Khamis, 22 Julai 2010

DR ASRI PENGECUT!?


Dulu kita dimaklumkan bahawa Dr Asri, bekas mufti Perlis ni nak sertai UMNO. Pakat semua dok terkejut la.. terutamanya puak-puak Pas. Berbakul-bakul Dr Asri ni dimaki dikeji. Mereka kata beliau bodoh la, beliau ni bila masuk UMNO nanti masuk neraka la, nanti dalam UMNO beliau jadi ulama patung la, macam-macam la Dr Asri kena kutuk. Hinggakan N.ajis sendiri pun dok menyindir juga.

Lepas pada tu, Dr Asri pula menafikan bahawa beliau mahu masuk UMNO dan bercadang untuk memikirkan terlebih dahulu sebelum menyertai parti politik.

Dalam masa yang sama UMNO Bukit Bintang ketuanya Datuk Ab Rauf Yusof pun dah confirm bahawa Dr Asri ni nak masuk UMNO bersama dengan Ulama-ulama muda yang lainnya. Malah selepas itu timbul pelbagai spekulasi dan teori kenapa Dr Asri nak masuk UMNO. Ada yang kata Dr Asri kena bayar la, ada yang kata Dr Asri ni cari kuasa politik. Paling menarik apabila Malaysiakini mengaitkan cerita Dr Asri dengan Jemaah Islamiah (JIM).

Timbul pula cerita baru yang mengatakan Dr Asri nak masuk UMNO disebabkan mahu berlindung dari kuasa politik. Yelahh.. ramai yang kata Dr Asri ni wahabi dan terbabit dengan JIM. Tambahan pula masa tu Polis sedang hebat melancarkan gerakan mencari pengerak-pengerak utama JIM dan yang menyokong wahabi. Cuma apabila nama-nama seperti Hadi Awang, Shahidan Kasim malah Dr Asri sendiri dibabitkan dengan JIM dan wahabi, menyebabkan Dr Asri melenting menuduh kerajaan BN sengaja memburukkan nama beliau dan dua tokoh yang lain.

Sejak daripada kejadian yang mengaitkan nama beliau dengan JIM dan Wahabi, Dr Asri telah menjauhkan diri dari kerajaan, Mc ada dengar cerita, sepatutnya beliau menyertai UMNO pada malam 40 Ulama muda menghantar borang kepada Ds Najib. Bahkan sahabat baiknya Shahidan Kasim juga memberi jaminan bahawa Dr Asri akan menyertai UMNO mungkin secara berkumpulan kali kedua atau dalam diam. Selepas daripada itu Dr Asri sekali lagi membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan menyertai parti politik dan masih lagi berfikir tentang itu.

Jika anda selalu membaca Mingguan Malaysia, pasti anda akan membaca kolum 'Minda Dr Maza' yang dikendalikan oleh Dr Asri. Banyak tulisan-tulisannya yang membina malah menyokong dan memberi nasihat tentang apa jua usaha kerajaan dalam pelbagai bidang, bukan saja agama malah sosial dan ekonomi. Dalam penulisan beliau, ada beberapa kali beliau menyindir tokoh pembangkang seperti N.ajis. Malah ketaksubkan pengikut Pas kepada pemimpin juga pernah beliau tegur dan menulisnya dengan olahan yang baik.

Pada ketika itu, beliau dilihat lebih bercondong kearah UMNO dan kerajaan, walaupun beliau pernah dilihat beberapa kali bersama didalam majlis pembangkang. Cuma semasa itu Mc percaya beliau lebih dekat dengan UMNO daripada Pas. Mungkin kejadian 'itu' yang menyebabkan Dr Asri berubah hati dari menyertai UMNO disebabkan kejadian taklimat pihak polis yang mengaitkan nama beliau dengan JIM dan Wahabi.
Selepas kenyataan beliau yang menuduh kerajaan BN berbohong , beliau semakin menjauhkan dirinya dari UMNO malah sekarang beliau lebih dilihat menjadi pro-pembangkang. Banyak kenyataannya yang terbaru lebih mengkritik kerajaan berbanding sebelum ini beliau lebih kelihatan neutral. Sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan oleh Dr Asri, mungkin wadah perjuangan beliau sudah tersasar atau mungkin juga disebabkan dendam.

Sebenarnya Mc sudah lama mengikuti Dr Asri ni, dari beliau Mufti Perlis lagi, cuma sekarang beliau bertindak agak berlainan dari dulu. Pasti ada sesuatu yang berlaku menyebabkan beliau semakin jauhkan diri dari kerajaan, malah harapan untuk melihat beliau bersama tokoh-tokoh agama UMNO yang lainnya sebenarnya tinggal harapan. Apa yang pasti Mc rasa beliau takut dikritik dan dihentam oleh Pas, jika beliau menyertai UMNO.

Apapun ini hanyalah pandangan dan teori Mc mengenai Dr Asri. Apa yang Mc lihat beliau seakan berdendam dengan kerajaan Pusat. Tidak lagi seperti dirinya yang dulu, malah minatnya bersama UMNO bagaikan sudah tiada. Apakah beliau takut dikritik oleh puak Pas atau beliau ada prinsipnya tersendiri yang menyebabkan beliau memikirkannya hinggalah sekarang. Semoga Dr Asri tidak lupa bahawa dirinya adalah pejuang Islam yang sejati dan bukan alat yang boleh ditukar ganti.

P/s: Paling tak tahan bila ada puak-puak sakai Pas ni, membuat fatwa sendiri. Dr Asri masuk UMNO, umpama tempah tiket ke Neraka.

MctHeory:
Masuk Pas, memang la janji syurga, Syorga N.ajis je la.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..DIA TEKEDU DGN UGUTAN PARTAI PISS SBB TAKUT X DPT MASOK SYURGA KOT. TU PSL DIA MEN SOROK2 SAMPAI HABIS HAYAT. AGAKNYE LAA HEHEH

McTheory berkata...

Biarla dia jeff.. asal dia bahagia.. he he he..