Khamis, 27 Mei 2010
APAKAH SEMUA ORANG PAS PERANGAI BURUK MACAM NI?
Mc nak cerita satu kisah benar mengenai jiran Mc. Mc ni perantau yang merantau dari Kedah ke Kuala Lumpur mencari rezeki sesuap nasi. Bila merantau mesti la rajin berpindah. Ceritanya bermula bila Mc baru aje berpindah ke satu pangsapuri.
Biasalah bila baru berpindah mesti kita nak berkenalan dengan jiran sekeling. Sebelah kanan rumah Mc, rumah bujang. Budak-budak melayu, ok, peramah. Sebelah kiri, india, masuk gak kepala, orang kuat MIC sticker besar depan pintu. Depan rumah, rumah keluarga, Melayu, jarang nampak batang hidung, sibuk kerja agaknya.
Ceritanya bermula begini, jiran depan rumah Mc ni orang kuat surau. Mc selalu terserempak dengan dia bila di Surau. Pernah juga Mc tegur, dia buat bodoh selamber badak je. Mungkin dia jenis macam tu kot. tu takpa lagi.
Mc bukan jenis kaki sibuk, rumah orang, keluarga orang, dia punya hal la. Tapi bila tengah malam terpekik terlolong. Bergaduh suami isteri, pukul anak serupa nak membunuh. Siapa tak pelik, kita yang dok diam ni pun boleh masuk campur.
Kiranya keluarga depan rumah Mc ni menjadi perhatian semua keluarga kat blok Mc duduk ni. Nampak macam alim-alim je, muka nampak baik-baik. Tapi bila marah ke mengamuk ke, macam nak runtuh rumah Mc dengar. Keluarga ni juga tak bercampur orang, buat kepala sendiri.
Anak-anak diorang pun tak berkawan, pernah Anak Mc menegur anak mereka. Tapi masing-masing buat bodoh terus masuk rumah. Kiranya keluarga ni amat pelik dan hidup di dunia mereka sendiri. Mc terus mencari jawapan pada semua ini. Satu hari Mc baru balik kerja, Mc nampak satu kenari biru baru parking depan Mc, ada satu sticker Pas besar kat cermin depan kereta dan satu sticker gambar Nik Aziz kat penjuru cermin depannya.
Teruja Mc melihat keganasan identiti pemilik kenderaan tersebut. Betul-betul fanatik Pas. Paling Mc terkejut apabila insan yang keluar dari kereta tersebut ialah jiran yang tinggal didepan rumah. Senyum Mc sendiri, baru Mc tahu jawapan dari segala persoalan. Dalam hati berkata ''Patut la''.
MctHoery:
Mereka ini umpama kera sumbang! Hidup tak serupa orang!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Betul betul betul !!!!!!!
Mereka ni anai anai kat masjid dan surau, apa tidak nya habis solat jer mereka terus rapat dengan jawatan kuasa mesjid atau surau, ingat nak sumbang idea untuk pembangunan mesjid rupa rupa nya menghasut jawatan kuasa mesjid membenci kerajaan dan yang anih nya mereka tidak pernah sekali pun mendirikan mesjid atau surau, semua hasil kerajaan yang mereka maki hamun selama ini. Apa bila sesuatu kerosakan berlaku semua kita tengok kat TV pandai pulak mintak pihak berkuasa lah atau YB untuk sumbangan sedangkan kekadang kala mereka sendiri ada duit tapi tak pernah nak keluar untuk membaiki surau atau mesjid tersebut semua mintak kerajaan dan apabila kerajaan beri perutukan mereka terus juga dengan aktiviti memfitnah kerajaan. Ini adalah produk yang dikatakan anai anai pas. Pergi mesjid untuk tunjuk alim dan memfitnah kerajaan dan duit mereka di gunakan untuk mendirikan markas anutan mereka dan masuk jadi ahli kohilal aka kobedal lu masuk gua bedal. hehehehe. sekian wasalam.
ha..ha.. gitu la kot penyokog parti yang gunakan islam ni.. teman pun ada gak org cam tu kat kawasan umah teman. ditampalnya muka N. Ajis kat depan belakan kereta nya. Ikut musim bila ada PRK ke dia tampal le apa-apa yang kena menyena dng kempen mereka. muka mamat tu selamba gak. kat surau tak nampakla... tapi gerak badan dan muka semacam je.. kot gitu golongan fanatik politik ni...
betul....mmg betul...!!!
satu hari aku dengar member gaduh... pasal piliharaya kampus... sorg mboikot, sorg marah...
Pemboikot: Haram ngundi non-muslim, padahal ada calon muslim
Pemarah: Apasal plak? Pihak U suruh. Kena la ngundi!
Pemboikot: Ada dalil lah! dia pun tunjuk tafsir quran.
Pemarah: sory la, aku xreti baca quran
Esoknya aku tgk kat keta si pemarah tu, ada sticker UMNO.
dalam hati 'patut lah'
hahahahaaaa
Catat Ulasan