Jumaat, 26 Februari 2010
KENAPA SAYA BENCI PAS! part1
Pengalaman adalah ilmu yang paling berharga dan sukar dicari dimana-mana. Pengalaman juga mengajar kita tentang sesuatu perkara dan ilmu tambahan untuk kita terus hidup.
Pengalaman menceritakan bagaimana peritnya pemuda-pemuda UMNO Kedah mempertahankan negeri Kedah dari serangan pembangkang yang sanggup buat apa saja untuk menakhluk Kedah, pada PRU ke 9. Walaupun sengit, akhirnya Kedah kekal dibawah UMNO/BN.
Ketika ini Pakatan Haram melaung-laungkan anak muda benci UMNO. Disini Mc hendak membawa satu cerita benar mengenai pengalaman seorang ahli Pemuda UMNO yang selalu terlibat dengan aktiviti gempur dan aktif turun padang secara sukarela semasa Pilihanraya Umum ataupun sewaktu pilihanraya kecil.
Walaupun cerita ini sudah menjadi sejarah, akan tetapi sifat buruk penyokong Pas tidak pernah berubah. Moga cerita yang dipaparkan ini menjadi tauladan dan panduan pada semua pembaca.
Saudara Nizam berumur dalam lingkungan 30an, menjadi ahli Pemuda UMNO cawangan Alor Malai, selama 12tahun. Aktif menyertai gerak gempur semasa PRU ke 10 dan 11. Juga merupakan sahabat baik kepada Mc. Kami bersama-sama bersusah payah, mengempur kubu Pas disekitar Kota Setar.
Mc dan Nizam diantara pemuda yang banyak terlibat dengan aktiviti UMNO ketika itu, dizaman kegelapan UMNO pada 1997-98, dimana ramai anak muda beralih arah menyokong pakatan pembangkang disebabkan anwar. Kami tetap membantu UMNO Kedah, membawa kembali golongan-golongan remaja menyokong UMNO.
Kami banyak berdepan dengan pemuda Pas yang bagi kami sangat ekstrim, tidak guna otak, terlalu taksub, fanatik dan bodoh. Disebabkan perangai orang Pas yang terlalu taksub. Mereka sanggup buat apa saja yang disuruh oleh Ketua mereka, serta percaya apasaja yang dikatakan oleh ketua mereka.
Dikalangan pemuda UMNO, bukan Mc dan Nizam sahaja yang membenci orang Pas yang taksub ini. Ramai lagi pemuda UMNO ataupun ahli UMNO yang pernah berdepan dengan fanatik-fanatik Pas. Dibawah ini Mc ceritakan pengalaman saudara Nizam, mengenai pengakuannya KENAPA SAYA BENCI PAS!
- Pengalaman sewaktu PRU ke 9.
Kami dihantar untuk membantu cawangan UMNO Taman Indah, Titi gajah, Anak Bukit. Kerana cawangan Taman Indah tidak mempunyai ramai ahli pemuda pada ketika itu. Nizam dan Mc serta 9 orang pemuda turun kesana berjumpa dengan Tuan Arshad Yang Dipertua KYDMM penjaga Istana Anak Bukit, orang kuat bagi Istana Kedah ketika itu.
Kerja pertama kami ialah memasang bendera UMNO/BN dihadapan rumah Tun Dr Mahathir (rumah lama beliau di Titi Gajah, Anak Bukit) kerana lingkungan rumah Tun, terdapat ramai ahli Pas yang taksub dan ekstrim. Orang Pas juga bagaikan sengaja menghina Tun dengan meletakkan bendera Pas yang besar didepan rumah beliau.
Semasa melakukan tugas berkenaan jugalah kami diserang oleh sekumpulan mat rempit Pas lebih kurang dalam 20 orang. Mereka marah dan melarang kami memasang bendera UMNO/BN dikawasan hadapan rumah Tun. Pergaduhan tercetus, bayangkanlah 9 orang bergelut dengan 20 orang. Kami bernasib baik kerana peronda polis dapat melihat kejadian berkenaan. Alhamdullilah tiada siapa yang cedera teruk, cuma luka-luka ringan.
Kejadian kedua, melibatkan Puteri UMNO, ada 7 orang puteri UMNO cawangan Taman Indah dibawah jagaan saudara Nizam, mereka sedang memasang bendera di setiap pokok hiasan ditepi jalan. Mereka telah dikepung oleh mat rempit Pas yang telah cuba menganggu mereka. Salah seorang baju puteri hampir dikoyakkan. Kejadian tersebut dapat dihalang oleh sekumpulan pemuda UMNO bawah Ahmad Basha, yang kebetulan lalu dikawasan berkenaan.
Kejadian Ketiga, semasa di jalan Dato Kumbar Alor Star. Sekumpulan pemuda UMNO sedang berarak membawa bendera mengunakan motosikal. Semasa berarak, mereka telah dibaling dengan pelbagai benda keras seperti batu dan kayu. Dua orang ahli pemuda tercedera semasa kejadian. Dipercayai perbuatan tersebut dibuat oleh orang-orang Pas dan Keadilan.
Banyak lagi kejadian yang akan Mc ceritakan selepas ini, Perkara-perkara yang menyebabkan saudara Nizam kita amat benci kepada Pas. Bukan Nizam sahaja yang merasakan demikian, malah Mc sendiri setelah mengharungi pelbagai cabaran dan karenah orang Pas. Mc sendiri naik menyampah dengan kebodohan mereka memuja ketua dan fanatik dengan parti, hingga sanggup mencederakan pihak yang bertentangan.
MctHeory:
Sambung part 2.
- kejadi sewaktu bas ditahan oleh penyokong Pas dan dipecahkan sewaktu PRK Pendang (Fadhil Noor Presiden Pas meninggal dunia)
- Gempur Kuala Kedah, dikejar dengan parang bila melangkah masuk ke kampung.
- dan banyak lagi pengalaman, anak muda yang membenci Pas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Mungkin pemuda sekarang tak macam dulu sanggup bersusah payah demi UMNO. Pemuda sekarang bersusah hanya untuk duit poket sendiri!
Din
Itu baru sebahagian saja dik... Saya kena lagi sakan. Pada hari angkat nikah saya dipanggil oleh keluarga bakal isteri, ingatkan nak bagi hadiah, tahu apa yang saya dapat ????, Hang Kena Taubat sebab duk sokong UMNO, lepas tu sokong PAS baru boleh kahwing dengan adik aku. Agaknya kalau kenak kat muka MAT SABU, dia malu dak ??????? Demi ALLAH dan RASULL saya akan dakwa pemimpin PAS hari ini di Akhirat kelak kerana merekalah yang mengakibatkan masyarakat jadi kucar kacir ALLAH HU AKBAR.........
Masyallah. .
Nak kawin pun kena masuk Pas ka? sesat agak jauh puak Pas ni.
bisale kalau dah anggap diri tu suci,maksum apa yang dia buat semua halal.Walaupun pada hakikatnya akal mereka tu pendek.Tak pernah aku dengar lagi orang pas pasang bendera kena baling.Dah la jual agama demi undi sejemput,bersekongkol dgn kafir laknat,ratu bogel pun di agungkan sampai nangis guling-guling,seks dikatakan sedekah,memang mentaliti org pr macam tu,Bila suci je,PR,Bila PR je suci.Kata pejuang agama,tapi perangai mengalah p.ria bangsat.(bingai tahap maniax)
Sama le kao din anon 14.37
ex PR
saya lagi benci pas. sejak dulu. duit pas kuantan habis di sebat oleh bendaharinya tahun 1980an. duit orang nak pergi haji lagi. panasihat undang PAS si Suhaimi. Cuba tanya PAS, berapa juta duit haji orang PAS dilesapkannya. last sekali keluar PAS. PAS membisu aje. orang kampung yang kena tipu.
aku tetap membenci PAS selamanhya
macam la org ameno baik sgt! tuihh!
Tak semua orang PAS jahat bro....contohnya saya ni,saya jenis orang PAS yg tak suka sesiapa pun buat jahat,saya akan tentang abis-abisan,w/pun dia org PAS.Dlm UMNO pun ramai jugak puak2 yg suka maki hamun kami....so,tengok dulu muka siapa dlm cermin tu.Paling saya benci ialah puak2 UMNO yg suka memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain,menghina dan menganggap semua org PAS bodoh..tak baik gitu.Kalau kita sama2 berbaik sangka,sama2 berbimbing tangan bersatu hati dlm 'satu barisan yg bulat',tak akan ada sesiapa pun yg berani menyentuh kita.Tak gitu bro??
Ampatuan Jr
Mc tak kata semua orang Pas jahat. Kalau semuanya jahat maka rosakla Malaysia, tapi cara sesetengah pemimpin Pas yang menghasut ahli Pas untuk membenci UMNO sebagai musuh Islam. Itu adalah salah!
Kerana itulah semua ini boleh terjadi. Jangan risau. .part 2, 3 dan 4 akan menyusul nanti. Baca dan nilailah. Kenapa orang UMNO membenci Pas!
SOKONG UMNO MASUK SYURGA
SOKONG PAS MASUK NERAKA JAHANAM
Pemimpin2 PAS biloa bercakap mesti akan caci UMNO, lepas tu mereka akan tuduh UMNO lah yang buat semua tu.
Kalau anda dilahirkan sabelum tahun 50han, barulah anda dapat mengenali isi perut orang2 PAS yang sabenarnya.
Justeru layaklah PAS dibenci..
Bila melihat Betina2 PAS yang menamakan diri mereka Muslimat, lepas tu berpeluk2 sambil teriak tangis dengan Betina Kafir kerana kes telanjang, maka degri benci aku pada PAS lagi naik...
Muslimat tanpa parti.
sdr ampatuan,
saya percaya apa yang sdr cakap, tak semua orang PAS jahat begitu juga tak semua orang UMNO baik.
Yang jadi aku benci sangat dengan semua orang PAS ialah, yang Jahat, Yang suka membuat fitnah, Yang suka melabel, yang suka mencaci, yang suka mengkafir dan macam lagilah, semuanya datang dari pemimpin pemimpin PAS, paling tidak pun dari para penceramah. Saya percaya sdr orang baik, tapi disebabkan mereka inilah orang seperti saudara jadi orang yang tak ada otak. Bila kepala dah tak betul, ekor pun sama tak betul
Saudara pergilah kemana mana mana ceramah UMNO, ada ka depa maki hamun orang PAS sebagai mana PAS maki hamun orang lain? Orang UMNO kalau berceramah guna fakta tafsir penuh, tapi orang PAS kalau bercakap guna tafsir sekerat. Ustaz Akhail yang konon alim n main betina dulu aku respek, tapi bila aku tengok dia naik pentas PAS, mula sindir sindir UMNO, mula menghina orang lain, hilang sifat terpujinya, sejak itu aku tambah benci PAS dan Ustaz akhail. jadi sebelum suruh orang lain cermin muka , saudara harus pasang 1000 cermin untuk lihat wajah saudara yang sebenar
Jadi saran aku , kalau tak sokong dan tak suka UMNO pun tak apa, tapi dengarlah pendapat aku, keluar dan jauhi lah PAS agar saudara tidak terus sesat ...
aku sokong UMNO bukan kerana aku benci PAS tapi memang aku benci PAS
Sudah2 la tu..kita orang Melayu beragama Islam..politik2 jgk tp kena sedar, silap cakap jd fitnah..fitnah tu DOSA BESAR..kita kena sedar pemuda/pemudi kita makin hanyut sekarang. kerjasama kena ada la nk settle benda2 ni semua
Baru2 ni,, NIk Aziz nak buat hukum hudud kat Kelantan. Anwar sokong plak tu. Tp berbaloi jgak coz kalau anwar buat liwat, potong kaki dia...
Untuk perpaduan, kemakmuran dan kesajahteraan dunia akhirat pilihlah UMNO.
Untuk perpecahan, kejatuhan dan kehancuran umat islam apatah lahi kesejahteraan dunia akhirat pilihlah PAS.
Catat Ulasan