Ketuanan Melayu, satu topic yang begitu sensitif dan hangat di mainkan oleh setiap ahli-ahli politik dan blogger-blogger. Jika di ambil perkataan ketuanan Melayu itu, seolah-olah mengambarkan kekuasaan Melayu untuk menjadi tuan di bumi Malaysia. Pada pendapat aku sebenarnya perkataan Ketuanan Melayu itu sendiri yang telah dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat untuk mengelirukan kaum bukan Melayu dan menakutkan mereka hanya untuk menagih sokongan dari kaum cina dan india. Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP mengambarkan seolah-olah orang Melayu hendak menjadi tuan kepada semua kaum lain di Malaysia. Begitu juga halnya dengan Ketua Pakatan Rakyat si Anwar Ibrahim yang kononnya memperjuangkan keadilan rakyat, menuntut semua hak di samaratakan, ini bermakna semua kelebihan yang ada pada orang Melayu sekarang tidak akan ada lagi jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Ketuanan Melayu yang sebenarnya!
Pada hakikat sebenarnya Ketuanan Melayu dah lama hilang, Raja kita Sultan kita memang melayu, cuma ada pada nama. Berapa banyak orang Melayu yang kenal pada Sultan-Sultan dan Raja? Adakah orang Melayu sekarang menghormati Raja? Jangan ditanya kaum lain, pasti jawapan mengecewakan. Sedarkah kita bahawa kita orang Melayu cuma wujud pada nama dan kuasa politik sahaja, dalam ekonomi kita hanya menguasai 25℅ itupun dengan sokongan DEB (Dasar Ekonomi Baru). Sedarkah kita orang Melayu bahawa kita semakin hari semakin kehilangan hak kita yang di tuntut tanpa jemu oleh kaum-kaum yang lain. Pada awalnya negara ini dinamakan Tanah Melayu, kemudian di ubah menjadi Malaysia dengan kerana budi bicara kita berkongsi dengan pelbagai kaum, di buat kontrak sosial bagi ketua antara kaum dan Raja-Raja dengan mengizinkan kaum cina dan india kekal bermaustatin di Malaysia. Kita beri diaorang hak untuk berpolitik mewakili kaum, bagi hak beli tanah, berpeluang kerja dalam sektor kerajaan serta menjalankan perniagaan tanpa gangguan dan mencari rezeki di bumi bertuah ini dan hidup bagai di bumi sendiri hingga ke anak cucu. Kita tak pernah kisah dan mempertikaikan hak diorang di bumi Malaysia, kita bangga bersama mereka untuk menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kita taknak jadi tuan pada mereka, kita cuma nak hak kita dipertahankan, kelebihan kita dalam perlembagaan, ekonomi dan pendidikan di pertahankan hinggalah ke anak cucu. Kita orang Melayu sebenarnya cuma nak kan hak kita di pertahan. Dikekalkan dan jangan di usik (bersambung lagi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan