Sabtu, 29 Oktober 2011

GEMPAR!! Michelle Yeoh Sertai BN Perak?



Ceritanya bermula apabila Datuk MichelleYeoh menyuarakan bahawa dia berminat untuk menyertai politik Malaysia setelah beliau berlakon di dalam filem 'The Lady'. Namun benarkah berita ini?





Kini desas desus kedengaran pula Michelle Yeoh akan memulakan langkah politiknya di Ipoh Perak, tempat kelahirannya... Ibu Michelle, Datin Janet Yeoh. tidak menafikan ada mendengar berita ini daripada kawan kawannya.

Manakala bapa Michelle, Datuk Yeoh Kian Teck adalah orang kuat MCA yang juga seorang peguam dan ahli perniagaan yang sangat dihormati dibandar Ipoh.

Baguslah sekiranya Michelle berhasrat membantu polotik tanahair lebih lebih lagi mengembalikan sokongan undi kaum cina yang semakin menjauhi sokongan mereka terhadap BN. Ikon baru seperti Michelle mungkin boleh menarik sokongan pengundi generasi muda yang mudah terpesong kearah menjulang pimpinan DAP seperti Teoh Nie Ching, Hanna Yeoh, Teresa Kok dan lain lain lagi.

Sekiranya benar Michelle Yeoh terjun kedalam dunia politik menjelang PRU ke 13 ini, ia akan memeriahkan lagi penyertaan artis artis setelah Bob Lokman, Sham Kamikaze, Ustaz Akhil Hayy dan Wardina Safiyyah berbuat demikian terlebih dahulu. Sumber Blog MIK


McTheory:
Penyuntik semangat besar pada MCA Perak..

1 ulasan:

Awanama berkata...

Selamat berjuang Dato' demi meninggikan lagi martabat bangsa Malaysia dimata dunia.

Kaum Cina terutama gulungan muda, eloklah bersama-sama beliau bekerja keras untuk kuatkan BN di Perak.

Semua orang tahu Ngeh dari DAP tidak adapa yang dia boleh membanggakan kaum Cina dalam memperjuangkan hak mereka, apatah lagi dasar pelajaran.

Dato' Mechelle Yeoh BOLEEHHH....