Sabtu, 27 Februari 2010

KENAPA SAYA BENCI PAS! Part 2



Sambungan daripada siri 1 Kenapa saya benci Pas? nak baca klik Sini

- Bas penyokong UMNO/BN ditahan oleh Penyokong Pas.
Adakah pembaca masih ingat pada PRK Pendang pada semasa allahyarham Fadzil Noor (Presiden Pas) meninggal dunia? Kemudian PRK Pendang diadakan untuk mencari pengantinya.

Saya mengikuti rombongan penyokong UMNO didalam bas untuk perjalanan ke Pendang. Demi memberi sokongan pada cawangan UMNO di sana. Pendang adalah kawasan kubu kuat Pas. Memang agak susah untuk menang di Pendang dalam PRK ini, sebab itu kami kena berusaha 100 peratus memikat pengundi di sana.

Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba bas kami berhenti, apabila saya jenguk keluar saya nampak ada sekatan jalan raya, sekatan di lakukan di jalan utama untuk masuk ke Pendang. Sekatan jalan raya ini bukan dibuat oleh Polis! tapi oleh penyokong Pas!

Bas kami diarahkan berhenti, tetapi pemandu bas berdegil, akibatnya cermin sebelah kanan penumpang dipecahkan oleh penyokong-penyokong Pas. Keadaan menjadi kelam kabut, ada penumpang yang menjerit dan menangis dalam ketakutan.

Tak tahulah undang-undang mana yang membenarkan mereka menahan kenderaan yang lalu untuk diperiksa. Yang saya tahu, pemandu bas kami diminta turun untuk diperiksa, kami semua diminta turun untuk diperiksa, kerana semua penumpang disyaki sebagai pengundi hantu.

Sekatan jalan itu dilakukan oleh ramai penyokong Pas. Anggaran lebih daripada 100 orang. Sambil memaki kami, mereka semua menjerit-jerit bertakbir. Seolah-olah mereka semua sedang berperang dengan musuh Islam. Agaknya inilah ajaran Islam Pas.

Cara mereka amat kurang ajar, tak kisah tua atau muda. mereka langsung tak hormat, sudahla menahan kenderaan menyalahi undang-undang. Meminta kad Pengenalan untuk diperiksa, bagaikan mereka ini polis.

Ada diantara kami yang cuba melawan, tapi akhirnya dipukul. Termasuk pemandu bas nampak jelas lebam dimukanya. Kami hanya berdoa, supaya ada peronda Polis lalu dikawasan berkenaan, bimbang mereka ini bertindak diluar jangkaan.

Mereka pulangkan kad pengenalan dan mengarahkan pemandu bas kami membuat pusingan U untuk patah balik. Mereka melarang kami untuk masuk ke Pendang! Pemandu bas dan penumpang yang lain mula membuat bising dan pertikaikan tindakan mereka ini.

Tapi disebabkan mereka terlalu ramai dan bimbang dicederakan, kami akhirnya mengikut sahaja kata mereka. Sedang semua penumpang menaiki bas, tiba-tiba datang dua kereta peronda Polis.

Lega apabila melihat polis. Polis datang dan pemandu bas turun berjumpa dengan anggota polis terbabit. Polis cuba mengarahkan penyokong Pas bersurai, tapi mereka langsung tak peduli, Malahan polis pula dimaki.

Ada yang mengambil batu dan baling kearah kereta peronda. Ini menunjukkan penyokong Pas ini betul-betul kurang ajar. Adakah begini sikap penyokong parti yang mengaku Islam? betul-betul memalukan nama Islam.

Akhirnya polis meminta bantuan, apabila trak FRU sampai, keadaan lebih terkawal. Polis mengiringi bas kami untuk masuk ke Pendang. Walaupun dalam ketakutan dan trauma. Semangat untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tidak pernah terpadam.

Disebabkan kejadian diatas, ramai diantara penumpang wanita agak trauma dan tertekan. Bayangkanlah gaya penyokong Pas yang bertindak ala gerila semasa menahan bas UMNO. Inilah ajaran Islam yang diperjuangkan oleh N.ajis. Agaknya inilah pengikut-pengikutnya yang hendak ke syurga N.ajis disebabkan terpedaya dengan dakyah sesatnya.

MctHeory:
Siri ke 3 (part3) Serbu ke Kuala Kedah, Kubu Kuat Pas!

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nape le org pas ni buruk sgt prangai? Isle pok nik lo ni!

Tanpa Nama berkata...

Agaknye pas ingat, diorg tu btul sgt ke? teruknya diorang ni!

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah najis tu najis juga dari kepala sampai ke kaki bau busuk.

Tanpa Nama berkata...

SEBAB TU SAMPAI SEKARANG SAYA TAK AKAN MENYOKONG PAS SEBAB MEREKA NI FENATIC TAK BERTEMPAT.. SAYA BERASAL DARI KELANTAN..DAN ORANG KELANTAN BIASANYA AMAT BANGGA DENGAN PAS SEBAB ADA NIK AZIZ..TAPI TIDAK SAYA SEBAB MEREKA NI MENGAJAR CARA EXTRIM BUKAN CARA YANG BOLEH DITERIMA RAMAI... SIAP TAK MENAGAKU ADIK BERADIK..ISLAM TAK AJAR TU SEMUA.


AKU TAK BUAT CERITA..TP MEMANG BERLAKU DI KG AKU SENDIRI.. DUDK TAK SAMPAI SEPELAUNG DARI MASJID..TP TINGGALKAN KHARIAH.. PERGI KE MASJID ISLAM DIKG LAIN..SEBAB DIA KATA SEMBAHYANG DISITU TAK SAH. SEDANGKAN TOK IMAM BUKANNYA KLUAR MENGUNDI PUN,

BERLAKU JUGAK DI KG AKU... SEPUPU AKU BERGADUH SEBAB DIA EXTRIM PAS.. SIAP TUDUH ABANG ADIK YANG LAIN TAK MASUK SYURGA...

DAN DI KG AKU JUGAK..
USTAZ MENGAJAR DI MADRASAH.. MENGAJAR BAB AGAMA SEKEJAP SAJA..LEPAS TU HENTAM SINI SANA..BILA CAMPUR ADUK DGN AYAT QURAN RAMAI ORG KG YANG TUA TUA TERMAKAN AYAT TU.. YANG BESTNYA SETIAP BULAN UZTAZ AMBIL PENCEN BAGI MAKAN ANAK BINI.. TP HATI BUSUK DUK MAKI...

DI KG AKU JUGAK
..BANYAK LAGI.. NANTI ORANG MARAH AKU LAK BANYAK BANYAK BUKA CERITA BENAR NI.

SEMUA NI HASIL DARI PAS YANG LETAK PARTI PAS DI ATAS AGAMA ISLAM DIBAWAH.

YANG PALING AKU BENCI..
DULU KATA UMNO BILA BEKERJASAMA DGN MCA/MIC .. HARAMMMMM

TETAPI BILA KENA ATAS MUKA SENDIRI.. SENYUM KAMBING.. KAT JOHOR HARI TU PUNYALAAA MALU AKU TENGOK.. LETAK CALON INDIA POMPUAN.. KAT BELAKANG ADA GENG PAKAI KOPIAH DUK IKUT.. GERAM AKU TENGOK KERJA ORANG GILA NI.

McTheory berkata...

Anon 10:48

kalau ada cerita nak didedahkan. email saja Mc. di MctHeory30@gmail.com

jangan takut, kalau itu cerita betul. buat apa kita nak takut? nak saman, saman la!

Tanpa Nama berkata...

bukan takut tn.. geram sesangat..
dan yang best.. kawan sekeje aku..emaknya pesan kalau meninggal sekali pun..jangan tinggal kan PAS.. tinggi darjat tu berbanding dgn islam

McTheory berkata...

hahah. .sampai macam tu ka? hahaha. .

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Alhamdulillah saya dibesarkan dan dididik oleh ibubapa saya dalam lingkungan agama yang kukuh. Bapa saya seorang imam kampung yang telah merasai zaman sebelum Jepun (British), zaman Jepun dan zaman post merdeka. Semasa kecil, saya mengikuti ayah saya belajar pondok di Kedah/Perlis.

Saya diberi didikan dunia agar berjaya di dunia akhirat. Alhamdulilah saya telah berjaya sekarang, adik beradik saya boleh dikatakan berjaya, dan orang tua saya yang telah lanjut usia di kampung bolehlah dikatakan antara orang yang berjaya di dunia ini, masih seorang imam di kampung kami.

Tetapi percayalah, keluarga saya tidak akan percaya kepada pegangan PAS. PAS tidak akan boleh membawa Malaysia ke tahap sekarang.

Saya akan berpegang kepada kata2 Tok dan Wan saya bahawa jangan tinggalkan Barisan untuk anak2 dan cucu cicit kita.

-Art-

McTheory berkata...

terima kasih Art, komen anda begitu baik sekali!

Tanpa Nama berkata...

itu lah islam ala2 kelate...

teringat aku masa di iTM dulu2 masa awal 90'an, bila rentap jee mesti dgn bdak kelate.

tapi yg bestnye negeri2 lain semua bergabung dan panggil pasukan tentera bersekutu.

puak2 kelate gedebe ni cuma satu negeri jee. tgganu pun tak support diaorg. tapi bukan seme puak2 kelate mcm tu, ada jugak yg baik2 dan rasional.

tapi skrg perangai militen tu dah kuasai negeri dan dah export ke kedah dan pinang.

pakai kupiah serban tapi maki org dan hentak org.

aparaaa...

zek.

Tanpa Nama berkata...

betul tu art.

insyaAllah aku tak tinggalkan solat dan sentiasa berazam ingin meningkatkan iman.

tapi aku tak pernah nak percaya dgn PAS ni kalau undi pas masuk syurga.

cuma thn 98-03 jee, terkucil hehe.... lepas tu aku dah hilang keyakinan pada PAS.

zek.

McTheory berkata...

zek!

ITM s.alam ke? macam penah join je. hehe. .

Tanpa Nama berkata...

ameno pun jahat la, byk mrsuah dn byk mnipu dri btul. jd jgn slah kn org lain. slhkn dri sndiri dlu.

Tanpa Nama berkata...

sepupu aku (perempuan )kahwin ngan orang pas..sekso idup...waktu depa mai merisik tak masuk rumah pun , taksudi rumah umno kott..lepas je kahwin tak jengok rumah mak mentua langsung, kalau mai raya, tak masuk rumah, tunjuk punkok je...sanggup dok kat luar beraya ngan kambing,.la ni dah ada anak umur 12 tahun, hebatttnya, tak pernah sekali pun sudi masuh rumah mak mertua dia sebab, mak mertua dia 1. umno, 2. teramat miskin 3. ada anak cacat/lumpuh-jadi berbau sana sini la, so ummm..

apo la depa ni...mulia kottt..bayangkan hari raya aku sua tangan nak salam, dia tunjuk pungkok...heheh...gilo apo...darjat orang pas ni...

mqzan berkata...

APAKAH JASA PAS KEPADA UMAT ISLAM & ORANG MELAYU DARI DULU HINGGA SEKARANG? ADA.. BUAT CERAMAH DAN KUTIP DUIT PENYOKONG YANG TAKSUB . APAKAH CONTOH PAS YANG BAIK UNTUK UMAT ISLAM & ORANG MELAYU DARI DULU HINGGA SEKARANG?.. ADA, MENGUMAPAT, FITNAH & KAFIRKAN ORANG LAIN. ITULAH KERJA AHLI POLITIK PAS.. KONONNYA PAS ITU ISLAM & ISLAM ITU PAS.. SAMAPAI SATU TAHAP SANGGUP BERPELUK DENGAN DAP... KERANA UMNO ZALIM, X ISLAM,X ADA KEBAIKKAN SATU PUN UMNO YANG UNTUK UMAT ISLAM & ORANG MELAYU.. ITU KATA PEMIMPIN MEREKA, YANG DIJADIKAN WAKIL RAKYAT @ AHLI PARLIMEN...JUAL `AIR LIUR` TAPI MALAS NAK SELESAIKAN MASALAH DALAM UMAT ISLAM & MELAYU .. SEDANGKAN ORANG MELAYU BANYAK LAGI MASALAH UNTUK DISELESAIKAN... GEJALA SOSIAL, MAT REMPIT, DADAH ... X PERNAH PUN ORANG DALAM PAS NI BERUSAHA NAK BETULKAN KEADAAN .. YANG DISIBUKKAN HAL2 ` KAIN` ORANG LAIN... KALAU DAH PANDAI KRITIK .. BUATLAH KERJA.. 4 NEGERI DALAM PR.. 2 NEGERI DIKUASAI PAS.. JANGAN DUK CAKAP SAJA ... APA UMNO BUAT UNTUK ORANG ISLAM & MELAYU ? BANYAK.. CONTOHNYA AKU.. BN KUTIP AKU SUH BELAJAR ITM@UiTM, AKU XLAH HEBAT SANGAT MASA SPM.. TP ALHAMDULILLAH AKU BERJAYA DALAM KERJAYA AKU.. ADA BEBERAPA SAHABAT DALAM KELAS AKU BERGAJI HAMPIR RM30K SEBULAN.. UMNO TELAH MEMBEKALKAN ORANG MELAYU DGN ILMU DULU.. YURAN X SEBERAPA MASIH DI TANGGUNG KERAJAAN.. DIBERIKAN PINJAMAN UTK BELAJAR.. AKU YAKIN LULUSAN UiTM MEMANG MAMPU BERDIKARI, KECUALI YANG MALAS SAJA..APAKAH SUMBANGAN UMNO KEPADA ISLAM & ORANG MELAYU? BANYAK SANGAT NAK TULIS, SEKADAR CONTOH.. TABUNG HAJI, BANK BERLANDASKAN ISLAM DLM PINJAMAN, ASN , ASB, MASJID, PUSAT TAHFIZ, MAHKAMAH SAYHRIAH, IKIM, UIA,UiTM,MRSM,FELDA, FELCRA, ..DLL . ITU JASA UMNO KEPADA ORANG ISLAM & ORANG MELAYU.. CUMA KITA SEKARANG DAH SENANG..NAK CARI SUSAH LAH PULA,,,... DAN AKU PERCAYA SEMUA ORANG DAPAT MERASAINYA.. TERMASUKLAH ORANG2 PAS... INGAT YANG MEMERDEKAN NEGARA INI ADALH PARTI UMNO.(BN).

zahari berkata...

Tahap sekarang tu mcm mana? Tahap poster gergasi pompuan pakai spender dan bra seksi tepi jalan?,, tahap pesta harian di pavillion? Tahap rasuah di mana2? Tahap agungkan artis dari ulamak..