Rabu, 13 Januari 2010

BERITA: POLIS SUDAH KENAL PASTI WAJAH DALANG PEMBAKAR GEREJA!



Update: 6.30pm

Ini berita baru diterima. Berita Panas! sila baca artikel dibawah!
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Polis telah memperoleh maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati di sini, Jumaat lepas.

"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.

Beliau berkata, kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,” kata Ismail
. - Bernama

MctHeory: Jangan tunggu la pak polisi, tangkap saja orang-orang itu ya pak! Rakyat Malaysia hendak tahu siapakan dalang sebenar disebalik semua ini! Bongkarkan!

1 ulasan:

C L J berkata...

Kot kena kat depa tetap depa akan nafikan. Depa sekali kali tak akan mengaku. Kerana begitulah ajara dari Yahudi.