Ahad, 11 April 2010

TAKTIK MENGHASUT PAKATAN HARAM!



PKR parti yang dipimpin oleh grand master sesumpah dunia, Anwar Berahim akan menjalankan misi racun dan rasuk dikalangan ahli dan penyokong UMNO/BN di Hulu Selangor.

Sesetengah ahli UMNO sememangnya terkenal dengan keras kepala, degil dan ketidak setiaan kepada parti. Perangai buruk ini bukan sahaja terdiri pada ahli, tetapi juga terdiri dikalangan pemimpin atasan UMNO.

Sejak Ds Najib mengumumkan MIC menjadi calon Hulu Selangor. Ramai akar umbi UMNO di sana tidak berpuas hati. Sedangkan PKR pula sudah tersenyum lebar. Bukan kerana mereka akan menang mudah. Tapi mereka tersenyum kerana modal untuk mengalahkan BN menjadi besar dan luas.

PKR tidak perlu bersusah payah untuk meracun otak penyokong UMNO/BN di Hulu Selangor lagi. Ini kerana otak mereka semua sudah diracun sendiri dengan sifat ketidak setiaan pada parti dan penuh hasad dengki.

Sejak dari awal lagi Pakatan Haram sudah memulakan kempen mereka, walaupun belum lagi penamaan calon dan waktu berkempen. Kempen ceramah mereka telah bermula dari 24 Mac hinggalah sekarang.

PKR, PAS dan DAP di Hulu Selangor memainkan peranan lakonan jahat masing-masing. PAS berceramah menipu, memfitnah dan membohong orang-orang melayu disana dengan memainkan isu UMNO-APCO-ISRAEL. Tersembur-sembur ceramah Pas menuduh UMNO sekutu Israel.

PKR pula banyak keluar masuk Kampung kaum India untuk mengutuk MIC menjadi alat UMNO dan pula kononnya dikatakan BN tidak membela kaum India. Dengar kata hindraf pun turun padang dan mainkan peranan mereka disana.

Dap pula tak sudah-sudah mengajak orang cina mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu. Mereka menakut-nakutkan kaum cina dengan NGO Perkasa dan UMNO yang kononnya tersangat rasis dan akan memulaukan kaum lain jika BN menang.

Harapan mereka hanya satu, mengunakan perasaan 'TAKUT' untuk memancing undi Setiap kaum atau bangsa mempunyai jiwa dan kelemahan masing-masing. Senjata atau taktik yang paling berkesan diperturunkan oleh anwar kepada semua ahlul Pakatan haram ialah membakar sentimen, menghasut dan menakut-nakutkan kaum tertentu.

Mereka membuatkan kaum lain takut kepada UMNO/BN kononnya BN tidak membela kaum lain. Mereka menakutkan kaum India supaya jangan undi BN, dengan alasan BN membiarkan kaum india susah di Malaysia. Sama juga dengan kaum cina, Dap mempertikaikan MCA menjadi alat UMNO kerana tidak membela kaum cina.

Apakah kempen dengan menghasut dibenarkan sekarang? Permainan bahaya Pakatan Haram boleh mengundang rusuhan kaum. Mereka menjadi juara dalam kaum mereka, sedangkan niat sebenar mereka berbeza.

Ada mereka kisah kalau Malaysia huru-hara? Ada mereka peduli kalau ada rusuhan kaum? Yang mereka peduli ialah kuasa, wang dan politik. Matlamat mereka hanya satu, mahu menang dengan apa cara sekalipun.

MctHeory:
PKR, PAS dan DAP mereka ini pelacur kepada bangsa mereka sendiri!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkinkah BN akan menang di Hulu Selangor? Mungkin tidak! Kalau MIC masih menjadi calon, memang susah BN nak menang!

Tanpa Nama berkata...

mc aku ingat ko ni pecacai umno dan najib la. org gila mcm ko je yg sokong umno. bgus la, ko dgn puak2 ko tu bole terjun lombong!

Tanpa Nama berkata...

pencacai pakatan pun masuk tempat kau mc. aku ingat unspinner aje kena kacau. suruh aje pencacai tu terjun lubang taik babi yang kerajaan selangor nak buat yang terbesar diasia tu.

McTheory berkata...

biar la kat depa. aku suka depa dok mengelupur macam tu.

paritkuda berkata...

Mc
Aku heran la dengan penyokong pakatan haramiah ni, depa ni kalau tulis semuanya tak ada facts, tulisannya semua tulisan bodoh macam Anon 11.41 tu tulis...terjun lombong..semuanya tulisan budak kecik atau budak darjah 4

Memang depa ni semua golongan mentality rendah ke Mc?

Sedihnya tengok melayu kasta paria macam ni.

McTheory berkata...

ParitKuda

Takat tu ja la yang mampu depa buat. Nak buat macam mana, otak depa dok takat tu juga. Kalau depa pandai, takkan nak percaya kata-kata anwar dan pakatan haramnya!

assaad berkata...

Salam Mc.

Bagus juga kalau DS Najib taruh calon MIC. MIC terpaksa bekerja kuat untuk memenangi kerusi tersebut. Kalau kalah juga tiada sebab untuk bubuh calon MIC lagi di situ pada PRU 13.

Ini untuk "testing ground" yang lebih mustahak pada PRU 13.

Cuma penduduk Hulu Selangor masih lagi terpancing dengan propoganda PR atau tidak. Harap semuga semua penduduk Hulu Selangor lebih dewasa dalam memilih yang mana intan dan kaca.

Harap UMNO/BN dapat menangkis sikap atau teknik kotor PR. Walaupun pada hakikatnya kebenaran telah terurai banyak YB telah keluar dari PKR (PR), tetapi adakah penduduk Hulu Selangor sudah tahu atau sudah terima imformasi ini.

"Betulkanlah Yang Biasa
dan Biasakanlah Yang Betul".

Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
http://saatjais.formor.com

teratailiar berkata...

hebatnya pencacai umno dalam spin...
macam klcc yg tak terisi...
kapal selam yang tak berfungsi...
kenapa bangsa melayu begini...
suka melihat luaran,sedang dalam tak berisi.