Jumaat, 19 Februari 2010

PAKATAN SANGGUP CUCI TAIK GUAN ENG!


Akhirnya Anwar bersuara juga dalam masalah PR di Pulau Pinang, kalau sebelum ini anwar lebih banyak berdiamkan diri sambil menumpukan perhatian kepada kes liwatnya. Kali ini anwar bangkit membela Guan Eng gangster. Mungkin anwar tengok kes LGE ni dah makin teruk atau kebangkitan rakyat Pulau Pinang mula menolak LGE sehingga tak dapat dikawal lagi.

Anwar memberi ucapannya di Pulau Pinang semalam mati-mati mempertahankan dari LGE setiap kesalahanya. Dari isu Maulidur Rasul, Isu Kampung Buah Pala sehinggalah isu LGE menghalau penjaja melayu. Semuanya anwar pertahankan LGE ni.

Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong dan mempertahankan apa juga tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekiranya untuk kebenaran dan keadilan kepada rakyat.

Menurut, sekiranya Lim tidak dapat memberikan keadilan kepada semua golongan masyarakat yang dipimpinnya di Pulau Pinang termasuk orang Melayu, maka beliau sepatutnya ditentang.

"Kita bukan menyokong mereka yang memperjuangkan perkauman seperti Barisan Nasional, sebaliknya dalam PR, kita akan menyokong siapa sahaja yang memperjuangkan hak dan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan.

"Namun begitu, dalam konteks Pulau Pinang, orang Melayu adalah terbukti yang termiskin, maka perjuangan untuk memastikan nasib Melayu terbela harus dilakukan oleh kerajaan yang memerintah iaitu PR di negeri ini,” ujarnya.


Setahu Mc la, masa BN memerintah dahulu, keadaan Melayu di Pulau Pinang taklah seteruk ini. Bagi Mc, kerajaan Pulau Pinang sekarang amat teruk, bagaikan langsung tidak kisah akan nasib melayu Islam di Pulau Pinang. Mereka bukan sahaja rasis terhadap melayu, mereka juga tidak mempedulikan nasib kaum lain.

Ini semua terbukti semasa mereka menghalau penduduk Kampung Buah Pala, Rumah Panjang Mak Maiden dan menghalau tempat penjaja melayu untuk berniaga. Sedangkan perniaga cina diboleh pula dibiarkan berniaga. Apakah ini tidak rasis? Apakah ini yang dikatakan sama rata? Apabila ekonomi melayu di Pulau Pinang makin terhimpit dan mereka memanggil ini keadilan dan kesamarataan kaum?

Mc nak tengok pada PRU ke 13 nanti, sama ada rakyat Pulau Pinang masih dunggu memilih soSIALis Dap ni, atau kembali kepangkuan BN. Takut nanti bila Dap mencucuk, meracun, menyuap sikit. Rakyat Pulau Pinang dah lupakan salah mereka. Takut ini yang akan terjadi nanti.

Err.. nak tanya ni, Gerakan masih wujud lagi ke di Pulau Pinang? senyap je pun.

MctHeory:
Tsu Koon masih pergi betapa menuntut ilmu kot! sebab tu senyap je.

1 ulasan:

Unknown berkata...

menghairankan apabila pembersihan penjaja melayu di selangor sedang dijalankan tetapi tak pula bising macam di pinang. mungkin melayu diselangor boleh dikotak katikkan atau umno selangor lena lagi.