Selasa, 14 September 2010

ADAKAH KEDAH SUDAH KRITIKAL! tip tip tip

slogan dan tinggal slogan ja kot

Salam semua,

Maaf disebabkan kesibukkan beraya Mc tak dapat nak update blog ni, seperti biasa. Jemputan rumah terbuka dan kunjungan sanak saudara menyebabkan Mc terlantar keletihan dan kekenyangan. he he. . Mc jarang balik raya di Kedah. Kalau balik pun hanya untuk kerja sahaja. Ni bila sesekali beraya, Mc habiskan masa bersama keluarga, sanak saudara serta sahabat yang lainnya. Meriah jugala raya Mc tahun ni.

Raya memang seronok, cuma yang tak seronoknya. Banyak perkara sudah berubah. Sepupu-sepupu Mc yang dahulunya tidak minat politik, sekarang sudah menceburi politik. Malah mereka sangat aktif dalam mengikuti aktiviti parti cap bulan ni. Mc pun terkejut, suasana politik di Kedah amat berlainan sekali. Tak sama macam zaman Mc dahulu. Jika dulu, masih nampak keseimbanganya, tapi sekarang, mana-mana tempat Mc jejak, semuanya geng parti cap bulan. Dalam 100 orang, nak cari penyokong UMNO seorang pun susah. Malah ahli UMNO sendiri pun takut nak mengaku UMNO. Sedih betul.

Kenapa agaknya Kedah makin kuat dikuasai Pas? Apa sebabnya? Bukannya takde isu yang boleh di ketengahkan. Mungkin UMNO Kedah tidak ada aktiviti yang boleh menambat hati rakyat. Atau isu yang ada hanya dibiarkan sepi. Mc pernah tanya pada penyokong Pas ni, kenapa sokong Pas? Nak tau apa jawapannya? Jawapan yang pertama, Pas perjuangkan Islam, buktinya Kandang babi dekat Kampung Berjaya, Alor Setar dah berpuluh tahun wujud semasa pemerintah UMNO, bila Pas pegang je, terus kandang babi tu lesap.

Jawapan kedua, UMNO tak buat kerja, jarang nak nampak pemimpin UMNO turun padang bersama dengan rakyat.

Jawapan ketiga, kalau UMNO pegang ke, Pas pegang ke, sama saja, takde perubahan pun. Baik bagi Pas pegang je, sebab kalau Ustaz Azizan pegang lagi bagus, dia ustaz dah tentu takde rasuah atau kroni-kroni ni.

Sebenarnya Mc boleh lawan balik apa puak-puak Pas ni cakap kan. Cuma Mc taknak rosakkan mood raya dengan berdebat pasal hal politik. Mc cuma nak tahu kenapa rakyat marhean sokong Pas dan tolak UMNO. Ini baru pendedahan yang pertama, banyak lagi Mc yang dapat semasa disini. UMNO Kedah mungkin tak suka bila orang kata UMNO Kedah bermasalah dan tak bagus. Tapi itulah hakikatnya, kalau macam ni la keadaannya. Mc tak rasa PRU ke 13 ni Kedah boleh dapat kat UMNO/BN balik. Susah-susah!

Mc sempat juga melawat sahabat seperjuangan Mc disana. Dia ni pun ahli UMNO (dulu Mc sangat aktif dalam pemuda dengan dia ni), Dia bagitau Mc dia pun dah tak aktif macam dulu lagi. Malah bila Mc soal, agak-agak Kedah ni UMNO boleh ambil balik dak? Nak tau dia jawab apa? 'jangan dok mimpila, haram nak dapat!!'

Nak kata apa lagi? Mc cuma tersengih je la.

Ini cuma pandangan dan pengalaman Mc, pada yang terasa tu, ambil saja sebagai iktibar.. la yee..


P/s: Det Guaq, maaf takdan nak pi kat hang. Lain kali la kita jumpa no...

MctHeory:
Ingatkan balik Kedah, ada berita baik, rupanya lagi teruk!

1 ulasan:

akupedulikhape berkata...

kat semua negeri memang inilah masalah sebenar yang dialami oleh pemimpin2 umno bro...jawatan mau...buat kerja??malas!!!

ni lah akibat bila jawatan dlm politik dikejar kerana pangkat dan harta,bukan kerana nak berbakti kepada masyarakat...tapi semua YB nak jadi Yang Berharta...