Sabtu, 2 Januari 2010

Tun M: Kebenaran Penggunaan Kalimah Allah Perlu Diiringi Syarat Ketat



Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya perlu diiringi syarat yang ketat.

Beliau berkata walau apapun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Ini kerana terjemahan 'God' yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah.

"Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk(bergabung) dalam Malaysia...tapi di Semenanjung ni kita tak pernah dengar pula," Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-TheCatolic Weekly menggunakan perkataan "Allah".

beliau Berkata "Yang saya khuatir bila Allah diguna oleh mereka, mungkin mereka akan gunasecara yang akan timbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam, kalau buatsepanduk dan tulis sesuatu yang tak cerminkan agama Islam.

"Kalau mereka nak gunakan (kalimah) Allah, ia harus dikenakan syarat yangketat," katanya yang menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan kemelut itu. -BERNAMA

MctHeory: Syarat ketat dikatakan oleh Tun Dr Mahathir itu bererti penggunaan kalimah Allah oleh pihak Herald dan Kristian perlu selalu dipantau supaya tidak disalahgunakan.

Cadangan Tun Dr Mahathir patut diambil kira oleh pihak-pihak yang terbabit supaya penggunaan kalimah Allah tidak disalahgunakan oleh pihak yang terlibat, takut ada agenda yang tersembunyi.

Tiada ulasan: