Ahad, 14 Mac 2010
APABILA PAKATAN SUDAH HABIS MODAL! MEREKA GUNAKAN GMI!
Kini kita mendengar lagi GMI menyalak memarahi kerajaan pusat berikutan isu ISA. Mereka mahu kerajaan mansuhkan terus ISA dan bukannya dipinda lagi. Dulu mereka juga yang menerima keputusan kerajaan berikutan kerajaan hanya mahu meminda dan bukannya memansuhkan ISA.
Kini mengapa GMI yang didalangi oleh Pakatan haram mahu berkumpul dan menunjuk perasaan untuk menentang ISA. Tujuan mereka hanyalah mahu mengukur setakat mana sokongan rakyat terhadap mereka. Mereka juga mahu rakyat Malaysia melihat bahawa Pakatan masih lagi kuat dan berpengaruh di Malaysia.
Walaupun hakikatnya Pakatan kini terumbang ambing. Anwar dengan kes liwat. Ahli Parlimen PKR banyak yang mula ragu-ragu dan mahu meninggalkan parti. Pas pun sudah hilang taringnya kerana dikudakan Dap. Dap pula masih lagi mengalami masalah pentadbiran dan masalah dikalangan exconya untuk mentadbir negeri.
Jika mahu dihitung masalah dalaman Pakatan, sampai esok pun tidak akan habis. Mc cuma mahu menerangkan kepada pembaca kenapa GMI mahu menyalak semula isu ISA. Mereka sudah kekeringan modal. Mereka sudah kehilangan sokongan dan keyakinan rakyat. Jadi mereka hanya mahu melakukan aksi supaya rakyat tahu mereka masih lagi kuat.
Mereka bukan kisah akan ISA pun. Selama ini berapa orang yang kerajaan tangkap dengan menggunakan ISA? Jawapannya hanya penganas antarabangsa sahaja yang ditangkap menggunakan ISA. Jadi apa perlunya mereka ini takut dengan ISA? Kalau tak buat salah, apa perlu takut dengan undang-undang?
MctHeory:
Segala anwar masih bebas di bumi Malaysia. Selagi itu Malaysia tidak akan aman!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
modal mereka sudah kering kontang. tanda-tanda awal nak bungkus. dr hatta tyu bukan apa. nak cari publisiti aje. nak tyonjol diori nak jadi calon dalam pru 13
modal tak ada, sebab tu sanggup buat apa saja demi meraih sokongan!
ameno kapiaq! dan bodoh!
PR dah habis modal sampai kering air liur buat ceramah tapi yg keluar parti bertambah ni nak keluar lagi masa terdekat habis modal bangkrap idea padan muka He...
Depa nak divert isu tuuu
Bagaimana kalau dibuat satu tunjuk perasaan menggesa supaya ORANG yang buat macam-macam helah tu,mempercepatkan perbicaraannya di mahkamah agar terbukti dia benar-benar tidak bersalah dan difitnah!
Bagi saya yang menghargai undang-undang, keamanan dan kesejahteraan, kekalkan ISA. Jangan dibiarkan hanya segelintir manusia-manusia yang tidak mahu dan tahu mengikut peraturan dan undang-undang menentukan hala tuju negara tercinta ini.
dok tang tu la...dok kapiaqkan umno jugakla...klau dulu ms aku dok kedah, naik bas dr jitra ke aloq setaq, pantang xdak ayaq dok boh hak tula - kapiaq!.Ustaz2 dok mengajaq kat ataih masjid tu pun dok hak tula - bala sbb oghang kedah pi pilih Umno merintah!. Lani dah kedah xdak ayag awat tak pi kapiaqkan Pas? Awat tak pi habaq bala sbb oghang kedah pi pilih Pas merintah?
(p/s: Klau dah bodoh sombong dok tang tu la...abis dah isu dok tang tu la jugak - ISA jugakla depa nk balun)
Guys, KJ's top cybertrooper has 'revealed' to me KJ's latest achievement,
nak tau ape bacalah di SINI
I guarantee you will like this posting
If you don't laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today
Catat Ulasan