Selasa, 6 April 2010

BENARKAH ANAK MUDA MENOLAK UMNO?



Pembangkang selalu melaungkan katanya anak muda sekarang menyokong Pakatan Haram. Kenapa ya? Benarkah kata mereka? Kenapa mereka berani berkata demikian? Mc cuma menyelami kata-kata puak berlagak ni.

Mula-mula dulu si anwar kata demikian. Lepas tu Hadi Awang pula, dan sekarang kata-kata ini selalu dimainkan dipentas ceramah mereka. Mc risau kalau ada golongan muda dikalangan remaja yang terpengaruh dengan kata-kata mereka dan menganggap UMNO sudah tidak relevan lagi untuk anak muda.

Jika difikirkan...kata-kata Pakatan Haram ini ada betulnya. UMNO sekarang sudah lupa pendekatannya bersama golongan orang muda, lebih mudah disebut remaja. Sebutkan perancangan terbaru Pemuda UMNO untuk golongan remaja? Bagaimana pula dengan Putera UMNO? Ada ke?

Mungkin Pemuda dan Putera UMNO terlalu sibuk bekerja mentadbir dan mencari duit. Sehinggakan tiada perancangan mencari skuad pelapis. Mc cuma lihat Puteri UMNO sahaja yang bergerak kesana-sini untuk mencari ahli baru. Memanglah UMNO ada dapat lebih kurang 30,000 pendaftaran ahli baru tahun lepas. Tapi? berapa pula yang keluar? atau meninggal?

Jika kita tidak mempunyai pelapis untuk diserapkan kedalam UMNO. Mc percaya, lagi 20 tahun, Malaysia pasti akan bertukar parti pemerintah. Ini kerana parti pemerintah yang asal ini, sudah tidak ramai ahlinya, dipandang bagai parti tua dan mungkin dianggap tidak relevan lagi bagi zaman itu.

Mahukah kita kehilangan UMNO pada masa akan datang? Tidak mahukah kita turunkan UMNO untuk menjaga anak cucu kita pula? Jika tidak mahu UMNO terkubur, pastikan UMNO mempunyai pelapis untuk diserapkan.

Buat perancangan untuk ambil ahli baru. Meriahkan setiap bahagian dan cawangan dengan aktiviti untuk golongan remaja. Lantik orang yang boleh bekerja, bukan lantik geng dan kroni sahaja. Banyakkan aktiviti turun padang bagi ketua pemuda dan putera di kawasan perumahan.

Aktifkan balik UMNO dimasjid dan surau-surau. Ini nama kata ketua pemuda. Masjid atau surau sebelah rumah pun tak pernah pergi. Cuba buka pintu UMNO untuk golongan remaja. Jangan lihatkan UMNO hanya untuk golongan atasan sahaja. Jadikan kembali UMNO seperti parti rakyat dan parti orang kampung. Nescaya golongan muda pasti akan dekat dengan UMNO kelak.

MctHeory:
Nak seribu daya! tak nak seribu dalih!

6 ulasan:

Aku Darah Anak Melayu berkata...

sokong pendapat saudara tentang pemuda umno..ramai remaja masa kini terasa malu untuk dikaitkan dengan umno..

tapi dengan situasi politik sekarang ramai juga mahasiswa yang dah mula kembali ke pangkuan umno..ia dapat dilihat dengan penubuhan kelab2 penyokong umno di alam maya terutama sekali di laman web sosial..

tetapi harus diingat yang kembalinya mereka atas kesedaran sendiri dan bukannya atas usaha promosi pemuda umno.

Tanpa Nama berkata...

Salam brother Mac...

Banyak kali aku rasa sebak dalam dada. Posting bro psl isu nie ader benarnya. Malahan bkn stkt yg muda, yg tua pun ramai bro.

Aku pun tk tau bro kat mane salahnya. X dpt bonus maka di kutuk di hina lah pemimpin krjaan. Sdgkn bila dpt x pernah keluar sdkt pun sdkt ucapan trima kasih klau time dpt. Dispinnyer cakap tu mmg hak dia.ini yg realiti berlaku dlm prkhidmatan awam.

Pada aku umno dah cb sedaya upaya utk memulihkan diri tp klau ttp fikiran rakyat tua muda mcm tu aku tak taula nk kata mcm mane. Cuma aku harap yg kat atas tu jgn brenti dr berubah dan yg penting kena ader keikhlasan utk tujuan dan niat utk berubah. InsyaAllah lama kelamaan org akan fhm klau kita ikhlas nk berubah.

Wslm...

Pemerhati Bebas berkata...

20 tahun akan datang? hmm tak sampai kot, 2 tahun lagi ni nampak gayanya dah bertukar pemerintah, pengundi melayu dah berpecah 2. undi penentu ada kat kaum cina dan india yang memang 80% pergi kat pembangkang. so boleh kira sendiri...inilah realitinya, tak perlu tunggu 20 tahun!

Tun Saban berkata...

sudahlah rugi saja kamu berjuang,kamu ada dalam bilik ke semasa anuar meliwat dan kamu dedahkan gambar anuar meliwat apa dosanya.taubat lah sahabat,sebelum memakan diri

Tanpa Nama berkata...

Anak muda bukan menjauhi UMNO tp telah semula jadi anak mud suka yang negative,nak kata pembangkang ada aktiviti utk pemuda, tak nampak pon, tapi kalau ajak pergi berdemontrasi,naik motor bawa bendera ramai ramai pasti mereka akan ikut.kerana ini lah kumpulan yang suka enjoy,berpeleseran.Pemuda Umno suka buat sukan bolasepak,sepaktakraw dan berbagai sukan,pergi kursus dan lain lain.program bagus,tapi membosankan sebahagian besar anak remaja.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan tulisan Tanpa nama 6 April 2010 15:20.

Satu lagi agaknya betul apa yang Tun Mahathir cakap, orang Melayu ni memang suka kepada benda benda yang merugikan (bukan semua).

Aktivity seperti riot and berdemo kat Mesia ni hampir 100% yang terlibat adalah orang Melayu, baik dari yang muda sampai la yang ke tua. (Gambar gambar ni pun dah banyak ditunjukkan sebelum ni)

Kenapa orang Melayu esp yg muda tak suka kepada perkara perkara yg sihat seperti baca buku, kursus bena diri, aktivity sukan saya pun tak faham.

Hari ni pun jumlah pelajar perempuan Melayu lebih ramai dari pelajar lelaki melayu di University.

Pada hemat saya orang muda melayu ni kurang penghayatan bangsa pasal tu senang terpengaruh. Kurang penghayatan ni salah satu sebabnya mmg kerana kurang membaca. Mungkin buta hati yg ramai musuh mush yang nakkan negara Mesia ni.

Kalau dah jatuh Mesia ni ketangan orang lain baru padan muka budak budak muda Melayu ni...mana nak pergi masa tu? nak jadi macam jiran sebelah?

Selagi belum terlewat...berubahlah...