Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ustaz azizan meninggal dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ustaz azizan meninggal dunia. Papar semua catatan

Sabtu, 28 September 2013

PANASS!! Anak Allahyarham Ustaz Azizan PUKUL Polis di Hospital!


Rupa-rupanya ada insiden buruk yang berlaku sewaktu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil wad di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. Insiden yang memberikan gambaran atau imej buruk kepada ahli keluarga Azizan Abdul Razak itu, pastinya akan menjadi titik mula kepada perubahan pemilihan calon-calon di DUN Sungai Limau dalam PRK yang bakal diberikan tarikhnya oleh SPR sebaik-baik sahaja menerima notis daripada Speaker DUN Kedah berhubung kematian Azizan.

Kalau mengikut blog Kedahan, Insiden tersebut berlaku, lebih kurang pada pukul 11:55 pagi pada waktu Ustaz Azizan baru meninggal dunia, apabila seorang anggota polis dari IPD Kota Setar telah ditugaskan ke bilik Wad ICU. Anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk memantau dan merakamkan gambar-gambar yang berkaitan di situ.

Anggota polis tersebut telah menjalankan tugasnya sepertimana yang diarahkan, termasuklah merakamkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin yang datang berziarah termasuklah pemimpin-pemimpin politik.

Hal tersebut sampai ke pengetahuan salah seorang anak Allahyarham dari isteri pertamanya.

Selesai menjalankan tugasnya, anggota polis tersebut keluar dari Wad ICU serentak dengan ketibaan Menteri Besar Kedah, Dato Paduka Mukhriz Mahathir. Ketika dia melangkah keluar, anak lelaki Allahyarham Azizan telah menerpa dan memukul kepala serta menendang anggota polis tersebut berulang-ulang kali.

Berlaku pergelutan yang turut membabitkan beberapa orang penyokong PAS. Anggota polis tersebut tidak melawan memandangkan ianya berlaku di pintu masuk utama, ditambah pula dengan keadaan sesak serta kehadiran Menteri Besar Kedah yang ingin menziarahi jenazah.

Seorang bekas pengawal peribadi dan anggota polis yang dikenali dengan nama Shahril telah cuba meredakan pergelutan dan pertelingkahan tersebut. Bersama-sama anak Allahyarham Azizan, Shahril telah memaksa anggota polis berkenaan dengan nada tinggi agar memadamkan kesemua gambar yang telah dirakamkan dengan menggunakan telefon tangan berjenama Sony XPeria Miro di hadapan khalayak ramai.

Setelah gambar-gambar tersebut dipadamkan, anggota polis tersebut bersama-sama seorang detektif telah meninggalkan pekarangan hospital bagi mengelakkan kekecohan yang lebih besar.

Anggota polis tersebut akhirnya membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

Sebagai anggota polis yang sedang menjalankan tugas, sepatutnya anak lelaki Allahyarham Azizan lebih memahami dan tidak berhak memukul anggota polis terbabit. Sebaliknya dengan menggalas nama besar Allahyarham bapanya yang merupakan pemimpin yang disegani baik lawan mahupun kawan, seharusnya memadai dengan teguran dan permintaan agar tiada gambar yang dirakamkan dalam wad berkenaan.

Tindakan samseng sebegitu, tidak akan memberikan sebarang penyelesaian. Barangkali anak lelaki Allahyarham Azizan yang terlibat dalam insiden tersebut tidak pernah tahu bahawa, Allahyarham bapanya adalah bekas pemimpin negeri.

Justeru, sebarang langkah keselamatan perlu diambil oleh pihak berkuasa, terutama sekali polis. Rakaman gambar yang dibuat, bukan untuk diletakkan dalam album, sebaliknya sebagai rujukan seandainya berlaku sebarang masalah sepanjang tempoh jenazah berada di wad sehinggalah dikebumikan.

Malangnya, kalau dah namanya orang PAS, mereka bukan sahaja sombong dan bodoh, bahkan berlagak samseng seolah-olah tiada undang-undang yang boleh menakluki diri mereka!

Jumaat, 27 September 2013

HOT! Adun Pas Kedah Tak Ziarah Jenazah Ustaz Azizan? #KedahAmanMakmur


Terkilan dengan keadaan semalam, sewaktu Ustaz Azizan meninggal dunia. Dimana Adun dan ahli parlimen, Pas Kedah yang lain? Di hospital tidak kelihatan langsung muka mereka, semasa di masjid juga tidak nampak. Apakah mereka hanya tunggu dikubur untuk jenazah dikebumikan?

Paling Mc tak boleh terima, diwaktu kami orang UMNO terkejut dengan pemergian Ustaz Azizan, ada penyokong Pas yang ketawa dengan pemergian Allahyarham. Bercakap telefon dan menyampai berita pemergian Allahyarham dengan senyum sengih, serupa ia satu berita gembira. Kenapa ya?

Apakah dendam puak Pas pemberontak sangat dalam hingga tidak boleh memaafkan Allahyarham?


Agak pelik perangai orang Pas berdendam dengan Allahyarham. Kami bloggers UMNO hanya mengkritik pentadbiran Allahyarham dan cara Allahyarham mengendalikan pentadbiran negeri, tidak pula kami pernah menghina peribadi Allahyarham.

Tapi puak Pas, berdendam bermusuh hingga Allahyarham meninggal dunia.

Malah ketika Allahyarham meninggal dunia pun, takdak muka-muka Adun dan Ahli Parlimen Pas yang sampai, yang nampak muka pun hanya si Mahfuz Omar.

MB Kedah yang baru Dato Mukhriz bersama Ayahandanya Tun Dr Mahathir serta Exco Kerajaan Negeri Kedah lebih awal tiba diperkarangan hospital dan dimasjid untuk ziarah terakhir.

Apakah puak Adun Pas Kedah ni hanya menghormati Allahyarham ketika Allahyarham masih berkuasa sahaja?

Tepuk dada tanya iman.

McTheory:
Kata parti Islam, tingkah laku tak Islam langsung..

INFO! Gambar Jenazah Ustaz Azizan Di Kebumikan..



Jenazah Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.






Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali

Khamis, 26 September 2013

Al-Fatihah, Gambar Terakhir Ustaz Azizan dan Punca Kematian Allahyarham.. #KedahAmanMakmur


Khas kepada pembaca blog Mc.. walaupun kita berlainan politik, tetapi Agama kita sama, kiblat kita sama, tujuan kita hidup tetap sama. Janganlah bezakan diantara kita hanya disebabkan kuasa dan darjat. Kerana kalau kita mati, semua itu tidak ada guna lagi.

Doakan yang baik-baik pada Allahyarham.. Takziah pada keluarga Ustaz Azizan Razak, semoga bersabar hendaknya.

Al-Fatihah..


Penjelasan Doktor Punca Kematian Ustaz Azizan,

ALOR SETAR: Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sultanah Bahiyah Dr Noor Zaini Morad berkata bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia akibat jangkitan darah dan beberapa kegagalan organ untuk berfungsi.

Beliau berkata Azizan, 69, meninggal dunia pada pukul 11.05 pagi, Khamis.

Dr Noor Zaini berkata keadaan Azizan bertambah buruk pada pagi Rabu selepas mengalami serangan jantung.

"Beliau mengalami serangan jantung tetapi kita mampu menstabilkan beliau. Ia bukan disebabkan jangkitan darah semata-mata akibat kaki yang dipotong tetapi disebabkan sistem imunisasi yang lemah," kata beliau.

Beliau berkata Azizan berada dalam keadaan stabil apabila beliau mula dipindahkan ke hospital itu bulan lepas tetapi kerana pelbagai komplikasi kesihatan, keadaannya semakin teruk.

"Azizan mengalami peringkat akhir kegagalan buah pinggang dan juga masalah hati dan matanya. Kami telah memberikan rawatan terbaik kepadanya tetapi antibodi beliau sudah lemah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui berkata kematian Azizan adalah satu kehilangan kepada parti dan juga kepada beliau secara peribadi.

Mustapa, yang berada di Alor Setar sejak Rabu, menyifatkan Azizan sebagai kawan rapat di dalam dan luar parti.

INFO! Allahyarham Ustaz Azizan akan dikebumikan bersebelah dengan makam Allahyarham Ustaz Fadhil Noor!


Ustaz Azizan meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi tadi. Allahyarham dikatakan tenat selepas beliau mencuci darah. Keadaan badan Allahyarham yang lemah membuatkan semua sahabat dan pegawai Allahyarham bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Sebenarnya jika pembaca dapat melihat wajah sebenar Allahyarham Ustaz Azizan di hospital, Mc rasa pembaca juga akan kesiankan Allahyarham kerana masih dipertanggungjawabkan menjadi Adun Sungai Limau, walaupun beliau sendiri dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

Jenazah Ustaz Azizan akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena jam 3 petang ini. Yang Dipertuan Agong dikhabarkan akan berangkat ziarah jam 2.50 petang ini. Jenazah Ustaz Azizan akan dikebumikan bersebelahan dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.

Sekian info yang Mc dapat..

Umat Islam Kedah hatta Malaysia boleh ke sana untuk ziarah terakhir kepada Ustaz Azizan.

Al-Fatihah!

TERKINI! Mantan MB Kedah Ustaz Azizan Meninggal Dunia!



Salam pada semua pembaca,

Pukul 11.10am tadi, Ustaz Azizan bekas MB Kedah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh beliau.

Al-Fatihah..