Khamis, 15 April 2010
DILEMA PENGUNDI MELAYU HULU SELANGOR!
Perbezaan kaum! Ada yang menganggap perkara ini sebagai perkara besar dan ada juga yang tidak ada apa-apa perbezaan bagi diri mereka. Akan tetapi bagi mereka yang agak berumur dan tergolong dalam warga emas. Perkara ini menjadi sangat penting bagi diri mereka.
Atas sebab demikian, BN perlu menyelidik sehabis-habisnya sebelum meletak calon di Hulu Selangor. Mungkin ada diantara yang tidak kisah ahli parlimen kita melayu atau kaum lain. Akan tetapi ada juga yang kisah kalau kaum berlainan menjadi pemimpin mereka.
Sifat sebegini bukan hanya datang dari kaum melayu, tapi ada juga dari kaum lain. Perangai sebegini sudah menjadi dilema kaum di Malaysia. Kepentingan negara ditolak ketepi, tetapi kepentingan kaum sangatlah diutamakan. Bukan Mc melarang untuk utamakan kaum, boleh utamakan kaum, tetapi jangan lupa kepentingan negara.
Jika kita tersalah pilih pemerintah disebabkan kaum yang mewakili kita kaum berlainan dan membuatkan BN tersungkur di Hulu Selangor. Jangan pula kita menyesal kalau kebajikan kita nanti tidak diutamakan. Jangan berfikiran sempit, fikir dengan betul, baru buat keputusan.
Mc berkata begini kerana Mc ada berbual-bual dengan penduduk di Hulu Selangor di sebuah kedai kopi dekat KTM Rasak. Budak-budak muda memang tak kisah nak pangkah BN walaupun dari kaum lain. Tapi orang tuanya pula, walaupun sokong UMNO/BN, mereka takkan pangkah BN kalau calonnya bukan melayu. Ini yang menjadi masalah sebenar orang kita sekarang.
Patutnya buangkanlah rasa perkauman yang sempit itu demi menangkan BN. Sampai bilakah kita harus hidup terhimpit dalam dilema perkauman? Patutla Ds Najib bersungguh melaungkan gagasan 1 Malaysia untuk rakyat Malaysia supaya semua rakyat Malaysia dapat menanamkan 1 Malaysia didalam hati masing-masing.
MctHeory:
Pakatan lagi la..penuh dengan hipokrit!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan