ringgit, jawapannya tentu sekali "Tidak menguntungkan!!!!".

Apa tidaknya, yuran pelajaran yang rendah, bayaran subsidi makan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, yuran makan dan asrama yang rendah serta lain-lain kemudahan yang di tanggung oleh UITM melalui peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan, tentu sekali ianya bukan suatu "perniagaan" yang menguntungkan!!!

Pandangan anda yang sungguh bijaksana yang kononnya sentiasa berpaksikan kepada ketelusan, hak samarata dan keadilan pula bagaimana? Perlukah institusi yang "merugikan negara" ini ditamatkan sahaja???

p/s: Dulunya Pakatan berjanji akan membukakan 20% peluang kepada pelajar bukan melayu untuk ke UITM. Kini kalau mengikut teori apa yang mereka buat kepada IKYS, pastinya UITM seluruh Malaysia akan ditutup. Kemudian, satu persatu 'harta pusaka' bangsa melayu akan digadaikan. Inilah perjuangan sebenar Pakatan Haram yang haprak!.

MctHeory:
Sampai satu masa, Melayu hanya tinggal seluaq dalam saja la. Tu pun kalau masih ada.

4 ulasan:

pok dogo berkata...

Salam,
kalau nak tengok negara ni bermandi darah, cuba la tutup UITM!!

Tanpa Nama berkata...

ALO BEWAK PEJUANG MELAYU.......

SAH BEWAK DATAIH NI SUKU SAKAT TUK iBERUKhim ALI.........

JANGAN LA BEWAK2 SUMA DOK HABAQ DR ASRI ( DR MAZA ) TU PENGECUT.....
BARANGKALI DIA NI ALAHAN SIKIT.........TAK MAW JADI BEWAK.

CUKUP LA HARUSSANI DAK PAKAI SARUNG BEWAK TU......USTAK SEPAK TONG PI DOK BERSARANG LOBANG BEWAK MANA LA.

he he he
gurau ngan...bewak pon ..bewak laaaaa.

Tanpa Nama berkata...

Sy staf UiTM. Nak tau UiTM dah buka pd bukan melayu, datanglah ke INTEC seksyen 17, Intec tu UiTM la jugak. Hitam putih berlambak.

Dulu awal 90'an, sy main takraw dgn UMNO seksyen 24 permai. "nanti kalau PAS perintah, takraw pun kita tak boleh main dah". Aku tak salahkan kawan aku yg AJK pemuda tu, tapi yg aku marah ialah tentunya ayat itu diperolehi dari pemikiran yg atas darinya atau pun BTN. So tak heran la, kalau pemikiran org sama diperturunkan kini dalam perkara yg cuma berlainan. UiTM akan tutup, poodah cit. YB Syukor Selangor kata, UMNO akan menang luar bandar sebab bergantung pd media perdana bukannya internet. Slogannya mudah "BN menang kalau rakyat selamanya bangang"

Tanpa Nama berkata...

Saya juga merupakan salah seorg staf uitm yang berkhidmat..dr pengalaman saya, terdapat byk juga staf2 UiTM yg berbulu ayam (pembangkang) contohnya anon 1041 am (sekiranya benar dia staf uitm)yg menggigit tgn yg memberi makan (uitm dan kerajaan UMNO-BN).bukti yg menunjukkan pakatan pembangkang akan menjual semua kepentingan org melayu mmg nampak jelas sekarang ini..contohnya IKYS...sebagai benteng terakhir anak bangsa, uitm inilah yang akan menjadi mangsa pertama kerakusan pakatan pembangkang sekiranya mereka berkuasa (mohon dijauhkan)...lebih2 lagi uitm ini adalah universiti yg ditubuhkan atas jasa UMNO-BN. pihak pembangkang akan sedaya upaya menghapuskan apa2 yg berkaitan dgn kerajaan...disebabkan oleh byk perkara negatif yg dilakukan pembangkang, saya dan seluruh anggota keluarga mengisytiharkan utk tidak mengundi parti penghancur umat spt PR dan menyokong sepenuhnya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

-warga UiTM yang mengenang jasa..