Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ISA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISA. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2011

KASI GEGAR!! APA KATA KDN TANGKAP DULU PUAK PERANCANG BERSIH DENGAN ISA!!

ISA kan penganjur!!!


Kita semua tahu bahawa, penganjur Bersih sebenarnya berniat jahat untuk memporak-perandakan Malaysia sehingga menganggu ketenteraman awam.

Apa kata demi menjaga 27 Juta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Pihak KDN dan Kerajaan Malaysia mengunakan akta ISA untuk menangkap dahulu perancang dan penganjur bersih 2.0 ini sebelum ia dimulakan pada 9 Julai nanti.

Setakat 'ISA' kan empat lima orang, ada apa hal kan?

Kerajaan perlu mengutamakan suara majoriti di Malaysia. Iaitu rakyat yang menyokong kerajaan sah yang dipilih rakyat iaitu Kerajaan BN.

Kerajaan BN perlu mengutamakan keselamatan rakyat Malaysia dari majoriti yang terbesar dengan mencegah kekecohan.

Mc percaya, pendapat Mc ini akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan mahu melihat Malaysia damai dan sentosa.

Apabila terbatalnya perhimpunan Bersih, ekonomi negara akan sentiasa stabil dan kukuh, keyakinan pelabur luar keatas negara pun akan kekal terjamin.

Kiranya pada 9 Julai nanti rakyat tidak perlu bimbang dengan kehadiran perusuh demotrasi di ibu kota dan warga Kuala Lumpur juga tenang untuk mencari rezeki.

Mc harap pihak KDN dan Polis akan bertindak dahulu sebelum perhimpunan paling Kotor ini dimulakan.

Cegah sebelum Parah!

McTheory:
 Tangkap atas motif mahu mewujudkan huru-harakan negara!

Ahad, 14 Mac 2010

APABILA PAKATAN SUDAH HABIS MODAL! MEREKA GUNAKAN GMI!



Kini kita mendengar lagi GMI menyalak memarahi kerajaan pusat berikutan isu ISA. Mereka mahu kerajaan mansuhkan terus ISA dan bukannya dipinda lagi. Dulu mereka juga yang menerima keputusan kerajaan berikutan kerajaan hanya mahu meminda dan bukannya memansuhkan ISA.

Kini mengapa GMI yang didalangi oleh Pakatan haram mahu berkumpul dan menunjuk perasaan untuk menentang ISA. Tujuan mereka hanyalah mahu mengukur setakat mana sokongan rakyat terhadap mereka. Mereka juga mahu rakyat Malaysia melihat bahawa Pakatan masih lagi kuat dan berpengaruh di Malaysia.

Walaupun hakikatnya Pakatan kini terumbang ambing. Anwar dengan kes liwat. Ahli Parlimen PKR banyak yang mula ragu-ragu dan mahu meninggalkan parti. Pas pun sudah hilang taringnya kerana dikudakan Dap. Dap pula masih lagi mengalami masalah pentadbiran dan masalah dikalangan exconya untuk mentadbir negeri.

Jika mahu dihitung masalah dalaman Pakatan, sampai esok pun tidak akan habis. Mc cuma mahu menerangkan kepada pembaca kenapa GMI mahu menyalak semula isu ISA. Mereka sudah kekeringan modal. Mereka sudah kehilangan sokongan dan keyakinan rakyat. Jadi mereka hanya mahu melakukan aksi supaya rakyat tahu mereka masih lagi kuat.

Mereka bukan kisah akan ISA pun. Selama ini berapa orang yang kerajaan tangkap dengan menggunakan ISA? Jawapannya hanya penganas antarabangsa sahaja yang ditangkap menggunakan ISA. Jadi apa perlunya mereka ini takut dengan ISA? Kalau tak buat salah, apa perlu takut dengan undang-undang?

MctHeory:
Segala anwar masih bebas di bumi Malaysia. Selagi itu Malaysia tidak akan aman!

Jumaat, 29 Januari 2010

MANOGARAN BAKAL KENA AKTA HASUTAN? AZMIN BILA LAGI?



Akhirnya akta Hasutan digunakan untuk siasat para pembangkang yang dok menghasut rakyat dengan pelbagai cerita rekaan dan hasutan. Dalam pelbagai cerita hasutan, akhirnya Mp Dap Manogaran yang kena panggil siasat.

Dia dipanggil sebab dikatakan menghasut semasa beri ceramah bersama Brader Anwar. Untuk keterangan lanjut sila baca berita dibawah:

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.
Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.
- sumber portal anti Islam Malaysiakini.

Kadang-kadang Mc pelik juga sikap berpilih-pilih yang KDN dan Polis tunjukan dalam menangkap para-para hasutan. Macam tak konsisten pun ada gak. Azmin pun bagi kenyataan menghasut juga hari tu, tapi tak kena pun.

Kali ni si MP Dap ni, kena pula. Guan Eng Gangsta, lagi banyak mengarut, tak kena pun, dok siasat je lebih. Kenapa ada undang-undang berpilih?

Dato hishammudin takut nak tangkap geng PR ke? Takut kena maki dengan diorang ke atau takut kena politik? Kalau tak tangkap pun memang diorang ni suka politik, tak kira apahal pun semua diorang nak pusing.

Janganla takut gunakan undang-undang untuk kepentingan rakyat dan negara. Utamakan kemakmuran dan kedamaian negara dari takut ancaman bodoh parti-parti pembangkang yang sememangnya asyik politik je lebih.

MctHeory:
Rakyat Malaysia nak menteri yang boleh buat kerja dan tegas dalam tindakan. Jika tak mampu nak jalankan tugas. Bagi aje la kat orang lain!

Isnin, 11 Januari 2010

BERITA: ISA wajar digunakan



Tahun lepas kita dikecohkan dengan ahlul-ahlul penyokong pembangkang yang turun kejalan semata-mata untuk meminta kerajaan membubarkan Akta Keselamatan dalam Negeri (I.S.A). Sebenarnya motif parti pembangkang itu lebih memotifkan politik. Mereka tidak memikirkan apa kebaikkan akta berkenaan pada rakyat dan negara. Mereka hanya menuntut demi kepuasan nafsu serakah mereka sahaja.

Sebagai contoh, keadaan sekarang adalah amat sesuai jika kerajaan menggunakan ISA hanya untuk menjaga keamanan negara. Akta ini boleh digunakan untuk sebarang tangkapan kepada suspek tanpa merujuk kepada mahkamah. Ini hanya untuk mengtenteramkan negara dari pelbagai segi ancaman.

Dalam isu pembakaran gereja. Kerajaan telah membuat keputusan untuk menggunakannya, sila baca berita dibawah.

PUTRAJAYA 10 Jan. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersetuju Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan jika langkah tersebut mampu membendung menularnya perbuatan menyerang gereja dan surau.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ISA wajar digunakan jika langkah tersebut didapati berkesan dalam mengembalikan semula keamanan dan ketenangan di negara ini.

‘‘Saya berharap dalam keadaan ini kita semua bertenang, jangan membawa perasaan masing-masing sehingga mengakibatkan perkara tidak sihat.

‘‘Negara kita ada undang-undang jadi biarkan undang-undang yang putuskan, jangan sekali-kali kita mengambil dan melaksanakan undang-undang atas dasar peribadi secara persendirian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyampaian hadiah pertandingan boling antara jabatan peringkat kementeriannya.

Mohd. Shafie turut menaruh keyakinan pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menganjurkan perkara yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

‘‘Saya berharap sebagai umat yang ada peradaban, kesabaran dan keimanan harus berpandukan kepada ajaran Islam yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut dua insiden terbaru cubaan membakar berlaku membabitkan Gereja All Saints di Taiping dan Sekolah Menengah Convent, di Ipoh, Perak awal hari ini.

Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

Semalam, sebuah surau diserang Kampung Jawa, Kelang sehingga mengakibatkan kerosakan.
- Utusan Malaysia



MctHeory:
Sebagai rakyat Malaysia, kita tertanya-tanya apakah motif pembangkang beria-ria mahu akta ini dibubarkan oleh kerajaan. Mereka memberi alasan bahawa, akta ini mungkin disalahgunakan oleh kerajaan untuk menangkap pemimpin pembangkang yang melawan kerajaan.

Kita telah tahu bahawa, akta ini umpama pelindung kemakmuran negara, ia lebih digunakan untuk isu yang sensitif seperti isu perkauman dan agama. Pemimpin pembangkang terutamanya DAP, selalu mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Jika semua orang di negara ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan dan perkauman, apa akan jadi?

Rakyat akan diracun dengan pelbagai andaian yang merosakkan. Emosi masyarakat akan meningkat malah boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum. Akta ini hanya untuk melindung masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Malah akta ini juga masih lagi relevan untuk pentadbiran negara sekarang.

"kata orang, kalau tak salah, buat apa mau takut?!"