Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Spr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spr. Papar semua catatan

Khamis, 23 Mei 2013

HOT INFO! SPR Menjawab Misteri Black Out Ketika Proses Pengiraan Undi! #BlackOut505


Lepas ni apa pulak pencacai haram Pakatan nak spin. Jika terbukti ada fitnah yang mencemarkan nama SPR, Mc syorkan SPR yang duduk diam saja. Tolong saman atau dakwa mana-mana pihak yang buat tuduhan bukan-bukan pada SPR tu.

McTheory:
Bersihkan nama SPR, jangan tunggu lama-lama ambil tindakan cepat!

Sabtu, 18 Mei 2013

TUDIAA!! Anwar Nak Buktikan SPR Penipu? #TolakPR



Pilihanraya telah pun dua minggu berlalu. Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja. Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat. Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima. Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik. ‘Semua orang’ yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13. Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia.

Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya. Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan.

Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung ‘menjemput’ Amerika agar menyerang Malaysia. Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika.

Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu.

Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah “Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi.”

Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang ‘menolong’. Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi.

Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur. Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum. Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa.

Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan. Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan ‘volume’ atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati. Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka.

Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu. Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13. Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu.

Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon ‘cerdik’ yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR. Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan? Tetapi ini tidak berlaku. Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis.

Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin? Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika? Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut? Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika? Di mahkamah mana SPR hendak didakwa?

Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini.

Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi. Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini.

Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan “Anwar sudah ‘selesai’” – misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B. Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini.

Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk ‘menjaga air mukanya’. Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya. Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan.

Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung. Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi. Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji.

Maka, Anwar sudah buntu. Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya. Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya.

Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.

Rabu, 1 Mei 2013

TUDIAA!! Video Bukti Dakwat Kekal Boleh Di cuci? #TolakPR



Memang sudah dijangka yang pembangkang akan cuba mencetuskan perasaan tidak percaya rakyat kepada sistem SPR yang menguruskan PRU 13 ini...mereka mendakwa bahawa dakwat kekal boleh dipadam dengan mudah...

Di sini aku hendak kongsikan 1 rakaman video demonstrasi memadamkan dakwat kekal oleh anggota polis yang sudah mengundi..maaf..identiti polis tu tidak boleh didedahkan kerana faktor keselamatan..

Ternyata hasil cucian dengan KERAS, dakwat kekal itu masih kekal biarpun telah dicuci dengan bahan peluntur...cukup-cukuplah pembangkang menabur fitnah tu!! - HE



Ahad, 28 April 2013

PANASS!! Cerita UNDI POS yang Kontroversi!! #TolakPR




Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi lebih awal meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PKR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.

Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa keraguan yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:

1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.

2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?

3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.

4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan, dan dalam kad pengenalan tidak diletakan nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Jadi mana mungkin boleh ada nama Dato atas kertas undi, nampak sangatlah menipu!

5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis, mesti ada 'BIN'.

6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?

7. Nak bagitau, dalam Malaysia, bukan seorang saja petugas SPR dan Polis. Justeru, sepatutnya ada lebih ramai lagi dari mereka yang sudah pun mengundi pos, jika benar ianya telah berlaku.

Akhir kata, nampak sangat semua ni menipu dan ianya ciptaan puak pembangkang untuk membohongi rakyat Malaysia dan menjejaskan reputasi SPR. Apa nak buat, puak Pakatan ni tak sudah-sudah dengan membohong saja kerjanya.

Tapi mereka harus sedar, rakyat Malaysia bukan mudah lagi untuk ditipu. Jangan taktik bodoh ni, akan memakan diri mereka sendiri!

McTheory:
Jenis kaum munafik memanglah macam ni..

Ahad, 21 Oktober 2012

PANASS!! SPR Merayu Pas Kemukakan Senarai Nama Pengundi Hantu!


TEMBERANG...Zaidi (duduk, tiga dari kiri) kononnya membuat pendedahan 12,296 senarai pemilih yang didakwa pengundi hantu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.

KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidi Abdul Talib mengemukakan senarai 12,296 orang pemilih yang didakwanya mempunyai alamat mencurigakan.

SPR dalam kenyataannya berkata, sehingga suku tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer mempunyai seramai 48,372 orang pemilih berdaftar.

Daripada jumlah itu, terdapat 18,009 orang pemilih yang alamatnya tidak lengkap dan hanya dicatatkan nombor rumah sahaja.

"Pada masa itu, keperluan alamat hanya untuk dilengkapkan pada borang permohonan bagi membantu SPR menentukan lokasi pemilih.

"Tiada keperluan bagi SPR untuk merekodkan alamat lengkap dalam pangkalan data SPR, hanya selepas 16 Julai lalu barulah SPR merekodkan alamat sepenuhnya berdasarkan alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika proses pendaftaran dijalankan,'' kata SPR.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab laporan akhbar pembangkang yang mendakwa 12,296 orang pemilih di DUN Taman Templer mencurigakan.

Mengulas isu status kewarganegaraan yang didaftarkan sebagai pemilih di Parlimen Ampang, SPR berkata, kawasan itu mempunyai seramai 82,073 orang pemilih berdaftar sehingga suku tahun 2012.

Menurutnya, semua urusan permohonan pemilih itu telah melalui pelbagai tapisan bagi menentukan pemilih yang layak sahaja didaftar.

Tambah SPR, semasa badan itu mempamerkan daftar pemilih tambahan, pihaknya telah menerima sebanyak 58 bantahan dengan alasan pemohon bukan warga negara.

"Kita menerima 56 bantahan itu dan nama-nama tersebut tidak dimasukkan dalam daftar pemilih.

"Semasa pameran, SPR telah menerima empat bantahan dengan alasan yang sama dan Siasatan Awam menerima semua bantahan dan empat nama itu tidak dimasukkan dalam daftar pemilih tambahan suku 2012," ujarnya.

Sumber SINI


McTheory:
Yang hantu tu.. sebenarnya puak Pas.

Selasa, 19 Jun 2012

Sabtu, 29 Oktober 2011

PANAS!! Dap Bawa Pengundi 'Import' dari Singapork?



Telah dikhabarkan kini pertubuhan haram BERSIH sedang giat bergerak aktif dengan slogan Bersih 3.0 mengajak warganegara Malaysia yang bekerja dan duduk di Singapura untuk mendaftar undi.

Pelik dan hairan kerana mereka bergerak seakan mereka mampu untuk mendaftarkan pengundi baru yang sepatutnya dilakukan oleh SPR ataupun mereka hanya ingin mendapatkan pengundi hantu.

Desas-desus mengatakan kali ini Bersih dipimpin oleh Maria Chin Abdullah, maka Ambiga dan Mat Sabu sebagai apa? Apa agenda mereka?

Persoalan yang timbul :


  • Apakah Bersih 3.0 ini masih dikepalai oleh Ambiga Sreevanesan atau ada kapitan baru yang mempunyai misi menjadi SPR?
  • Apakah objektif mereka untuk mendaftar pengundi hantu memandangkan mereka tiada kuasa seperti SPR?
  • Mengapa mereka hanya menyeru kaum cina di Singapura dan bukannya bersama bangsa Melayu dan India?
  • Apakah Bersih ini punya hubungan rapat dengan PAP kerana umum tahu dibelakang Bersih kebanyakannya adalah orang kuat DAP?
  • Apakah ini satu taktik kotor DAP dengan mendaftarkan pengundi hantu melalui Bersih?
  • Apakah kedudukan Maria Chin Abdullah disebalik pertubuhan haram ini?


Ahad, 23 Oktober 2011

KANTOI!! Pengundi HANTU UMNO dijumpai??

pengundi hantu la konon..

Menarik cerita ni, taktau la belah mana yang kantoi. Puak sebelah sana nak kantoikan UMNO, tapi rasanya puak depa yang kantoi kot.

Seorang pengundi baru di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Langkawi yang di tuduh sebagai pengundi hantu telah tampil membuktikan tuduhan yang di lakukan oleh geng PR kawasan tersebut ke atas dirinya. Pengundi baru tersebut yang bernama Yusri Che Zainol (34 tahun ) melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila ada pihak tertentu dalam PR cuba mempertikai hak beliau sebagai pemilih. Sedangkan setiap rakyat di negara ini berhak memilih siapa pemimpin mereka.

Saudara Yusri telah menetap di kawasan itu (Taman Nilam Langkawi) sejak 3 tahun lalu, terkejut apabila kira-kira seminggu lepas dia mendapat notis serahan tangan meminta beliau menghadiri perbicaraan awam yang di kendalikan SPR Kedah di pejabat Daerah Langkawi pada 21/10/2011. Oleh kerana perbicaraan itu, dia terpaksa meminta cuti untuk menghadiri perbicaraan yang mempertikai status sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat.

Turut menemani Saudara Yusri pada perbicaraan itu adalah Adun Ayer Hangat Yb Mohd Rawi Abdul Hamid dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Langkawi, saudara Mansor Bahari. Pada masa yang sama Yb Mohd Rawi Abdul Hamid meminta SPR menyemak semula prosedur bantahan yang di dakwa beliau longgar dan membuka ruang-ruang kepada individu yang tidak bertanggung jawab (PR la tu..) mengatur strategi menggugurkan nama pengundi daripada daftar pemilih. - Media Kedah

Punya la pulun nak kantoikan SPR kata ada UMNO bawa pengundi hantu, rupanya bukan hantu, memang betui orang. Apa punya turr la puak sana tu.

McTheory:
Jenis tak boleh tengok orang senang..

Khamis, 9 Jun 2011

HEBAT!! DAP PANDAI BUAT MAGIC DI PENANG!!

Dalam sibuk PAS menuduh UMNO sedang 'memperkudakan' agensi-agensi Kerajaan seperti SPR dan JPN, mari kita tengok siapa sebenarnya yang telah menggunakan sistem yang ada.

Sebelum dok sembang panjang, kita tengok FAKTA dahulu (bukannya Fitnah yang sering berada di dada Harakah dan Suara Keadilan).

Demografi Pulau Pinang:



Daripada statistik penduduk, 

Melayu = 42.05%
Cina = 40.92%
India = 9.67%
Lain-lain = 7.37%

PERSOALANNYA, KENAPA PENGUNDI CINA LEBIH RAMAI DARIPADA PENGUNDI MELAYU???




Daripada statistik pengundi,

Melayu = 33.63%
Cina = 55.05%
India = 10.85%
Lain-lain = 0.06% + 0.05% + 0.34%

Hebat gile DAP buat magik. Dalam nak hasut rakyat berhimpun dalam demonstrasi BERSIH 2.0, DAP berjaya men'cina'kan Negeri Pulau Pinang!

Kalau dah pengundi Cina banyak cenggini, 'kompom' DAP tetap berkuasa di Penang.

Kalau dah berjaya daftarkan pengundi sampai kalah bilangan Melayu yang patut jadi majoriti, KENAPA PEMBANGKANG MASIH NAK HASUT RAKYAT BERDEMONSTRASI?

BODOH SANGAT KA PAK LEBAI PAS SAMPAI TAK 
BOLEH PIKIAQ???

Tak percaya dengan statistik pengundi, anda boleh selidik sendiri dengan data yang terbaru.



Aku ulangi.....Cina 40% tapi pengundi 55%, Melayu 42% tapi pengundi 33%

Pendedahan yang dibuat oleh blog MyMassa ni perlu diambil perhatian oleh semua rakyat Malaysia. Ini bukan perkara main-main, jika tersilap langkah, pasti negara atau negeri kita akan tergadai begitu saja, akibat kelalaian dari bangsa melayu sendiri.

Sedang Dap sibuk mengumpul pengundi cina untuk melebihi pengundi melayu. Masih ramai diantara orang melayu kita yang sudah cukup umur tapi masih belum ada kesedaran untuk mengundi. Jika di tanya pelbagai alasan akan diberi.

Kita perlu bangkit menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya mengundi dalam pilihanraya, jangan buat sikap sambil lewa.

Jika ini boleh terjadi di Penang, nescaya ia boleh berlaku ditempat lain juga.

McTheory:
Sebarkan pada saudara-saudara yang belum mendaftar mengundi lagi tu.. suruh pergi daftar..

Selasa, 14 September 2010

PANAS! DAP TERUS BERUSAHA DENGAN PENDAFTARAN PENGUNDI BARU! Melayu pula masih ramai yang tak sedar diri!

sekadar hiasan

Seminggu sebelum raya, Mc berpeluang berbuka puasa di Sunway Piramid, ramai betul orang keluar shopping kat Sunway, hinggakan nak cari tempat berbuka puasa pun susah. Cuma semasa nak mencari tempat berbuka puasa tu, Mc ternampak kaunter pendaftaran pengundi baru. Kaunternya betul-betul berhadapan dengan KFC dan Mc'donals di Sunway Piramid.

Mc berbuka puasa bersama keluarga di KFC Piramid. Depan meja Mc ada satu kaunter pendaftaran pengundi baru, ada logo SPR. Ada dua meja dibuka untuk pendaftaran pengundi baru, ada tiga petugas untuk satu meja yang dikerahkan untuk mendaftar pengundi baru. Dari jauh Mc cuma nampak logo SPR dan logo Manchester United. Dalam hati dok fikir, apa kena mengena daftar parti dengan logo Man Utd yang diletakkan bersebelahan dengan lambang SPR.

Sambutan yang diberikan kepada pendaftar tersebut amatlah mengalakkan. Malah Mc lihat ramai kaum cina yang berminat untuk mendaftar mengundi, tidak kira tua atau muda semuanya berpusu-pusu ke kaunter berkenaan. Melayunya ada la dua atau tiga orang yang duduk mendaftar. Lama juga Mc memerhatikan kaunter tersebut dari jauh. Saja nak lihat perkembangan tingkahlaku rakyat Malaysia.

Setelah selesai berbuka puasa, Mc bangun dan meninjau kaunter berkenaan. Sebenarnya kaunter tu bukan datangnya dari SPR, tetapi dari MP Kelana Jaya Gwo Burne Loh (dia sendiri pun ada dikaunter). Kalau dari MP Kelana Jaya, pastinya kaunter tersebut datangnya dari Dap. Wahh.. cara Dap mencari pendaftaran baru, betul-betul kreatif, mengunakan logo Man Utd untuk jadi daya penarik remaja dan tidak menonjolkan logo Roket (logo Dap) menyebabkan ramai kaum melayu pun turut mendaftar bawah Dap.

Tidak hairanlah hingga kini Dap terus berada didepan menjadi pendaftar pengundi baru yang paling tinggi berbanding komponen BN. Dari segi pendaftaran pemilih baru, komponen BN masih di belakang berbanding anggota pakatan pembangkang terutama DAP.

Mengikut pecahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu, pada Julai lalu UMNO mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12).

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding UMNO sebanyak 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), Pas (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), UPKO (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

Sebelum ini pun Mc selalu nampak Dap buka kaunter pendaftaran pengundi dipasar-pasar malam. Malah di pasar ramadhan pun mereka ada buka kaunter pendaftaran. Semangat betul Dap berusaha untuk mendaftar mengundi berbanding komponen BN yang lain. Inilah semangat 'nak menang' yang patut dicontohi oleh parti komponen cina BN. Daya usaha Dap selama ini membuahkan hasil apabila sokongan kaum cina pada Dap makin kuat, malah ada juga kaum melayu yang mula menyokong Dap.

MCA dan Gerakan pula dilihat semakin tidak bermaya dalam perjuangan parti mereka. Malah mereka lebih kelihatan 'rilex' seolah-olah mereka tidak kisah jika BN tidak lagi berkuasa pada PRU ke 13 nanti. Mc langsung tak nampak daya usaha dari parti kaum cina BN ni. Sepatutnya mereka mengunakan pendekatan baru dan kreatif untuk mendekatkan diri mereka dengan pengundi baru, bukannya hanya duduk dan menunggu. Kalau asyik duduk dan tunggu, macam mana nak berjaya.

Sedang kaum cina sudah mempunyai kesedaran untuk mendaftar sebagai pengundi. Kaum melayu pulak semakin tidak ambil kisah mengenai tanggungjawab sebagai pengundi. Malah ada yang kata undi atau tidak, sama saja. Bila ditanya kenapa tidak mahu mendaftar mengundi? ada yang berikan alasan, mereka tidak mahu terbabit dengan politik. Sepatutnya mereka ini disedarkan dengan kepentingan rakyat untuk mengundi, pepimpinan negara. SPR perlu membuat kempen dengan lebih luas dan menerangkan kepada mereka 'kenapa perlu mereka mengundi pada pilihanraya'.

Kita patut 'hairan' kenapa kaum cina sekarang lebih berminat berpolitik dan mendaftar jadi pengundi baru. Jika dahulunya, kaum cina yang paling tidak ambil kisah langsung dengan pendaftaran sebagai pengundi. Malah ada yang sudah berumur 40 tahun lebih pun tidak pernah mengundi. Kini, mereka pula yang lebih berminat untuk mendaftar, mungkin mereka sudah disedarkan oleh pihak-pihak tertentu supaya mendaftar mengundi. Sedangkan kaum melayu? semakin tidak berminat untuk mengundi, malah memandang perkara ini sebagai tidak penting.

Mc akan terangkan 'kenapa mereka perlu mengundi pada pilihanraya' pada artikel yang akan datang. Cuma Mc sedih dengan kaum melayu sekarang, yang Mc lihat semakin tidak patriotik, tidak kisah langsung apa yang terjadi disekelilingnya. Mereka tidak sedar bahawa 'hak mereka' semakin hari semakin hilang. Jika bukan kita yang mempertahankan 'hak kita', siapa lagi yang tolong kita pertahankan 'hak kita'?

P/s: Melayu memang mudah alpa dan leka. Kalau terkena baru padan muka!

MctHeory:
Biasalah.. nama pun meLAYU.. mestilah LAYU je lebih..

Ahad, 11 Julai 2010

WOIT! NAK MENANG KE TAK! APA DAH JADI KEPADA PARTI KOMPONEN BN NI?


Terkejut juga apabila Mc baca berita ni. Mc tak sangka betapa malasnya parti komponen BN yang lain. Ingatkan, diam-diam mereka, mereka buat kerja. Rupanya langsung tak buat kerja, nak harap UMNO juga yang buat. Patutla Ds Najib susah hati sekarang ni. Dah la dalam UMNO pun masih ramai yang belum bangun dari tidur, parti komponen yang lain pulak, bukan kata tidur, ni dah peringkat KOMA!. Baca berita dibawah!

DAP mengatasi parti lain dalam gerakan mendaftar pengundi baru di lima negeri, termasuk Pulau Pinang dan Johor dengan menarik 12,844 mereka yang layak mengundi untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang Mei lalu.

Parti itu berjaya menarik 6,192 pengundi baru di Pulau Pinang, diikuti Johor (2,860), Selangor (1,934), Perak (1,084) dan Negeri Sembilan (290). Buat kali pertama pada bulan berkenaan, DAP mengatasi UMNO dalam pendaftaran pengundi baru yang dipercayai bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, bagi pendaftaran keseluruhan pengundi baru mengikut kaum dari 2009 sehingga Mac lalu, Melayu mendahului dengan 51.6 peratus atau 5.8 juta pengundi, diikuti Cina 31.05 peratus (3.5 juta pengundi) dan India 7.3 peratus (819,975 pengundi).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, UMNO hanya mendahului di Terengganu dengan mendaftar seramai 1,488 pengundi baru, diikuti Kedah (834), Sabah (648) dan Pahang (376).

PAS pula mendahului pendaftaran pengundi baru di Kelantan iaitu seramai 2,362 dan Melaka (125), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mendahului di Kuala Lumpur sebanyak 598.

Parti komponen utama Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan GERAKAN dilihat kurang menyerlah apabila hanya membuat pendaftaran baru sebanyak 641 di 14 negeri.
Abdul Aziz menjelaskan, tiada sebarang pendaftaran baru oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) sepanjang Mei lalu.

Bagi prestasi pendaftaran pengundi baru mengikut parti pada Mei lalu untuk 14 negeri, DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75),
katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, SPR melantik seramai 2,248 penolong pendaftar daripada parti politik bagi membantu suruhanjaya itu mendaftar lebih ramai warga negara yang layak sebagai pemilih.
- sambung baca - Bharian

Sesungguhnya kesungguhan Dap mendaftar pengundi baru memang terpuji, nampak sangat hasrat mereka untuk menakhluki Malaysia begitu bekobar-kobar. Macam ni la cara nak menang, bukannya dok termenung mengharapkan rezeki jatuh dari langit. Mc tak tahu apa kena dengan semua parti komponen BN ni. Memang kena buat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Nak kata mereka ni dah yakin boleh menang pun tak juga, nak kata mereka ni taknak menang pun, tak juga, sebab kalau bab bercakap, semuanya berkobar-kobar nak menang, tapi usaha takdak yelek!, nak menang kepala hotak apa? Kalau keadaan tak berubah, nampaknya BN terpaksa la belajar jadi pembangkang di Malaysia pula. Cakap banyak pun tak guna, jangan menyesal sudah la.

MctHeory:
Kesian Ds Najib, nampaknya beliau aje la yang bersungguh, yang lain, hampeh! Habuk pun tarak!

Selasa, 27 April 2010

FITNAH TERHADAP SPR! JAWAPAN BALAS!



PRK Hulu Selangor sudah pun berlalu, kemenangan BN disana amat manis untuk dikenang. Segala penat lelah dan susah payah berkempen telah terubat apabila rakyat Hulu Selangor mengerti apa yang cuba disampaikan oleh kerajaan BN.

Walau bagaimana pun tetap ada pihak yang tidak berpuas hati atas kemenangan tersebut. Contohnya Pakatan Haram menerusi Harakahdaily dan blogger pencacainya terus menerus mempertikaikan SPR kononnya menjadi alat kemenangan BN.

Sebenarnya kejadian pemindahan lokasi mengundi di Kampung Tanjung, Sungai Choh sudah dimaklumkan kepada semua ahli parlimen pada awal tahun 2008. Kemudiannya SPR sudahpun mengeluarkan surat untuk melakukan pemindahan secara berperingkat.

Sebenarnya pemindahan tersebut akan dilakukan pada PRU ke 13. Akan tetapi setelah Datuk Zainal Abidin meninggal dunia dan berlakunya pilihanraya kecil, SPR terus melakukan pemindahan tersebut. Kalau ikut kepada jumlah yang dipindah, jumlah tersebut sekitar 13,500 orang. DAN HANYA 220 ORANG SAHAJA YANG DIPINDAH KE PARLIMEN SELAYANG, yang lainnya masih mengundi di parlimen Hulu Selangor.

Sedangkan setiap portal dan blog pencacai pakatan mencaci dan mencerca SPR kononnya lakukan pemindahan secara besar-besaran untuk memenangkan BN pada Hulu Selangor. Mereka tidak memberitahu cerita dan angka sebenar yang dipindahkan.

Pergila tanya penduduk kawasan yang dipindahkan tu, memang urusan harian mereka tertumpu ke bandar Gombak dan mereka memang berada dibawah jajahan parlimen Selayang. Segala urusan cukai, pejabat tanah mereka lakukan dikawasan Gombak. SPR hanya melakukan kerjanya untuk menjadikan keadaan lebih baik.

Pemetaan semula, pengubahan kawasan dan pemindahan pengundi sudah diketahui oleh ahli parlimen pakatan, cuma mereka sahaja mengapi-api dan membuat kecoh kononnya SPR tidak bertindak adil. Sudah memang dasar Pakatan yang busuk dan suka membuat fitnah, ia tidak akan aman selagi tidak porak perandakan Malaysia.

Tidak ada masalah dengan SPR dan tidak ada masalah dengan segala pilihanraya kita. Cuma yang bermasalah ialah sikap puak Pakatan dan sikap suka menyalahkan orang apabila diri sendiri yang salah adalah amat memalukan! Akhir kata! PERGI MAMPUS LA PAKATAN! WE ARE BACK! HIDUP BN!

MctHeory:
Sendiri tak pandai basuh bontot, tuduh orang lain busuk, poodahh!

Khamis, 31 Disember 2009

Cadangan SPR Pinda Peraturan Pilihan Raya Untuk Kebaikan Rakyat - Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meminda peraturan pilihan raya adalah demi kebaikan rakyat.

Beliau berkata cadangan yang lahir dari suruhanjaya itu sudah semestinya telah dikaji bagi memastikan pilihan raya kecil dan pilihan raya umum dapat dilaksanakan dalam suasana aman dan tenteram."Apa yang baik untuk kesuburan proses demokrasi adalah wajar dibuat.

Yang penting cadangan itu adalah untuk kebaikan rakyat yang ingin memilih calon terbaik pilihan mereka. Dua waktu puncak perselisihan politik ketika pilihan raya adalah pada hari penamaan calon dan hari pengundian.

"Banyak kejadian ganas, pertengkaran dan pergaduhan berlaku dalam masa kedua-dua hari tersebut menyebabkan ada di kalangan pengundi khuatir untuk keluar dan yang rugi adalah rakyat," katanya kepada Bernama.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan sebagai berkata bahawa perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian bagaimanapun berkata cadangan SPR itu perlu dibahas dan diteliti khususnya dari sudut perundangan dan peraturan."Penguatkuasaan peraturan itu juga penting agar nanti apa yang dikatakan akta itu dapat dilaksanakan dan tidak menjadi bahan ketawa.

Sebagai contoh bahan kempen yang tidak beretika, risalah fitnah dan tohmahan ia masih lagi berlaku dan berleluasa ketika kempen. dari (ahmadmaslan.blogspot.com)

MctHeory: Buatlah peraturan dari apa segi pun. Kalau ada beruk-beruk pakatan rakyat yang taknak ikut dan dengar tak jadi juga. Patut bawa ahli-ahli sarkas je jaga beruk-beruk ni.