Isnin, 30 Jun 2014

HOT!! Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Dalam Pertimbangan Kerajaan Pusat? #KedahSerataRata


Kerajaan akan memperhalusi cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim dan keperluan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terlebih dulu, sebelum membuat sebarang keputusan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beliau akan memberi pertimbangan kepada kedua-dua cadangan berkenaan dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara.

Katanya, masih terlalu awal untuk beliau membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah berhubung pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

Masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang kenyataan berhubung kedua-dua perkara itu kerana belum berkesempatan melihat kertas cadangan dihantar kerajaan Kedah” Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan

“Saya belum ada maklumat terperinci mengenai cadangan itu. Esok saya akan masuk ke pejabat dan melihat kertas cadangan itu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bukit Bendera, di sini, semalam.

KM Pulau Pinang desak bina landasan tambahan



Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dilaporkan mendesak Kerajaan Pusat menimbangkan cadangan untuk membina landasan tambahan di LTAPP bagi menampung jumlah penumpang yang didakwanya semakin meningkat di lapangan terbang berkenaan.

Pulau Pinang dakwanya, tidak takut bersaing dengan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim itu.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaklumkan kerajaan Kedah sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu itu kepada Kerajaan Pusat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri di utara tanah air.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang terbabit yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.


Timbang apa lagi? Luluskan saja la.. bukan kacau orang pun, untuk orang Kedah juga..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah kah....tolong sediakan dua katil kat IJN untuk raja segala rasis laknat kit siang tu dan anak manja dia.

Kalau diluluskan lapangan terbang di Kulim, anak beranak puaka lim mesti kena masuk hospital untuk sakit darah tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Entah 2 x dpt tgk la sapa menteri dia.... ca ya nun alif

Tanpa Nama berkata...

kAH2. Pemimpin Melayu dan Cina telah mula duduk semeja semula untuk mengagihkan harta Melayu..

Penyokong tetap dengan brimmmmmm...