User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Sabtu, 2 Januari 2010

BERITA: Nik Aziz Jangan Asyik Salahkan BN



Barisan Nasional (BN) menyelar kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan BN kerana mendakwa menjadi penyebab Kelantan perlu membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya menuding jari dengan menyalahkan pihak lain kerana Kelantan kini berada di bawah pimpinan PAS.

Inilah masalah pembangkang, kalau mereka salah asyik nak tuduh pihak lain yang jadi punca, mereka saja yang betul.

"Kenapa nak tuding jari pada orang lain? Beliau (Nik Abdul Aziz) dah tadbir Kelantan cukup lama, kenalah buat sesuatu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyifatkan kerajaan pimpinannya menjadi mangsa kegagalan kerajaan BN memerintah Kelantan pada tahun 1975 sehingga terpaksa berhadapan dengan isu pampasan bernilai lebih RM800 juta.

Nik Abdul Aziz juga menyifatkan kes tersebut sebagai 'sampah' yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika itu dan kerajaan PAS hari ini yang perlu membersihkannya.

Ia disebabkan kerajaan BN pada ketika itu telah membatalkan perjanjian dengan Timbermine yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.

Mengulas lanjut Tengku Adnan berkata, sebagai Menteri Besar, Nik Abdul Aziz seharusnya menyelesaikan isu berkenaan sejak kerajaan PAS menerajui negeri itu.

"Bila beliau dah terajui Kelantan pada masa itu, sepatutnya selesaikan dengan segera... jangan biarkan ia berlanjutan macam ini.

"Kalau betul masa kita (BN) perintah dulu ada masalah, sebagai kerajaan yang baru masa itu kenapa beliau tak atasi awal-awal?

"Memang normal kalau sesebuah kerajaan yang baru ambil alih dari kerajaan yang sedia ada untuk selesaikan masalah berbangkit...bukan biar sampai parah lepas itu nak salahkan orang lain," katanya.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi sebanyak RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar kontrak.

Jumlah ganti rugi tersebut dikatakan yang tertinggi dalam kes saman sivil di negara ini. - MStar

MctHeory: Orang tua tu manala tau nak mentadbir negeri dan kerajaan. Semua mengharapkan exco atau orang kanan je buat keje. Menantu dia pun naik pangkat sebab pak mertua yang bagi kalau tidak, haram la nak merasa.

Sebagai kerajaan yang mentadbir, bila dah perintah, segala masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri dulu mestila dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri yang baru.

Contohnya sama juga seperti Selangor sekarang ni. Masa BN (Khir Toyo) dulu memerintah, kerajaan negeri mewah, simpanan wang banyak, projek banyak. Tapi bila Kalid Gagap naik jadi MB dan dilembukan oleh Dap. Habis licin wang dibelanjakan, ekonomi slow, projek tarak, janji pilihanraya dulu, janji tinggal janji.

Soo n.ajis, Sendiri nak jadi kerajaan negeri sendiri tanggungla lagi mau salah orang ka. apa raa!

1 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

Pok Nik bukan tau hapa pung. . dia cuma tahu menyumpah ja la. . Pas benggong!

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review