Sabtu, 2 Januari 2010

ISU: Apa yang Pas perjuangkan, gula naik 20sen atau Kalimah Allah?



Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 01.01.2010. pengumuman dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Isu harga gula naik menjadi lebih penting dan dijadikan isu dikalangan ahlul-ahlul Pakatan Rakyat, berbanding isu mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menarik balik larangan KDN terhadap penggunaan perkataan Allah oleh akhbar Kristian Herald, yang selama ini hanya menjadi hak ekslusif orang Islam di Malaysia.

Ahlul-ahlul Pas dan bloggers Pakatan hanya tahu memainkan isu Gula Naik 20 sen dan memaki hamun kerajaan mengatakan kerajaan zalim, kerajaan makan duit rakyat tapi mereka semua tak sedar atau sesaja buat tak sedar mengenai isu kalimah Allah yang telah digadaikan oleh Kalid Samad kepada pihak Kristian.

Pelik dan ganjil sifat-sifat ahlul-ahlul Pas yang kononnya pejuang-pejuang agama, pejuang-pejuang Islam. Sekarang kita dah nampak, siapa yang memperjuangkan Agama Islam sebenar dan siapa yang hanya memperjuangkan 'Islam duit poket sahaja'.

Baru sekarang, ustaz Pas dan ahlul-ahlul Pas ini sedar mengenai isu kalimah Allah, sedangkan orang Melayu Islam dah lama mula memprotes mengenai isu ini. Sehingga kini belum ada sebarang tindakan protes dari pihak Pas mengenai isu kalimah Allah.

Sepatut sebagai parti yang kononya memperjuangkan Islam, Pas patut kedepan dalam isu mempertahankan kalimah Allah. Ini tidak, ahlul Pas juga yang menjadi pejuang demokrasi kononnya membenarkan pihak kristian akhbar menggunakan kalimah Allah. Memang pelik!

Bagi yang belum membaca posting isu kalimah Allah, sila baca di posting yang lepas ye.

MctHeory: Duit boleh dicari, tapi agama tak boleh ditukar ganti. Takbirr. .Allahhuakbarr!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ko ni bodohla aku rasa....macai umno pukimak....yg korang p gadai kalimah allah kat sabah serawak tu boleh pulak...pegi la perang kat sabah serawak...pegi la fight balik...babi betul la ko ni...jgn nak api apikan org islam la setan....banyak dosa kau ni...bertaubatlah babi..n