Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Khamis, 19 Mac 2015
DUN Kelantan lulus Pindaan hudud
KOTA BHARU 19 Mac - Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
Kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta 12 wakil pembangkang dari Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.
Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada sidang pagi semalam.
Pembentangan enakmen tersebut dibuat bagi membuat pindaan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan.
Namun pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini amat bergantung kepada kelulusan pindaan akta dan Perlembagaan Negara di Parlimen.
Undang-undang jenayah syariah itu diluluskan kira-kira 22 tahun lalu dan kini peluang untuk hukum Islam itu dilaksanakan agak cerah apabila Kerajaan Pusat turut memberikan kerjasama dengan penubuhan jawatankuasa teknikal di peringkat pusat. - UTUSAN ONLINE
Khamis, 23 Ogos 2012
PANASS!! 30 Samseng Merancang Bertempur Bertembung Polis!!
![]() |
| tempat kejadian.. |
Seorang daripada 30 samseng yang disyaki sedang merancang untuk menyambung semula pergaduhan yang tercetus di sebuah flat di Pandan Perdana cedera parah ditembak polis di Tasik Permai di sini semalam.
Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana.
Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, polis yang menerima maklumat mengenai rancangan itu menghantar 16 anggota polis dengan menaiki empat buah kereta peronda menuju ke tempat kejadian.
Menurut beliau, polis yang terserempak dengan 14 buah kenderaan berkenaan cuba memeriksa setiap kenderaan tersebut, namun gagal kerana semua kereta itu dipecut laju meninggalkan lokasi tersebut.
Bagaimanapun, Md. Nazri memberitahu, kereta peronda polis berjaya memintas sebuah kereta Hyundai yang dinaiki lima lelaki tersebut.
“Sewaktu seorang anggota polis berjalan menuju ke kereta tersebut, kenderaan terbabit tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta peronda polis.
“Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis. Disebabkan kejadian demikian, polis terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri, dengan melepaskan tembakan.
Isnin, 9 Julai 2012
TERKINI!! Jabatan Perdana Menteri Di Ceroboh dan Di Serang Penganas!! Update
Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Mereka bersenjatakan pedang samurai dan parang telah berjaya menyelusup. Cara mereka melepaskan diri memasuki JPM masih belum dipastikan. Samada mengamuk dari jalan besar merempuh kawalan keselamatan atau sebaliknya.
Menurut info kejadian berlaku ketika penjawat awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari. Tanpa sebarang senjata, pengawal pintu masuk JPM tidak dapat menahan penjenyah tersebut yang telah mara ke dalam hingga ke kawasan taman di tengah kompleks JPM.
Selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan ditembak di kaki. Motif serangan belum diketahui. Kereta polis juga diserang dan sebuah kereta kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya...
Harap kawalan keselamatan dipertingkatkan demi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Tahniah PDRM yang berjaya mengawal situasi dari menimpa orang awam. Penulis juga berada di tempat kejadian kebetulan mempunyai urusan di sini.
Kejadian menyebabkan beberapa buah kereta peronda telah dikejarkan dengan SB juga turut sama mengawal keadaan dari memudaratkan orang awam.
Sumber PPC
Utusan juga telah mengeluarkan laporan yang sama.. siap bertakbir lagi.. nampak sangat puak kolot Pas yang dalangnya ni..
PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN
![]() |
| pasangan yang ditembak.. |
Isnin, 22 Ogos 2011
PANAS!! Bapa paling banggang di abad ini!!
PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.
Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.
Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian.
Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.
Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu.
Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.
“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.
“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.
Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.
“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.
“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.
“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.
Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.
Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.
Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris. - H.Metro
Rabu, 13 Januari 2010
BERITA: POLIS SUDAH KENAL PASTI WAJAH DALANG PEMBAKAR GEREJA!

Update: 6.30pm
Ini berita baru diterima. Berita Panas! sila baca artikel dibawah!
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Polis telah memperoleh maklumat berhubung dalang yang disyaki bertanggungjawab terhadap serangan di Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati di sini, Jumaat lepas.
"Kita ada petunjuk mengenai wajah, (dan) fizikal mereka yang mungkin terlibat. Tetapi kita tak boleh dedahkan perkara ini kerana kita memerlukan masa untuk meneliti maklumat berkenaan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, polis perlu membuat siasatan lanjut sebelum melakukan tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan terbabit.
Beliau berkata, kes pembakaran gereja disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
"Saya bagi amaran, jangan bermain dengan api. Mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman,” kata Ismail. - Bernama
MctHeory: Jangan tunggu la pak polisi, tangkap saja orang-orang itu ya pak! Rakyat Malaysia hendak tahu siapakan dalang sebenar disebalik semua ini! Bongkarkan!
Khamis, 7 Januari 2010
ISU: Mekanisme Baru Subsidi Petrol Diumum 1 Mei!

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme baru bagi menentukan sama ada seseorang warganegara itu layak atau tidak mendapat subsidi petrol bermula 1 Mei ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, mekanisme tersebut akan dibahagikan kepada subkategori yang memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.
"Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing. Bermula 1 Mei, pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan, dengan hanya warganegara layak mendapat subsidi,
"Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi harga RON 95 bersubsidi sekarang ialah RM1.80. Mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan warga asing akan membayar RON 95 pada harga RM2.10 atau lebih.
"Golongan yang mendapat subsidi pula akan membayar petrol pada harga yang ditetapkan sekarang iaitu RM1.80," katanya lagi.
Sementara itu Bekas Mb Selangor Dato Seri Khir Toyo dalam Blognya menerangkan kelemahan-kelemahan yang mungkin dihadapi jika kita menggunakan sistem ini.Khuatir akhirnya nanti sistem yang dirancang untuk mengurangkan subsidi dan menambah pendapatan negara di manipulasi dan lebih merugikan negara.
Oleh sebab ia belum dilaksanakan dan masih di peringkat kajian, saya berharap kerajaan mungkin mempertimbangkan kaedah lain bagi menampung subsidi petrol..
Salah satu kaedah yang boleh dipertimbangkan ialah mengenakan cukai kereta pelbagai peringkat mengikut CC. Kereta yang cc lebih besar maka lebih besar bayaran dikenakan. Kerajaan boleh menganggarkan satu angka yang dianggap dapat menampung subsidi petrol.
Jika tidak dimasukkan dalam cukai jalan, kerajaan boleh mewujudkan "Levi Petrol" yang perlu dibayar setiap tahun semasa memperbaharui cukai jalan. Saya cadangkan levi ini dikenakan ke atas kereta yang mempunyai CC 2000 ke atas.
Demikian juga bagi kereta negara jiran. Di sebalik mewujudkan sistem pam yang berlainan serta peraturan tahap petrol di dalam tangki, kerajaan hanya perlu mengenakan satu levi yang dianggap munasabah bagi menampung kos penggunaan petrol semasa kereta tersebut berada di Malaysia.
Walau bagaimana pun kerajaan akan mengumumkan perkara ini pada 1 Mei akan datang, setelah mempertimbangkan apa yang terbaik khususnya untuk rakyat yang berpendapatan rendah.
MctHeory: Sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan yang terbaik untuk kepentingan bersama. Apa yang Dr.Khir cakapkan pun perlu diambil kira kerana jika berlaku penipuan atau kerosakan ke atas Mykad boleh menambahkan lagi kesukaran sistem ini. Aku cuma nak tunggu komen dari pemimpin-pemimpin dan blog-blog pembangkang. apa pula mereka nak pusing kali ni.
Langgan:
Ulasan (Atom)




