Ahad, 24 Januari 2010

TUN DR MAHATHIR PERTAHANKAN KENYATAANNYA MENGENAI WTC! KENAPA KITA KENA SOKONG!


Mc nak mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir tentang serangan 11 Sept 2001 di WTC. Pada pendapat Mc, kenyataan Tun yang menyatakan Amerika merancang serangan tersebut, kerana hendak memburukkan agama Islam adalah tepat. Ini kerana, jika dilihat, serangan tersebut seperti dirancang dengan teliti sehingga ada kamera video yang dapat merakam bagaimana kapal terbang yang didakwa Amerika dirampas oleh pengganas itu merempuh bangunan WTC New York dan merobohkan seratus peratus bangunan tersebut. Nak baca sejarah WTC klik di sini



Tun mengulangi kenyataannya mengenai WTC semasa di satu forum baru-baru ini, dengan menulis dalam blog beliau. Nak baca klik di sini. Jika dilihat kesan yang terjadi pada umat Islam satu dunia selepas itu adalah sangat menyedihkan. Agama Islam digelar sebagai agama yang mengajar keganasan. Seluruh umat Islam dipandang sinis oleh agama-agama lain. Kepercayaan terhadap orang Islam berada pada tahap yang terendah.

Hinggakan ada sesetangan negara tidak membenarkan orang yang beragama Islam dari negara yang tertentu masuk ke negara mereka. Jika mahu memasuki sesuatu negara, orang Islam diperiksa oleh pengawal keselamatan lapangan terbang dengan teliti umpama penjenayah, sebelum boleh memasuki negara mereka. Begitu hinanya pandangan dunia kepada umat Islam.

Laknattullah Bush dan sekutu yahudinya mengambil kesempatan itu menyerang Iraq, dengan menuduh Iraq bersubahat dengan al-Qaedah dalam serangan tersebut dan menjadi salah satu sebab kenapa Amerika perlu menyerang Iraq dan menjajahnya. Bush juga menuduh Al-Qaeda, Osama bin Laden dan Iraq bersubahat dalam serangan WTC.

Disebabkan serangan tersebut, umat Islam satu dunia dihina dan dicaci. Musuh-musuh Islam mengambil kesempatan atas peristiwa WTC dengan memburuk-burukan Islam. Menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan melukis karikatur Rasullulah dengan dialog yang betul-betul menjatuhkan maruah agama Islam.

Mc juga tahu, bahawa tak ramai tokoh dunia Islam yang berani bersuara kerana tidak ada bukti dan takut dengan tekanan Amerika terhadap negara mereka. Hanya Tun Dr Mahathir sahaja yang berani bersuara lantang mengkritik Amerika diatas dasar-dasarnya yang sering kali memulaukan umat Islam di negaranya dan di dunia.

Walaupun kejadian ini sudah lama berlalu. Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita patut menyokong Tun yang mempertahankan kenyataannya mengenai Amerika merancang serangan di WTC. Sila kenyataan Tun baca dibawah ini.

PULAU PINANG, 23 Jan (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata serangan 11 Sept 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.

"Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini malam Sabtu.

Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Mahathir telah berkata beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.

"Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi perdana menteri semula," tegas beliau.

Dr Mahathir juga berkata Malaysia tidak boleh semata-mata bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi perlu membangunkan ekonominya sendiri.
- klik Bernama

Tun Dr Mahathir adalah tokoh dunia Islam yang lantang mengkritik Amerika diatas dasar-dasarnya yang memandang sempit terhadap umat Islam didunia. Tun bukan sahaja sebagai pemimpin dan Perdana Menteri Malaysia satu ketika dahulu. Tun juga merupakan tokoh yang disegani di negara-negara Islam yang lain.

Dalam kebanyakkan tokoh dan pemimpin Islam yang lain mengambil jalan selamat dengan menjaga periuk nasi mereka, takut ditekan oleh Amerika. Tun pula berjuang demi dunia Islam dengan menegakkan kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah!

Mc tetap menyokong Tun mempertahankan kenyataannya. Ingatlah, jika ada seorang yang mengutuk Tun, Berjuta lagi akan bangun mempertahankan beliau. Ketokohan beliau didalam dunia Islam tidak dapat kita nafikan. Serangan di WTC New york sebenarnya dirancang oleh Bush dan Yahudi hanya untuk mengambil peluang dan lesen besar untuk menghina dan menindas dunia Islam.

MctHeory:
Jika Tun Dr Mahathir mengambil risiko mempertahankan kenyataannya demi umat Islam di dunia. Bagaimana dengan Brader Anwar? ohh tidak..dia penyokong demokrasi..dia hanya mempertahankan dunia demi halalkan perSUNDALan sahaja.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA UMAT ISLAM TIDAK KIRA PARTI MENYOKONG TUN M DENGAN SEPENUH HATI. KERANA BELIAU MEMPERTAHANKAN ISLAM!

Tanpa Nama berkata...

AGAKNYA INI YG AL JUBOREE CUBA NAK BUAT KAT M'SIA. GERAKAN AL MAUNAH ADALAH BUNGA2 KE ARAH TU BROO DI IKUTI DGN REFORMASI 98. SKRG NI DH MULA BAKAR GEREJA, BAKAR SURAU, BAKAR KUIL. LEPAS NI APE PULAK?..ADOIYAIII

Tanpa Nama berkata...

org tua nyanyok ni. tak pecen lgi ke?