Isnin, 30 Januari 2012

TUDIAA AIH!! Ustaz Azizan Penyokong AUKU, Penampar Aziz Biri-biri!!



Kelakar apabila Ustaz Azizan yang depa kata rabun sakit dan tak boleh buat kerja tu, bangun dan bidas balik Aziz biri-biri. ha ha ha..

Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.


Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Selama Ustaz Azizan kena serang dengan pelbagai pihak termasuk Aziz Biri ni, rasanya takdak sorang pun yang bangun back up Ustaz Azizan ni. Nampak sangat pepecahan dalaman Pas Kedah ni sangatlahhh teruk.

ATAUPUN PAS KEDAH HANYA??


Tidur tak buat kerja, hinggakan negeri porak-peranda pun depa buat tak kisah!! Akhirnya.. Kedah Sejahtera, Rakyat Juga yang sengsara!!


McTheory:
Pas ni dah tak relevan, berserabut teruk!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tang ni, aku sokong sangat Ustad Azizan. Bukan semua perkara dalam negeri tu Azizan kena masuk campur. Kalau macam tu, apa2 nak dibuat, kena rujuk kat dia sentiasa ler, kot?

Orang lain pun ada otak jugak, Aziz Bari. Hang berilah pandangan hang.., tapi hang tak boleh la nak cadang2 dan perli2 orang pulak. Ingat kita sorang jer ker yang betol?

Tanpa Nama berkata...

Hasil dari doa, solat hajat yang telah dilakukan oleh puak-puak PAS ini ternyatalah sekarang Allah telah memberi petunjuk kepada kita sakalian bahawa PAS dalam keadaan kucar-kacir dan sudah berpuak-puak dan akhirnya rakyat akan hilang kepercayaan terhadap parti PAS ini kecuali ahli-ahli yang taksub sahaja.

Setelah sekian lama PAS menghukum orang-orang UMNO dengan mengkafirkan mereka dari fatwa dan amanat songsang dari pemimpin-pemimpin mereka sendiri hanya kerana UMNO berbaik-baik dengan orang kafir, maka hari ini segala tohmahan itu tanpa disedari telah berbalik kemuka mereka sendiri.

PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang nyata sekali menidakkan Negara Islam yang ingin dilaksanakan oleh PAS jika mereka memerintah negara Malaysia ini.

Mana mungkin PAS dapat memerintah dengan hanya 23 kerusi di Parlimen. Kalau hendak memerintah Malaysia PAS harus meletakkan setidak-tidaknya 100 kerusi dan menang semuanya. Kalau masih berkongsi dengan DAP dan PKR kalau menang pon PAS hanya akan menjadi Parti yang mengikut telunjuk sahaja. Kalau hari ini pon dapat kita lihat betapa lemahnya PAS dalam pakatan pembangkang, macam mana nak memerintah negara ini.

Sedarlah wahai rakan-rakan, sahabat yang masih menyokong parti PAS supaya muhasabahlah, fikir lah semasak-masaknya dan jangan diulang lagi kesilapan lampau kerana masa masih belum terlambat.

Liatlah betapa hemoinya L.G.E semasa majlis jamuan BN di Pulau Pinang tempoh hari. Dia boleh berada di dalam majlis besar-besaran yang di adakan oleh BN, DAP tidak pula mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Sebenarnya L.G.E ada muslihat tersirat.

Marilah sokong dari dalam UMNO dan jika ada kesilapan atau ada kepincangan sama-sama kita perbetulkan bukannya hendak mencari kesalahan semata-mata kerana UMNO dan BN telah banyak berbuat kebaikan dan memajukan negara ini sehingga ke saat ini.

PAS sering memberi alasan apabila mereka ditanya mengenai menifesto yang belum ditunaikan yang kerajaan mereka baru 3, 4 tahun memerintah. Kenapa alasan sebegini diutarakan? tak lain hanya kerana ingin melindungkan segala kelemahan pentadbiran mereka sendiri. Kalau diikut dari segi usia PAS dan usia UMNO tidak lah jauh beza sangat semenjak ditubuhkan dahulu namu PAS gagal merancang untuk menjadi pemerintah. Mereka merancang selepas mendapat kemenangan, kenapa selama sudah 50 tahun sebagai parti pembangkang mereka tidak membuat perancangan yang teliti dan sebaik sahaja dapat memerintah maka perancangan itu akan terus boleh dilaksanakan.

Aku pernah menonton cd kabinet bayangan mereka yang tidak pernah menjadi kenyataan. Akhirnya apa yang dibentangkan dalam CD tersebut sudah tidah releven lagi. Semuanya hanya syok sendiri sahaja.

Marilah sama-sama kita menjaga Agama, bangsa dan Negara kita ini dari terlepas begitu sahaja.

Warga Sebelum Merdeka