Khamis, 31 Disember 2009

Cadangan SPR Pinda Peraturan Pilihan Raya Untuk Kebaikan Rakyat - Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meminda peraturan pilihan raya adalah demi kebaikan rakyat.

Beliau berkata cadangan yang lahir dari suruhanjaya itu sudah semestinya telah dikaji bagi memastikan pilihan raya kecil dan pilihan raya umum dapat dilaksanakan dalam suasana aman dan tenteram."Apa yang baik untuk kesuburan proses demokrasi adalah wajar dibuat.

Yang penting cadangan itu adalah untuk kebaikan rakyat yang ingin memilih calon terbaik pilihan mereka. Dua waktu puncak perselisihan politik ketika pilihan raya adalah pada hari penamaan calon dan hari pengundian.

"Banyak kejadian ganas, pertengkaran dan pergaduhan berlaku dalam masa kedua-dua hari tersebut menyebabkan ada di kalangan pengundi khuatir untuk keluar dan yang rugi adalah rakyat," katanya kepada Bernama.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan sebagai berkata bahawa perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian bagaimanapun berkata cadangan SPR itu perlu dibahas dan diteliti khususnya dari sudut perundangan dan peraturan."Penguatkuasaan peraturan itu juga penting agar nanti apa yang dikatakan akta itu dapat dilaksanakan dan tidak menjadi bahan ketawa.

Sebagai contoh bahan kempen yang tidak beretika, risalah fitnah dan tohmahan ia masih lagi berlaku dan berleluasa ketika kempen. dari (ahmadmaslan.blogspot.com)

MctHeory: Buatlah peraturan dari apa segi pun. Kalau ada beruk-beruk pakatan rakyat yang taknak ikut dan dengar tak jadi juga. Patut bawa ahli-ahli sarkas je jaga beruk-beruk ni.

Tiada ulasan: