Isnin, 1 Februari 2010

MISTERI: KENAPA KU'LI BISING HAL DUIT ROYALTI MINYAK?



Mc sebenar dah lama gatal tangan nak menaip hal Ku Li ni. Bukannya apa, cuma nak meluahkan apa yang ada didalam hati Mc, dah lama terpendam dalam hati ni.

Mc tidaklah kenal Ku Li ni secara terperinci, cuma Mc tahu beliau seorang 'heavyweigh' UMNO yang dah lama mengundurkan diri dari dunia sepak terajang politik.

Dalam apa yang Mc perhatikan, tak ramai blogger pro UMNO yang mengulas pasal Ku Li ni. Mc tak tahu kenapa dan kerana apa, cuma mungkin mereka semua ambil sikap tunggu dan lihat.

Mc bukan nak ceritakan kenapa kerajaan pusat kena bagi royalti kat Kelantan atau kenapa Kerajaan Pusat tak patut bagi. Disini Mc cuma nak mengulas, pasal apa Ku Li ni, bersungguh-sungguh sangat memperjuangkan hak kerajaan Kelantan untuk dapatkan wang Royalti.

Dalam apa yang Mc perhatikan Ku Li ni seakan diperguna oleh pihak yang tertentu untuk menjadi HERO bagi memperjuangkan hak duit royalti. Kenyataannya yang tidak takut untuk dikenakan tindakan dari pemimpin atasan UMNO, umpama mencabar untuk dikenakan tindakan.

Bagi Mc sendiri, track record Ku Li semasa dalam kerajaan dan Petronas taklah sebersih mana. Semasa menjawat menteri kewangan dan pengerusi petronas. Ku Li hidup dalam serba kemewahan yang berlebihan.

Mc ingat lagi semasa peperangan besar dalam UMNO dizaman semangat 46 baru ditubuhkan. Tun Dr Mahathir menghantar jeneral perangnya Allahyarham Mohd Rahmat (Tok Mat) untuk menyerang Ku Li habis-habisan.

Semasa itu habis semua rahsia terbongkar, habis semua tembelang Ku Li pecah, sehinggakan rahsia dalam seluar pun dikorek oleh Tok Mat. Segala harta kekayaannya, segala rumah-rumahnya habis semua diserbu oleh Tok Mat.

Paling Mc tak boleh lupa, apabila RTM merakam bilik air Ku Li yang paip airnya diperbuat oleh salutan emas tulen. Mendedahkan rumah banglo ala Istana, mendedahkan wang simpanannya yang berjuta-juta hasil semasa menjadi menteri kewangan dan pergerusi petronas.

Ku Li bising kononnya duit petronas dirompak oleh kerajaan untuk membangunkan negara, tanpa mengunakannya untuk kepentingan petronas, tapi adakah beliau lupa akan peristiwa lalu, yang beliau juga mengunakannya untuk kepentingan peribadi?

Beliau marah apabila kerajaan buat KLCC, Putrajaya, KLIA, Sepang circut dan lain-lain lagi mengunakan duit petronas, tapi semua itu juga untuk rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan peribadi.

Mc tak tahu apa motif Ku Li bersungguh-sungguh sangat bergabung tenaga bersama pembangkang bagi menghentam kerajaan berkenaan duit royalti.

Adakah Ku Li nak buat 'come-back'? atau Ku Li nak mempopularkan dirinya semula? atau saja-saja syok-syok nak kecoh? atau beliau dibayar oleh pihak tertentu? tepuk dada tanyalah si Ku Li!

MctHeory:
Ada tak menambah! takde tak mengurang!

6 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

aku pun x paham uncle sorang ni ..
hahahhahaha zejak zaman berzaman
ada jerrr .. agaggaga

lagenda berkata...

Salam Ziarah,

Tak faham juga dengan Ku Li ni dulu cakap lain sekarang dah kona kot lain jadi kot man tak tau

pak kasim berkata...

sape tak kenal ku li..dari dulu sampai sekarang suka buat kalut..dia sendiri pun tak mampu nak buat apa apa pada kelantan..gua musang? pi tengok lah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

adik2

don't look at the obvious

Tanpa Nama berkata...

Ah org dah tak laku,kira dah nyanyok lah mcm N.ajis tu,dah tua pun suruh duduk masjid lah lagi baik tambahkan amal ibadat daripada buat fitnah dan menambahkan dosa ya

Tanpa Nama berkata...

umno tak lingkup kalau takdak Ku Li..