Sponsor

Memaparkan catatan dengan label MENTERI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENTERI. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

MENTERI AMARAN MAU SAMAN ANWAR!! Anwar penipu, pembohong, pembelit, penutuh pelacur!!


KUALA LUMPUR Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menyaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pendedahan video seks oleh individu misteri bergelar 'Datuk T' kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan yang mungkin diambil itu bukan demi kepentingan dirinya tetapi bagi menjaga nama baik kementerian dan PDRM.

Ia juga, katanya, sebagai bukti bahawa kementerian mahu 'menggali' perkara itu sedalam-dalamnya bagi mencari kebenaran selain mengenal pasti sama ada ia sengaja direka oleh pihak tertentu.

"Dalam kes ini mereka menuduh saya, kementerian dan PDRM terlibat dalam konspirasi. Kalau ada fakta, saya tiada masalah untuk failkan saman kerana tiada apa untuk disembunyikan.

"Perkara ini sedang dikaji oleh peguam-peguam saya. Kali ini kami tidak akan duduk saja dan biarkan mereka bermain politik. Kami hanya menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Anwar berkata, tindakan mempertontonkan video itu tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis.

Malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, ketiadaan sebarang tindakan polis bagi menghalang penayangan video tersebut menjadi bukti penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Hishammuddin dalam pada itu turut mencabar mana-mana pihak yang menuding jari terhadapnya dan polis dalam isu berkenaan agar tampil dengan bukti.

"Semua dakwaan kononnya diputar belit dan konspirasi hanyalah untuk lari daripada kebenaran. Apa jua tuduhan sila buktikan.

"Mereka laungkan keadilan tetapi sebelum perkara ini diadili, mereka sudah putar belit sehingga segalanya menjadi tunggang terbalik untuk mengaburi orang ramai," ujarnya.

Ditanya kemungkinan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, beliau menjelaskan, keputusan mengenainya bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

"Saya ingin tegaskan, jika suruhanjaya itu ditubuhkan sekali pun, ia tidak menghalang polis daripada meneruskan siasatan mereka. Perkara ini sudah pun berada di tangan polis berdasarkan laporan dibuat Anwar sendiri dan pastinya kita mahukan kebenaran ditegakkan," katanya. - Utusan.

Saman saja Hisyam oii.. tak payah tunggu-tunggu lagi. Saman 100 juta, biar puas hati. Asyik-asyik salahkan Polis, kalau benar Polis nak aniaya Anwar, bukannya susah pun, macam-macam diorang boleh buat, tapi ada polis buat? Kena tuduh banyak la, yang betulnya tak nampak pun.

P/s: Dia yang sedap, orang lain tanggung sakit.

Mctheory:
Tak habis-habis pusing isu kelain..

Khamis, 10 Mac 2011

APA CERITA DENGAN TIMB MENTERI UMNO YANG SEKOR NI??

Dalam kesibukan PRK Kerdau, timbul pelbagai cerita pak menteri seorang ini.Semasa PRK lah peluang terbaik bertemu pak menteri tanpa perlu ada temujanji.Peluang ini diambil  untuk bertanyakan mengenai pilihanraya kampus kepada timbalan menteri Yb Saifudin.

Dengan harapan untuk mendapatkan satu temu janji bersama bloggers agar dapat penjelasan.Tetapi sebaliknya dibalas dengan kata kata penghinaan terhadap komuniti bloggers pro BN.Keintelektualan blogger dipertikaikan,kononnya bloggers tidak faham akan politik baru.Kononnya hanya fahaman itu buat pendokong politik makam makam yang tinggi.

"Politik baru" dan "keintelektualan" fahaman YB Saifudin Abdullah lebih mendokong dan condong kepada fahaman Anwar.Blogger bukannya bodoh,bukannya tuli dan bukannya kurang akal. Untuk mendekati golongan Mahasiswa Yb Saifudin tidak perlu memperlekehkan aspirasi BN. Takkan nak mengorat calon bini baru burukkan bini tua?Itu bukannya caranya berkempen mendekati golongan muda.

Menyokong Buku Jingga bermakna secara terang terangan menolak dasar BN,adakah buku gay oren itu sudah cukup dijadikan sebagai rujukan walhal dipenuhi janji bulan dan bintang.

Apa jenis pendekatan yang diguna pakai oleh Yb Saifudin? Menyokong politik baru Anwar?Menyokong Buku Jingay? Kemarahan rakan rakan bloggers ada asasnya bukan membuta tuli.

Ramai pak menteri bertemu dan memberi penjelasan dan penerangan kepada bloggers malah bertukar pandangan dalam pelbagai isu,bukanya sekali tapi berpuluh kali.Kesemuanya di terima baik oleh komuniti bloggers dan diambil sebagai input untuk mempertahankan Kerajaan BN.

Bloggers mempertahankan pentadbiran kerajaan BN,menyokong penuh transformasi yang menjadi aspirasi pentadbiran Ds Najib.Berkata benar walau sekali pun pahit untuk ditelan.

sumber Pisau.net

Kenapa masih ada menteri seperti ini dibiarkan hidup dengan memakai lambang UMNO? Apakah UMNO sudah kehabisan bakat yang lain, untuk bakal dijadikan Timbalan Menteri? Menteri yang bertopengkan PKR ini harus dihalau terlebih dahulu dari dia terus melingkupkan UMNO.

Masih ada dua-tiga ekor individu dalam UMNO yang sedang rosakkan UMNO. Tunggu masa nak kena sepak keluar saja kot!!.

P/s: musuh dalam selimat dah bukak topeng..

Mctheory:
Politik.. politik.. makin lama.. makin pening..

Jumaat, 29 Januari 2010

MANOGARAN BAKAL KENA AKTA HASUTAN? AZMIN BILA LAGI?



Akhirnya akta Hasutan digunakan untuk siasat para pembangkang yang dok menghasut rakyat dengan pelbagai cerita rekaan dan hasutan. Dalam pelbagai cerita hasutan, akhirnya Mp Dap Manogaran yang kena panggil siasat.

Dia dipanggil sebab dikatakan menghasut semasa beri ceramah bersama Brader Anwar. Untuk keterangan lanjut sila baca berita dibawah:

Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, dipercayai mengikut Akta Hasutan, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

Manogaran berkata ucapan itu dibuat dalam satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.
Katanya, pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.
- sumber portal anti Islam Malaysiakini.

Kadang-kadang Mc pelik juga sikap berpilih-pilih yang KDN dan Polis tunjukan dalam menangkap para-para hasutan. Macam tak konsisten pun ada gak. Azmin pun bagi kenyataan menghasut juga hari tu, tapi tak kena pun.

Kali ni si MP Dap ni, kena pula. Guan Eng Gangsta, lagi banyak mengarut, tak kena pun, dok siasat je lebih. Kenapa ada undang-undang berpilih?

Dato hishammudin takut nak tangkap geng PR ke? Takut kena maki dengan diorang ke atau takut kena politik? Kalau tak tangkap pun memang diorang ni suka politik, tak kira apahal pun semua diorang nak pusing.

Janganla takut gunakan undang-undang untuk kepentingan rakyat dan negara. Utamakan kemakmuran dan kedamaian negara dari takut ancaman bodoh parti-parti pembangkang yang sememangnya asyik politik je lebih.

MctHeory:
Rakyat Malaysia nak menteri yang boleh buat kerja dan tegas dalam tindakan. Jika tak mampu nak jalankan tugas. Bagi aje la kat orang lain!