Jumaat, 29 Januari 2010

MANOGARAN BAKAL KENA AKTA HASUTAN? AZMIN BILA LAGI?



Akhirnya akta Hasutan digunakan untuk siasat para pembangkang yang dok menghasut rakyat dengan pelbagai cerita rekaan dan hasutan. Dalam pelbagai cerita hasutan, akhirnya Mp Dap Manogaran yang kena panggil siasat.

Dia dipanggil sebab dikatakan menghasut semasa beri ceramah bersama Brader Anwar. Untuk keterangan lanjut sila baca berita dibawah:

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.
Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.
- sumber portal anti Islam Malaysiakini.

Kadang-kadang Mc pelik juga sikap berpilih-pilih yang KDN dan Polis tunjukan dalam menangkap para-para hasutan. Macam tak konsisten pun ada gak. Azmin pun bagi kenyataan menghasut juga hari tu, tapi tak kena pun.

Kali ni si MP Dap ni, kena pula. Guan Eng Gangsta, lagi banyak mengarut, tak kena pun, dok siasat je lebih. Kenapa ada undang-undang berpilih?

Dato hishammudin takut nak tangkap geng PR ke? Takut kena maki dengan diorang ke atau takut kena politik? Kalau tak tangkap pun memang diorang ni suka politik, tak kira apahal pun semua diorang nak pusing.

Janganla takut gunakan undang-undang untuk kepentingan rakyat dan negara. Utamakan kemakmuran dan kedamaian negara dari takut ancaman bodoh parti-parti pembangkang yang sememangnya asyik politik je lebih.

MctHeory:
Rakyat Malaysia nak menteri yang boleh buat kerja dan tegas dalam tindakan. Jika tak mampu nak jalankan tugas. Bagi aje la kat orang lain!

2 ulasan:

appzak berkata...

MctHeory, saja aku nak bertanyalah, kau rasa UMNO ni boleh pakai ke lagi dalam zaman pemerintahan sekarang?

McTheory berkata...

UMNO Sentiasa relevan dalam memerintah dan sentiasa mencari idea baru untuk mentadbir. SOo jawapannya layak. kenapa appzak tanya macam tu?