Sponsor

Memaparkan catatan dengan label JPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPM. Papar semua catatan

Isnin, 9 Julai 2012

TERKINI!! Jabatan Perdana Menteri Di Ceroboh dan Di Serang Penganas!! Update



Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B. Mereka bersenjatakan pedang samurai dan parang telah berjaya menyelusup. Cara mereka melepaskan diri memasuki JPM masih belum dipastikan. Samada mengamuk dari jalan besar merempuh kawalan keselamatan atau sebaliknya.

Menurut info kejadian berlaku ketika penjawat awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari. Tanpa sebarang senjata, pengawal pintu masuk JPM tidak dapat menahan penjenyah tersebut yang telah mara ke dalam hingga ke kawasan taman di tengah kompleks JPM.

Selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan ditembak di kaki. Motif serangan belum diketahui. Kereta polis juga diserang dan sebuah kereta kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya...

Harap kawalan keselamatan dipertingkatkan demi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Tahniah PDRM yang berjaya mengawal situasi dari menimpa orang awam. Penulis juga berada di tempat kejadian kebetulan mempunyai urusan di sini.

Kejadian menyebabkan beberapa buah kereta peronda telah dikejarkan dengan SB juga turut sama mengawal keadaan dari memudaratkan orang awam.


Sumber PPC

Utusan juga telah mengeluarkan laporan yang sama.. siap bertakbir lagi.. nampak sangat puak kolot Pas yang dalangnya ni..

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

pasangan yang ditembak..

Ahad, 3 Januari 2010

Kalimah Allah: JPM dan Wanita UMNO akan kemuka rayuan!


Semua umat Islam di Malaysia mempunyai satu harapan cerah apabila kepada JPM dan Wanita UMNO akan membuat rayuan pada KDN, bagi menyelesaikan isu kalimah Allah yang menjadi kemarahan umat Islam di Malaysia.

Menteri di JPM Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu Wanita Umno juga berhasrat mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memaklumkan kebimbangan tentang implikasi keputusan mahkamah membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam penerbitan mingguan gereja Katolik.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu akan memperjuangkan dan menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan, jika perlu mungkin Shahrizat akan memohon mengadap Tuanku Agong.

MctHeory: Semua umat Islam 1Malaysia sedang menunggu keputusan rayuan JPM dan Wanita UMNO. Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, memang patut Tuanku Agong campur tangan, kerana ini melibatkan kesucian agama Islam.