Telah dikhabarkan kini pertubuhan haram BERSIH sedang giat bergerak aktif dengan slogan Bersih 3.0 mengajak warganegara Malaysia yang bekerja dan duduk di Singapura untuk mendaftar undi.
Pelik dan hairan kerana mereka bergerak seakan mereka mampu untuk mendaftarkan pengundi baru yang sepatutnya dilakukan oleh SPR ataupun mereka hanya ingin mendapatkan pengundi hantu.
Desas-desus mengatakan kali ini Bersih dipimpin oleh Maria Chin Abdullah, maka Ambiga dan Mat Sabu sebagai apa? Apa agenda mereka?
Persoalan yang timbul :
- Apakah Bersih 3.0 ini masih dikepalai oleh Ambiga Sreevanesan atau ada kapitan baru yang mempunyai misi menjadi SPR?
- Apakah objektif mereka untuk mendaftar pengundi hantu memandangkan mereka tiada kuasa seperti SPR?
- Mengapa mereka hanya menyeru kaum cina di Singapura dan bukannya bersama bangsa Melayu dan India?
- Apakah Bersih ini punya hubungan rapat dengan PAP kerana umum tahu dibelakang Bersih kebanyakannya adalah orang kuat DAP?
- Apakah ini satu taktik kotor DAP dengan mendaftarkan pengundi hantu melalui Bersih?
- Apakah kedudukan Maria Chin Abdullah disebalik pertubuhan haram ini?
Cerita ini yang dibawa oleh Keris 7 Lok.
Memang ada kebenaran seperti yang dikatakan oleh blogger Keris, mereka mendaftarkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapork. Kemungkinan besar, rakyat Singapork juga akan didaftar, dibawa masuk menjadi pengundi hantu pada PRU nanti.
Dap mengunakan kaedah daftar dan pindah untuk menyalurkan pengundi baru (hantu) kepada kawasan yang mereka kalah dengan majoriti yang tipis.
Taktik ini dapat di kesan dibeberapa tempat, seperti Johor, Melaka dan Sungai Petani. Pertambahan pengundi cina (pengundi baru) bertambah dengan cepat.
Malah ada kes pemindahan pengundi, dari tempat yang majoritinya tinggi dihantar ke tempat yang Dap kalah dengan majoritinya yang kecil.
Namun Mc tidak pula Mc tahu apakah perkara ini sudah disedari oleh SPR? Atau SPR sememangnya sedang menyiasat? Atau tak sedar langsung?
Pada sesiapa ada maklumat yang lebih tepat mengenai perkara ini, sila emailkan kepada Mc.
Mctheory@yahoo.com
McTheory:
SPR pun kadang2, tidornya pun boleh tahan jugak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan