Ahad, 31 Januari 2010

TUN DR MAHATHIR: MELAYU BERPECAH KERANA SIBUK BERPOLITIK!



Mula-mula sekali Mc nak ucapkan tahniah kepada PERKASA kerana pelancaran Perkasa Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Hulu Kelang, semalam. Pelancaran yang gilang dan penuh semangat.

Mc melihat ayahanda Tun Dr Mahathir bertongkolok dan lengkap berbaju melayu bagaikan pendekar melayu yang bersedia untuk menerkam musuhnya.

Memetik apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir semalam mengenai parti-parti politik melayu yang tidak lagi memperjuangkan bangsa melayu kerana asyik sibuk berpolitik adalah satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Nak baca ucapan Tun Dr Mahathir boleh klik kat sini

Ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh kerajaan dan parti-parti berkenaan sehinggakan kepentingan dan sensitiviti orang melayu diketepikan.

Tidak salah apabila kita melayan tuntutan kaum bukan melayu, cuma biarlah berpada. Jangan sampai berlebihan. Jangan abaikan suara orang melayu. Mc sendiri mendengar bahawa hak orang melayu diabaikan.

Sehinggakan orang melayu memendam dan menunggu masa untuk protes. Suara-suara NGO melayu juga penting untuk didengar, walaupun bilanganya kecil tetapi ia mempunyai pengaruh yang cukup kuat.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah memberi ucapan yang hampir sama, dengan menuding jari terus kepada PKR dan Pas atas perkara ini. Baca petikan akhbar dibawah.

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menuding jari ke arah PAS dan PKR dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.

Malah bekas perdana menteri itu juga berkata PAS dan PKR sebagai kumpulan serpihan daripada Umno yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu.

Ketika bercakap pada majlis “Bicara Perdana” di Perpustakaan Negara di sini, Dr Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.

Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut beliau golongan ulama yang keluar dari Umno pada 1950an telah menubuhkan PAS.

Ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati apabila tidak diberikan jawatan dalam dewan perundangan negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir.

PAS, sejak dari awal lagi merupakan golongan ulama dari Umno. Mereka kecewa kerana tidak dipilih menduduki dewan perundangan persekutuan dan dewan undangan negeri... ramai pemimpin Melayu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan berpendidikan dipilih dan mereka tidak gembira dengan perkembangan ini.

Jika anda dipilih, anda akan menjdi YB, dan anda akan dibayar RM300,” kata beliau.

Jelas beliau, golongan ulama ini kemudian menubuhkan sebuah parti itu agar mereka juga boleh bertanding.

Perpecahan di kalangan orang Melayu wujud kerana mereka mahukan jawatan. Itu masanya bila PAS ditubuhkan,” katanya.

Kemudian perkara yang sama berlaku dengan Keadilan, dalam juga pada parti Semangat 46 yang telah dibubarkan... semua ini adalah kumpulan serpihan Umno,” katanya.

Dr Mahathir juga mempertahankan kontrak sosial, perjanjian tidak bertulis antara orang Melayu dan bukan Melayu ketika kemerdekaan, dengan menekankan bahawa tanpa perjanjian sedemikian Malaysia tidak mungkin ditubuhkan.

“Jika tiada kontrak sosial, terma dan syarat membenarkan kewarganegaraan bagi bukan Melayu kemungkinan tidak wujud. Kira-kira sejuta rakyat asing diberikan kewarganegaraan ketika itu, katanya.
-The Malaysian insiders

Mc sebagai orang melayu mengharap kerajaan dan pihak-pihak berkaitan, jangan lupa bahawa bangsa melayu juga penting dinegara ini. Jangan abaikan hak melayu. Jangan perkecilkan bangsa melayu, tanpa sokongan bangsa melayu, tak mungkin sebuah parti politik dapat menubuhkan kerajaan. Fikirkanlah!

MctHeory:
Ingat! Orang melayu memang suka diam dari bising, tapi sekali melayu bangkit! seribu tahun kesannya takkan hilang!

4 ulasan:

Unknown berkata...

Asslamualaikum,

Kenyataannya selepas merdeka melayu dah ramai yg hidup senang, mewah & berharta. Terutamanya yg bergelar ketua. Rasa sayang dan cinta kpd harta dilihat mengalahkan segala2nya.

Bila mata & jiwa taksub kpd harta, timbullah pula rasa takut & curiga. Takut hilang harta dan juga takut mati menanggalkan nyawa.

Mulalah melayu sibuk berpolitik kerana menagihkan kuasa.Kuasa menghasilkan kekayaan & harta benda.

Bila kekayaan menjadi utama, melayu jadi leka, semangat & berani diri pun makin pudar hingga terlupa jatidiri perjuangan membela bangsa.

Bila berkuasa, banyak dari mereka hilang timbangtara antara melihat peluang mengumpul harta & pengorbanan yg patut dibuat jasa.

Pemimpin tak perlu jadi lilin. Tak perlu berkorban jasa hingga diri merana. Seeloknya seimbangkan jumlah harta dan buatlah jasa bila berkuasa. Yg menjadi bahaya bila tamak haloba. Mulalah berebutkan kuasa.

Tak kira melayu UMNO, PAS atau PKR masalahnya hampir sama.

Dacing lambang BN dah elok sebenarnya. Kiri harta kanan kuasa. Senget sebelah terlungkuplah dacing. Sebab tu timbangan dacing itu kena sentiasa sama. Baru aman, makmur & sejahtera.

Sebelum merdeka, ramai melayu miskin susah. Matlamat perjuangan hanya nak merdeka. Sekarang hala perjuangan melayu semua nak jadi kaya. Org muda menyangka matlamat perjuangan kini hanya nak isi perut masing2 saja. Jgn nak hayati, nak memahami pun payah apa itu perjuangan bangsa.

Bangsa lain dah menguasai ekonomi & kaya raya cuma mereka tak dpt menguasai politik negara. Mereka perhati dan dengar serta biarkan saja melayu berebut kuasa. Mereka tidak rugi apa2. Melayu mesti waspada pada kedaulatan kuasa yg masih ada.

Sebab kalau melayu dah ramai sgt berebut & gila kuasa, akan jadi berpecah dan lemah. Sedangkan melayu majoriti jumlahnya berjuta2. Bangsa lain menunjukkan bahawa mereka juga mengidam utk berkuasa. Walaupun mereka tidak lah sekuat mana dan hakikatnya tenaga mereka pun tak seberapa. Cuma melayu sebagai ketua wajib pelihara kuasa di tanahair tercinta.

Alhamdulilah, tiba2 wujud Perkasa. Semangat melayu kembali membara. Hrp2 roh perjuangan Perkasa sama nawaitunya dgn roh perjuangan datuk nenek melayu dulu kala. Cuma bila Perkasa hendak memperkasakan melayu maka Perkasa haruslah tunjukkan dulu keperkasaan dirinya.

Tun Dr. Mahathir dah tua. Walau pun begitu mindanya masih lagi upaya menjadi senjata berbisa semoga kita akan terus jadi melayu perkasa!

McTheory berkata...

Mc sokong apa yang mawar katakan, Tun Dr M dah katakan dari dulu lagi. Melayu mudah lupa! bila berharta orang melayu selalu lupa diri. Bila berkuasa, mulalah tamak. Masa kita masih ada untuk berubah. Jangan biar bangsa melayu dijajah ditanah air sendiri.

Tanpa Nama berkata...

mahathir mmg manusia yg sgt intelek
tu aku akui

Tanpa Nama berkata...

Salam

Saya hidup dalam keluarga pembangkang. Kebanyakkan ahli keluarga saya yang menyokong PAS, PKR dan sebagainya. Malah yang mengundi BN pun masih lagi taksub dgn PR2 nih.

Saya diajar agar benci kepada negara, mbenci kepada kerajaan, benci kepada PM dan malah benci kepada warganegara malaysia. Saya pun mula percaya kepada mereka sehingga saya melanjutkan pelajaran.

Surat khabar tulis banyak isu tntg politik antaranya" Sape sokong Pas masuk syurga, sape sokong BN masuk neraka jahannm".

Sejak dari itu, saya kesal dan sejak itu juga, saya mula rasa cinta pada negara. Saya tidak suke kalau ingin menerangkan sesuatu perkara, tiada bukti yg dpt menunjukkan. Jadi sy melampirkan evidence2 penting dan bgtahu family saya yg taksub tu. Mereka masih berhati keras dan enggan mendengar ulasan saya itu.

Mereka boleh ckp Umno makan rasuah! Rahsuah itu dah satu perkara yg giat berlaku di negara kita demi politik. Macam lah diorg tu baik sgt sampai tak mkn rahsuah. Saya tau ade sesetengah pendapat Umno mungkin kurang betul dan idea pembangkang ada yang betul.

Mereka(pembangkang) sekarang menggunakan agama sebagai pertahanan mereka demi kejayaan, membuatkan kita gerun. Igtlah wahai rakanku... tak semua yg betul tu betul