Sponsor

Memaparkan catatan dengan label zunar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zunar. Papar semua catatan

Sabtu, 25 September 2010

AKIBAT KARTUN BARU ZUNAR DI TAHAN??? PADAN MUKAAA!!!




Kartunis popular Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque hari ini ditahan polis mengikut seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Beliau kini dilaporkan dibawa kepada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

Sebelum itu, pada sekitar jam 4 petang tadi, polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas kira-kira 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan malam ini.

Menurut Zunar yang sempat menghubungi Malaysiakini dan bercakap secara tergesa-gesa memberitahu pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu, katanya kepada Malaysiakini.

Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya.

Saya sedang cuba melenggah-lenggah masa sehingga peguam saya tiba, katanya.

Sebelum ini, beberapa bukunya termasuk 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun, juga diharamkan.

Pada 17 September lalu, Zunar memberitahu Malaysiakini Cartoon-o-phobia (ketakutan pada kartun) sebagai usah terbarunya yang terus menyindir kerajaan.

"Ketika diharamkan pada Jun lalu, alasan yang diberi kerajaan ialah kerana buku-buku dan majalah saya itu dianggap mengancam ketenteraman awam dan boleh mempengaruhi orang ramai supaya merusuh terhadap kerajaan.

"Kerana itu, nama Cartoon-o-phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun," kata Zunar.

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.

Lathefaa berkata, Zunar dibawa ke IPD Puchong untuk siasatan lanjut.
Sambung baca sini.

Semalam puak-puak Pakatan Haram dok kecoh kata Zunar kena tangkap sambil mengaitkan penangkapan ini dengan UMNO. Apa kejadahnya!! Mangkuk tue memang patut ditangkap. Dia punya kartun menghina pemimpin tertinggi negara. Cuba dia lukis kartun yang kutuk bapak atau mak dia. Pasti dia kena 'lempang' dengan bapak dia.

Memang patut dia ditangkap dari dulu lagi, sebab kartun pun boleh timbulkan hasutan kepada 'minda' rakyat. Kes altantuya? Kalau kita tengok kartun tu, mati-mati kita akan percaya bahawa Ds Najib pun terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Hakikat sebenar? kes itu hanyalah khayalan bodoh si RPK babi tu.

Apakah buku kartun macam ni boleh disebar dan dijual pada rakyat?? apa punya bodoh la puak pakatan haram jadah ni.

Kalau Mc bukan kata tahan, buang je warganegara kerana dia (zunar) tidak menghormati pemimpin tertinggi negara.

P/s: dah tua tu buat cara tua la..bawak-bawak bertaubat.. dok jadi balaci Anwar lagi buat apa, jadi bodoh lukis kartun. Spesis sama macam Hisyammudin Rais dan A. Samad Said. Balaci upahan Anwar!!

MctHeory:
Seni konon?? PoooOOdaaaahhh!!!

Isnin, 28 Jun 2010

HARAMKAN KARTUN ZUNAR! JIJIK DAN HINA!

Muka Badigol UNTA yang dok makan duit haram dengan katun haram ni!


Contoh-contoh kartun yang menghina pemimpin negara dan bekas pemimpin!




Relevankah kerajaan membiarkan kartun sebegini terbit dipasaran dan dibaca oleh masyarakat Malaysia? Fikir la sendiri!


Bodoh punya manusia! Dia ingat dengan melukis kartun yang kononnya buat lawak syok sendiri, boleh cari makan mudah. Cuba kita lukis kartun bapak dia kena liwat, hina ahli keluarganya, agak-agak dia marah tak! Ada pula puak-puak Pakatan Haram ni yang menyokong tindakan Zunar melukis kartun yang jelas menghina PM dan pemimpin negara yang lainnya. Mungkin mereka menyokong kerana perkara ini tak kena batang hidung sendiri, jika kena batang hidung sendiri, Mc percaya mereka juga akan melenting.

Mana ada negara yang membenarkan pemimpin utama negara dikutuk dan dihina sebegitu rupa. Mungkin di Amerika benarkan, cuma di Amerika. .mereka hanya berlagak kononnya demokrasi, cuba di negara lain, tindakan yang sama juga akan dilakukan. Malah syarikat penerbitan akan teruk dikerjakan oleh kerajaan pemerintah. Tak payah jauh-jauh la, cuba tengok Singapura la, demi menjaga kesejahteraan rakyat kepada pemerintah, mereka menyekat apa saja bahan atau media yang cuba memesongkan pemikiran rakyat kepada kerajaan.

Mc percaya kalau Pakatan jadi kerajaan pun mereka akan buat begini. Kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, sepatutnya media dan bahan bacaan perlu dipantau untuk mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku. Jika sayangkan rakyat, lakukan yang terbaik untuk keamanan negara, jangan pedulikan beruk-beruk Pakatan yang hanya tahu memekik terlolong tanpa tahu berfikir.

Tindakan KDN merampas dan tidak memberi lesen penerbitan kepada Zunar adalah tepat. Cuba Mc hairan, masih banyak buku-buku yang tidak sepatutnya terbit dipasaran TELAH pun terbit. Kini buku-buku tersebut menjadi duri dalam daging kerajaan Malaysia. Harap KDN dapat memantau kehadiran buku-buku haram ini dengan lebih pantas.

MctHeory:
Jangan kasi peluang puak-puak ni, hentam aje!