sekadar hiasan |
Seminggu sebelum raya, Mc berpeluang berbuka puasa di Sunway Piramid, ramai betul orang keluar shopping kat Sunway, hinggakan nak cari tempat berbuka puasa pun susah. Cuma semasa nak mencari tempat berbuka puasa tu, Mc ternampak kaunter pendaftaran pengundi baru. Kaunternya betul-betul berhadapan dengan KFC dan Mc'donals di Sunway Piramid.
Mc berbuka puasa bersama keluarga di KFC Piramid. Depan meja Mc ada satu kaunter pendaftaran pengundi baru, ada logo SPR. Ada dua meja dibuka untuk pendaftaran pengundi baru, ada tiga petugas untuk satu meja yang dikerahkan untuk mendaftar pengundi baru. Dari jauh Mc cuma nampak logo SPR dan logo Manchester United. Dalam hati dok fikir, apa kena mengena daftar parti dengan logo Man Utd yang diletakkan bersebelahan dengan lambang SPR.
Sambutan yang diberikan kepada pendaftar tersebut amatlah mengalakkan. Malah Mc lihat ramai kaum cina yang berminat untuk mendaftar mengundi, tidak kira tua atau muda semuanya berpusu-pusu ke kaunter berkenaan. Melayunya ada la dua atau tiga orang yang duduk mendaftar. Lama juga Mc memerhatikan kaunter tersebut dari jauh. Saja nak lihat perkembangan tingkahlaku rakyat Malaysia.
Setelah selesai berbuka puasa, Mc bangun dan meninjau kaunter berkenaan. Sebenarnya kaunter tu bukan datangnya dari SPR, tetapi dari MP Kelana Jaya Gwo Burne Loh (dia sendiri pun ada dikaunter). Kalau dari MP Kelana Jaya, pastinya kaunter tersebut datangnya dari Dap. Wahh.. cara Dap mencari pendaftaran baru, betul-betul kreatif, mengunakan logo Man Utd untuk jadi daya penarik remaja dan tidak menonjolkan logo Roket (logo Dap) menyebabkan ramai kaum melayu pun turut mendaftar bawah Dap.
Tidak hairanlah hingga kini Dap terus berada didepan menjadi pendaftar pengundi baru yang paling tinggi berbanding komponen BN. Dari segi pendaftaran pemilih baru, komponen BN masih di belakang berbanding anggota pakatan pembangkang terutama DAP.
Mengikut pecahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu, pada Julai lalu UMNO mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12).
Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding UMNO sebanyak 54,872.
MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), Pas (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), UPKO (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).
Sebelum ini pun Mc selalu nampak Dap buka kaunter pendaftaran pengundi dipasar-pasar malam. Malah di pasar ramadhan pun mereka ada buka kaunter pendaftaran. Semangat betul Dap berusaha untuk mendaftar mengundi berbanding komponen BN yang lain. Inilah semangat 'nak menang' yang patut dicontohi oleh parti komponen cina BN. Daya usaha Dap selama ini membuahkan hasil apabila sokongan kaum cina pada Dap makin kuat, malah ada juga kaum melayu yang mula menyokong Dap.
MCA dan Gerakan pula dilihat semakin tidak bermaya dalam perjuangan parti mereka. Malah mereka lebih kelihatan 'rilex' seolah-olah mereka tidak kisah jika BN tidak lagi berkuasa pada PRU ke 13 nanti. Mc langsung tak nampak daya usaha dari parti kaum cina BN ni. Sepatutnya mereka mengunakan pendekatan baru dan kreatif untuk mendekatkan diri mereka dengan pengundi baru, bukannya hanya duduk dan menunggu. Kalau asyik duduk dan tunggu, macam mana nak berjaya.
Sedang kaum cina sudah mempunyai kesedaran untuk mendaftar sebagai pengundi. Kaum melayu pulak semakin tidak ambil kisah mengenai tanggungjawab sebagai pengundi. Malah ada yang kata undi atau tidak, sama saja. Bila ditanya kenapa tidak mahu mendaftar mengundi? ada yang berikan alasan, mereka tidak mahu terbabit dengan politik. Sepatutnya mereka ini disedarkan dengan kepentingan rakyat untuk mengundi, pepimpinan negara. SPR perlu membuat kempen dengan lebih luas dan menerangkan kepada mereka 'kenapa perlu mereka mengundi pada pilihanraya'.
Kita patut 'hairan' kenapa kaum cina sekarang lebih berminat berpolitik dan mendaftar jadi pengundi baru. Jika dahulunya, kaum cina yang paling tidak ambil kisah langsung dengan pendaftaran sebagai pengundi. Malah ada yang sudah berumur 40 tahun lebih pun tidak pernah mengundi. Kini, mereka pula yang lebih berminat untuk mendaftar, mungkin mereka sudah disedarkan oleh pihak-pihak tertentu supaya mendaftar mengundi. Sedangkan kaum melayu? semakin tidak berminat untuk mengundi, malah memandang perkara ini sebagai tidak penting.
Mc akan terangkan 'kenapa mereka perlu mengundi pada pilihanraya' pada artikel yang akan datang. Cuma Mc sedih dengan kaum melayu sekarang, yang Mc lihat semakin tidak patriotik, tidak kisah langsung apa yang terjadi disekelilingnya. Mereka tidak sedar bahawa 'hak mereka' semakin hari semakin hilang. Jika bukan kita yang mempertahankan 'hak kita', siapa lagi yang tolong kita pertahankan 'hak kita'?
P/s: Melayu memang mudah alpa dan leka. Kalau terkena baru padan muka!
MctHeory:
Biasalah.. nama pun meLAYU.. mestilah LAYU je lebih..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan