Selasa, 14 September 2010

PEMBUNUHAN KES SOSILAWATI DAN HASUTAN JAHAT PUAK PAKATAN HARAM!

Kes pembunuhan Sosilawati adalah kes diantara yang paling kejam selepas kes Dato Mazlan yang dikerat lapan belas oleh Mona Fendey satu ketika dulu. Cara kerjanya juga hampir serupa, dan tujuan pembunuhannya juga hampir sama iaitu memperdayakan mangsa untuk mendapatkan sejumlah wang. Mc sendiri pun terperanjat, apabila dapat tahu bahawa Datuk Sosilawati dibunuh dengan begitu kejam sekali.

Tapi apa yang paling menyedihkan Mc, apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mempolitikkan isu ini menjadi isu politik dan mengaitkannya dengan kes politik yang lainnya. Pakatan Haram Jadah cuba membandingkan kematian Datuk Sosilawati dengan kes pembunuhan Altantuya. Cuba baca tulisan yang Mc ambil dari rakan blogger Rajah Mas.


Cuba perhatikan artikel tranungkite.com dan blog yang di’pastekan’ di bawah. Nampaknya sudah kelihatan bibit-bibit mengaitkan pembunuhan Dato’Sosilawati dengan orang kenamaan (yang pastinya pemimpin BN) dan juga pihak polis.

Inilah kepakaran PR dalam membuat analisis fitnah seperti di bawah..

Oleh: Ashrain

"PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !! Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.
Laporan Berita Harian 11hb September 2010- Kehilangan jutawan kosmetik dikatakan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Beliau dikatakan mahir dalam menghilangkan pelanggannya.Walaupun laporan polis telah dibuat namun beliau sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. 3. Datuk Seri Bakri Zinin,Pengarah Siasatan Jenayah PDRM mengesahkan dalam sidang media di IPD Kuala Langat pada 12hb September 2010, bahawa suspek iaitu seorang peguam bergelar DATUK yang ditangkap mengaku menggunakan modus operandi yang sama dengan merujuk kes kehilangan 4 orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu.
Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain? Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM!Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar.
dipetik daripada: TranungKite
Dzulfikar Mashoor JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.


PAS UCAP TAKZIAH
Dzulfikar Mashoor JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.
Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.
"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.
"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.
"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting."Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.
Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.
Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak."Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar." "Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya.


Mudahkanlah cerita… Katakan sahaja Dato’Sosilawati dibunuh oleh polis dan pemimpin BN. Tak perlu pening kepala pusing cerita kalau niat memang nak buat fitnah..
Hari ini kematian Jutawan Melayu dan 3 bersamanya itu disamakan dengan pembunuhan Altantuya. Mungkin besok ada pihak yang kata Pathmanabhan dipaksa mengaku pembunuhan dan dikambing hitamkan seperti Razak Baginda bagi melindungi pesalah sebenar.
Kita hairan penyokong Pakatan Rakyat sering mempersoalkan kredibiliti pihak polis supaya kerajaan BN dipandang lemah. Tidak kurang juga ada yang melampau sehingga menuduh pihak polis hanya aktif menyekat ceramah haram tetapi tidak mampu membendung kes-kes jenayah seperti kes bunuh.
Wahai Pakatan Rakyat, sedarlah.. kerap sangat kalian memburukkan pasukan keselamatan kita. Bila anggota polis kita terbunuh ketika sedang dalam bertugas, tiada pembelaan daripada pihak kalian. Apabila ada kes melibatkan golongan berpangkat Dato’, kalian cenderung nak libatkan kes profile tinggi dengan mengatakan itu semua ‘cover-up’ polis dan pemimpin negara.
Ingatlah Pakatan Rakyat.. orang berpangkat Dato’ dan Dato’ Seri ada yang dah menjadi penderhaka kepada sultan. Ada juga yang buat kerja meliwat, wallahualam. Ada yang jadi sebesar-besar pembohong terutama selepas menggunakan banner buat promosi diri di Johor! Samalah juga dengan Mursyidul Am PAS yang kata Tuhan mencarut…
Jenayah tidak mengira sesiapa? Tak sesiapa pun kalangan BN pernah persoalkan reputasi pemimpin PR walaupun partinya dipimpin oleh bekas-bekas banduan. Bila hari pilihanraya kalian persoalkan keputusan UNDI POS, kononnya pihak keselamatan seperti polis telah dipaksa untuk mengundi BN. Fikirkanlah balik betul-betul, kalian hanya bermulut manis bila perlukan UNDI, tapi menikam belakang bila dah tak memerlukan lagi.
Inilah sifat kalian, siapa tak percaya tanyalah pemimpin Konsesus Bebas tu. Malulah sikit wahai PR…

Sumber Rajah Mas

MctHeory:
Puak Pakatan Haram ni takdak kerja lain dah. Kes macam ni pun korang nak politikkan. Korang memang haram jadah la.

8 ulasan:

Buragas Alam berkata...

Kalau Anwar Ibrahim kena mcm tu...Entah2 apa agaknya terjadi?????

Tanpa Nama berkata...

catatan dalam blog ini sama saja dengan yg anti kerajaan. antik dan menimbulkan sampah dan menyampah pembaca.

Tanpa Nama berkata...

KEHKEHKEH WOII ANON 4.39..PEMBACA SAMPAH MCM KO LER YG SEPATUTNYE KENE BUANG DLM TONG SAMPAH! SI PATMA TU PNH JD WAKIL PEGUAM PERTUBUHAN HARAM HINDRAF TU APE KEHE? SETAU AKU PUAK2 FUCKATAN HARAM NI MMG SINONIM DGN GENGSTER2 KEHKEHKEH >|D

Gerakan Timur berkata...

Ni la bodohnya bAhlul pas. Nak wat camni, dah mr.bean jadi pemikir diorang...

al-zarqawi berkata...

SAMADA MELAYU JADI SUSPECT ATAU MANGSA DLM KES2 SENSASI, FUCKTAN RAKYAT AKAN SPIN UNTUK MENYALAHKAN MELAYU DEMI RAIH UNDI BUKAN ISLAM DLM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

TO PAS BETTER SHUT THE FUCK UP AND NOT SPIN THE ISSUE AND BLAME BN FOR EVERYTHING. YOU CAN WEAR SARBAN AND HAVE BEARD BUT IN REALITY ACCORDING TO THE PROPHET SAW KHAWARIJS LIKE THEM WOULD HAVE IMAN WHICH HAVE STRAYED LIKE AN ARROW SHOT FROM A BOW.STOP SPREADING FITNAH YOU SONS OF A BITCHES. BITCHCES WILL GIVE BIRTH TO DOGS. AND KHAWARIJIS WILL BE DOGS IN NERAKA.

1Najib berkata...

jangan jadi macam kes altantuya hanya palaci kena gantung...yg merancnag dan bagi arahan bebas lepas.

semua mesti dihukum bukan setakat tukang belasah dan tukang bakar.....boleh ke di Bodohland ni????

Faisal Abdullah berkata...

saya amat setuju dgn apa yg dikatakan oleh 1najib itu.

Tanpa Nama berkata...

JGN EMOSI SGT BERPOLITIK KWN2. ORG KG PUN PELIK KENAPA SELEPAS MANGSA KE 2O BARU POLIS DPT TGKP SUSPEK. ITUPUN SBB PROFAIL TINGGI. KALAU TIDAK, TAK MUSTAHIL SAMPAI 100 ORG. PEMBUNUHAN NI BUKAN PROFESIONAL PUN. JD RAKYAT TGH PERSOALKAN KREDIBILIT PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.. RAKYAT BUKAN BODOH NGOK.ORG BANTING PUN TAU, GENGSTER KAT SANA MMG "TERBELA"...