Ahad, 11 Julai 2010

WOIT! NAK MENANG KE TAK! APA DAH JADI KEPADA PARTI KOMPONEN BN NI?


Terkejut juga apabila Mc baca berita ni. Mc tak sangka betapa malasnya parti komponen BN yang lain. Ingatkan, diam-diam mereka, mereka buat kerja. Rupanya langsung tak buat kerja, nak harap UMNO juga yang buat. Patutla Ds Najib susah hati sekarang ni. Dah la dalam UMNO pun masih ramai yang belum bangun dari tidur, parti komponen yang lain pulak, bukan kata tidur, ni dah peringkat KOMA!. Baca berita dibawah!

DAP mengatasi parti lain dalam gerakan mendaftar pengundi baru di lima negeri, termasuk Pulau Pinang dan Johor dengan menarik 12,844 mereka yang layak mengundi untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang Mei lalu.

Parti itu berjaya menarik 6,192 pengundi baru di Pulau Pinang, diikuti Johor (2,860), Selangor (1,934), Perak (1,084) dan Negeri Sembilan (290). Buat kali pertama pada bulan berkenaan, DAP mengatasi UMNO dalam pendaftaran pengundi baru yang dipercayai bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, bagi pendaftaran keseluruhan pengundi baru mengikut kaum dari 2009 sehingga Mac lalu, Melayu mendahului dengan 51.6 peratus atau 5.8 juta pengundi, diikuti Cina 31.05 peratus (3.5 juta pengundi) dan India 7.3 peratus (819,975 pengundi).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, UMNO hanya mendahului di Terengganu dengan mendaftar seramai 1,488 pengundi baru, diikuti Kedah (834), Sabah (648) dan Pahang (376).

PAS pula mendahului pendaftaran pengundi baru di Kelantan iaitu seramai 2,362 dan Melaka (125), manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mendahului di Kuala Lumpur sebanyak 598.

Parti komponen utama Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan GERAKAN dilihat kurang menyerlah apabila hanya membuat pendaftaran baru sebanyak 641 di 14 negeri.
Abdul Aziz menjelaskan, tiada sebarang pendaftaran baru oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) sepanjang Mei lalu.

Bagi prestasi pendaftaran pengundi baru mengikut parti pada Mei lalu untuk 14 negeri, DAP mendahului dengan 13,174, diikuti UMNO (7,591), PAS (4,344), PKR (2,281), MCA (317), MIC (249) dan GERAKAN (75),
katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, SPR melantik seramai 2,248 penolong pendaftar daripada parti politik bagi membantu suruhanjaya itu mendaftar lebih ramai warga negara yang layak sebagai pemilih.
- sambung baca - Bharian

Sesungguhnya kesungguhan Dap mendaftar pengundi baru memang terpuji, nampak sangat hasrat mereka untuk menakhluki Malaysia begitu bekobar-kobar. Macam ni la cara nak menang, bukannya dok termenung mengharapkan rezeki jatuh dari langit. Mc tak tahu apa kena dengan semua parti komponen BN ni. Memang kena buat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Nak kata mereka ni dah yakin boleh menang pun tak juga, nak kata mereka ni taknak menang pun, tak juga, sebab kalau bab bercakap, semuanya berkobar-kobar nak menang, tapi usaha takdak yelek!, nak menang kepala hotak apa? Kalau keadaan tak berubah, nampaknya BN terpaksa la belajar jadi pembangkang di Malaysia pula. Cakap banyak pun tak guna, jangan menyesal sudah la.

MctHeory:
Kesian Ds Najib, nampaknya beliau aje la yang bersungguh, yang lain, hampeh! Habuk pun tarak!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..TU LA KDG2 TERUK JUGAK DS NAJIB NK HENDEL ORG2 BWHAN YG X TAU NK JLNKAN TUGAS. KLU MEREKA2 YG PHM TU TAKPE JUGAK TP KLU YG SENGAJE NK SABOTAJ USAHA DS NAJIB TU YG MSLH BROO!. KLU ASIK KASI BOLA TANGGUNG MANJANG KT PUAK FUCKATAN, SIA2 LA KEJE KITA NK HALANG KERAKUSAN PUAK GROMBOLAN PEMBANGKANG SELAMA NI! ADOIYAIIII

Tanpa Nama berkata...

nak menang buat cara nak menang la. jgn nak menang tp gali kubor sendiri

JenGLoT

masalodeh berkata...

nak menang sorak aje.....

Tanpa Nama berkata...

BN ada parti komponen ke?aku ingatkan BN hanya tinggal UMNO saja sekarang.macam tak percaya pulak ada parti komponen lain sebab aku tengok Gerakan Tahi,MIC Paria dan MCAsshole memang lagsung tak buat kerja.habuk pun tak nampak.nampak seolah-olah nak melingkup dan menjahanamkan BN adalah ketiga-tiga parti tak guna tu.Gerakan Pondan tu dah awal-awal lagi surrender Penang kepada Parti DAPig tu.jadi macamana BN nak menang kalau parti-parti komponen bersikap penakut dan bacul macam pondan dan bapok?belum berlawan sudah mengaku kalah.memang sah pondan parti Gerakan Tahi tu.yang parti MIC Paria dan MCAsshole tu pun sama.langsung tak buat kerja untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN.Asyik buat kerja menghentam kerajaan adalah dua parti tak guna sesen nih