Selasa, 23 Februari 2010

KIM YEIK CABAR GERAKAN! SUPAYA SEDAR DIRI!



Mc menyokong kenyataan kim Yeik yang menghentam Parti Gerakan yang lembab dan tak sedar diri bahawa mereka telah kalah teruk dengan Dap. kalau bukan disebabkan UMNO, lagi teruk BN di Pulau Pinang. Baca berita dibawah:

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) - Anggota Gerakan hendaklah melipatgandakan usaha mereka dan berusaha gigih untuk membuktikan bahawa kenyataan penasihat parti bahawa Gerakan telah kehilangan Pulau Pinang adalah salah, kata Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Katanya anggota parti hendaklah mengambil kenyataan Tun Dr Lim Keng Yaik itu sebagai satu cabaran.

"Saya menasihatkan semua anggota parti untuk menjadikannya satu cabaran, mengambilnya sebagai satu cara bagi melipatgandakan usaha, memberi lebih penekanan terhadap ideologi parti dan menyediakan perkhidmatan yang telus dan ikhlas kepada rakyat tanpa memikirkan balasan, secara jujur menunjukkan kepada rakyat bahawa kita menyediakan perkhidmatan.

"Oleh sebab itu, jika mereka (anggota parti) berasa sedih, saya akan menasihatkan mereka untuk membuktikan Penasihat salah," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Lim dalam satu wawancara dengan The Edge Financial Daily pada 18 Feb, yang dilihat mengecewakan ramai anggota Gerakan.

Koh ditemui pemberita selepas melancarkan persidangan mengenai kejururawatan anjuran International College of Health and Science (ICHS) dan Canterbury Christ Church University, United Kingdom, di sini pada Selasa.

Koh berkata beliau telah menemui Lim mengenai perkara itu dan bekas presiden itu menyatakan beliau "berniat baik dan mahu mengejutkan anggota Gerakan daripada kelenaan".

"Penasihat memberi gambaran terburuk dan beliau gembira jika kami dapat membuktikan bahawa beliau salah. Saya turut memberitahu beliau mengenai perasaan dan sentimen anggota akar umbi di Pulau Pinang yang berusaha bangkit semula daripada tsunami politik yang menyebabkan kita tewas teruk," katanya.

Ditanya sama ada sebarang tindakan akan diambil terhadap Lim, Koh berkata: "Tidak. Ini merupakan sebuah negara bebas dan demokratik. Beliau membuat kenyataan dan beberapa anggota memberikan reaksi. Kami mengambil maklum perkara ini dan biarlah kita teruskanlah perjuangan."
-- BERNAMA

MctHeory:
Haduii. .sukoon. . terima aje la kenyataan. Memang patut pun. hadui. .Gerakan wei, tak gerak tak makan wei. ..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe...padan muka dengan suKon...hehehe.

Tanpa Nama berkata...

tu semua mainan politik cina. suu kun kasi tanah kjaan pada org2 cina dgn bersyarat, ada sekatan.

disebabkan desakan kolongmerat cina yg byk duit dan campurtangan umno supaya dikenakan sekatan.

naik guan engg dia bagi semua tukar syarat, kasi free hold.

hehh...melayu siang malam kene klentong....

Tanpa Nama berkata...

Cina memang pandai pusing!

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, Gerakan perlu menyedari serta menghayati ungkapan Kim Yeik... apakah kesetiaan ahli-ahlinya perlu dipantau untuk memastikan Gerakan terus gah seperti dahulu di sisi BN ?