Rabu, 19 Mei 2010
BENARKAH KITA ISLAM JIKA TINGKAH LAKU KITA BEGINI?
Sebelum kita memulakan dengan topic yang berat-berat Mc nak sampaikan pesanan dan sindiran kepada semua umat Islam yang mengaku dirinya Islam. Tak kiralah setakat Islam dalam I.C atau betul-betul yang mengamalkan ajaran Islam.
1- Orang lelaki Islam yang sederhana akan beritahu orang bahawa jika dia berkahwin, ada 4 orang anak pun dah cukup, tetapi ada pula orang Islam yang kaya tapi tak berapa nak sedar diri, mengatakan jika ada 4 bini lagi bagus ehh.
2- Ibu ayam kampung cukup marah dan bengis kalau kita kacau anak ayamnya yang baru menetas, tetapi ibu ayam dibandar-bandar besar pula cukup suka kalau anak-anaknya kena usik dengan orang.
3- Orang Islam yang ingat Tuhan bangun awal pagi untuk sembahyang subuh tetapi orang Islam yang ingat dunia hanya bangun pagi semata-mata untuk berjogging kononnya kesihatan diri.
4- Orang yang beriman selalu beringat 'yang hidup pasti mati' tapi orang yang tak beberapa nak cukup iman pula cakap 'hidup mesti terus'.
5- Dulu kita pergi sekolah, cikgu ajar kira-kira dari angka kosong hingga sembilan, tetapi orang yang 'tak sekolah' biasa belajar dan hafal empat nombor ekor je.
6- Orang Islam selalunya pandai mendidik dan menjaga anak dengan baik tetapi orang yang cuma mengaku Islam, cuma pandai buat anak lepas tu buang merata-rata.
MctHeory:
Bagi sesetangah orang dunia adalah pentas lakonan dan jenaka hidup. Bagi kita orang Islam, dunia adalah tempat ujian dan mencari bekal untuk ke peringkat seterusnya. amin. .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Islam keturunan yang tidak menghayati ajaran Islam begitulah jadinya. Jangan terkejut jika pada zaman kini, ada yang tak tahu membaca Al Quran.
I support I.S.A.
Salam Mc,
Point no 4 tu sy rs maksud Mc msti orng beriman akan cakap 'hidup mesti mati', tak gitu?
anon 14.24
terima kasih kerana menegur atas kesilapan Mc. hehe. . point no 4 sudah diperbetulkan
Catat Ulasan