Rabu, 19 Mei 2010

KENAPA KAUM CINA TIDAK MENYOKONG BN?



Tanda soal? tanda tanya? Isu ini isu panas. Tapi apa yang Mc cuba kupaskan disini adalah realiti yang terjadi didalam masyarakat kita sekarang. Kaum cina seperti kita sedia maklum adalah kaum yang begitu rajin bekerja, pandai berdikari dan suka berniaga. Sifat kaum ini amat berbeza dengan kaum-kaum lain didunia, termasuk Melayu.

Disebabkan kaum cina pandai berniaga berdikari dan rajin mencari duit, kaum cina merupakan kaum yang bertapak diseluruh dunia. Dimana ada peluang, disitu mereka sampai. Termasuk jugalah Malaysia. Tujuan kaum cina datang ke Malaysia bukanlah untuk bermastautin disini. Mereka dibawa oleh British khas dalam bidang perlombongan dan juga untuk mengukuhkan sumber aliran kewangan dengan adanya perniagaan di Malaysia.

Alhamdullilah. .hingga sekarang, kaum cina memang berpengaruh dalam bidang perniagaan. Walaupun mereka agak pentingkan perniagaan sesama kaum dan majukan kaum sendiri, tapi disebabkan mereka ekonomi Malaysia merasa peningkatannya.

Itu pengenalan mengenai kaum cina dalam bidang dan sifat kaum cina yang perlu kita pelajari. Mereka berbeza dengan kaum melayu. Berbeza sangat! Melayu sebenarnya kaum yang hebat! Cuma sejarah kita sudah diubah dan diolah sehingga menjadi kaum yang lemah. Ini akan dibincang dalam post yang akan datang.

Kini melayu menjadi kaum biasiswa, kaum mengharap, kaum yang perlukan bantuan baru boleh berjaya. Amat lemah berbanding kaum cina, sebab ituah kerajaan mengadakan DEB (Dasar ekonomi baru) supaya dapat mempertingkatkan ekonomi Melayu dengan terancang. Supaya melayu tidak menyembah dibumi sendiri pada kemudian hari nanti.

Sebab itu kerajaan adakan akta khas untuk kaum bumiputra, untuk menjaga kepentingan bumiputra. Tapi bukan ini yang mahu kita bincangkan, kita mahu tahu kenapa kaum cina kini tidak menyokong BN? Seperti Mc katakan tadi, kaum cina sukakan perniagaan, mereka sukakan duit. Dulu di Malaysia mereka hanya fokuskan kepada skop duit dan perniagaan, tetapi kini skop mereka sudah berubah. Berubah macam mana ye?

Mereka mahu kuasa politik, mereka sudah mahu mentadbir. Mengawal negeri, mengawal kewangan negeri, kuasa politik boleh membuat duit dengan lebih besar lagi. Jika besar pengaruh politik mereka, lagi besar peluang mereka untuk membuat duit.

Kaum cina melihat Dap mampu untuk membantu mereka mencapai cita-cita untuk menguasai pentadbiran Malaysia dengan gabungan kuasa Pas dan PKR. Mereka tahu, Pas dan PKR hanya pak turut dalam Pakatan Haram. Jadi mereka sudah melihat dalam skop yang lebih besar, besar daripada apa yang telah diberikan oleh MCA dan Gerakan.

Jika Gerakan dan MCA hanya setakat menjadi menteri dan tak mungkin ada peluang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kini peluang mereka untuk berbuat demikian sudah terbuka, sudah diberi jalan oleh kepimpinan Anwar Ibrahim dan sekutu Pakatan Haramnya. Kumpulan haram ini sanggup mengadai apa saja untuk berkuasa, walaupun mengadaikan negara.

Atas sebab alasan dan cita-cita inilah yang menyebabkan sokongan kaum cina kepada Dap semakin bertambah. Ditambah dengan isu kebebasan beragama dan juga kesamarataan yang diperjuangkan oleh pengkhianat Melayu Anwar Ibrahim. Kaum cina melihat Pakatan Haram yang kini diketuai oleh Dap mampu memberikan skop yang lebih besar kepada mereka.

Jika dahulu kaum cina tidak kisah akan politik. Kini ada diantara mereka sudah mempunyai agenda tersendiri. Mc bukan membenci kaum cina, Mc sendiri mempunyai ramai kawan dari kalangan orang cina. Bukan semua cina serupa hati perut Dap.

Kini setelah diracuni oleh Dap dan Pakatan Haram. Kaum cina semakin menjauhkan diri dari BN. Walaupun DS Najib melancarkan gagasan 1Malaysia supaya rakyat Malaysia kembali bersatu padu. Hakikatnya kaum cina masih lagi mempercayai agenda Dap yang mahu berkuasa di Malaysia. Sekaligus jika Pakatan Haram berjaya memenangi pilihanraya umum nanti mungkin Dap yang akan menjadi ketua dan memerintah Malaysia mengikut kerusi parlimen dan dun yang mereka menangi.

Itulah cita-cita Dap, sekarang mereka cuma berlapik-lapik dan belum menunjukkan taring sebenar, bila tiba masanya pasti tanduk mereka akan keluar juga. Jika fenomena begini yang melanda kaum cina di Malaysia, janganlah harap kaum cina mahu menyokong BN lagi. Jangan Harap!

Mctheory:
Nak harapkan kuasa Melayu? Mimpi aje la!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg jual singapore dulu - melayu umno

siapa yg jual kaw minyak sekarang -
melayu umno

siapa yg dok sibuk berkelahi dgn melayu. Tak habis-habis nak kenakan DSAI - melayu umno

FAN berkata...

Benar bagai di kata..Cuma masa dan ketika belum membuktikan sebenar-benarnya apa yang akan berlaku..Sebab itu masih ramai yang tak percaya dan mengatakan ini semua propaganda UMNO untuk menarik kembali sokongan..Tapi percayalah ini akan berlaku nanti..Kepada yang celik maka bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur..Kepada yang buta bantulah mereka..kerana mereka juga sebangsa dan seagama..ini bukan ayat rasis sama juga apa yang ada di kepala otak mereka..mereka sekadar merebut peluang..peluang terhidang yang disajikan dengan relahatinya oleh kaum kerabat kita juga..

YANG GAMBI berkata...

Salam MC, PAS sebelum kehadiran Anwar, politik mereka seiring dengan UMNO, tetapi sejak PAS menjadi boneka Anwar, DAP semakin berkuasa....wajar sangatlah kalau dilebelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.....

Mohd berkata...

Theory ini adalah sangat betul!
1. Utk menyelamatkan Melayu, kita mestilah bersatu utk berhadapan dgn agenda Cina ini. Lupakanlah segala yg telah berlaku selama ini. Demi masa depan anak cucu kita, PAS dan UMNO mesti bersatu.
2. Orang2 PAS haruslah insaf dan sedar. PAS mesti menolak orang2 yg yg akan menjahanamkan Melayu spt Nik Aziz dan kumpulan Erdogannya. Yang boleh diharap adalah kumpulan Ulama spt Hadi, Nasa dan Harun Din
3. Di PRU13 nanti, PAS dan UMNO bawalah berunding supaya meletakkan calun masing2 di kawasan majoriti Melayu, tetapi jangan berlawan antara satu sama lain. Bahagikanlah kerusi sama rata. Orang Cina biarkan bertanding di kawasan majoriti Cina shj.
4. Setelah menang pilihanraya dgn majoriti lebih dpd 2/3 di parliamen, kita buatlah kerajaan perpaduan pula utk orang Melayu sahaja. Pindalah perlembagaan Malaysia sedemikian rupa agar kaum bukan Melayu ini dipinggirkan terus!
5. Ambil tindakan berani spt yg dilakukan oleh PAP Singapura dgn mengubah persempadanan kawasan undi supaya tak ada kawasan majoriti Cina lagi.
6. Pembangkang bukan Melayu yg vokal sangat kita sumbatkan ke dalam ISA. Kita ikut sebiji apa yg dilakukan oleh PAP kpd pembangkang di Singapura.
7. Pemimpin2 parti mestilah dipilih oleh setiap ahli parti. Utk layak jadi pemilih buatlah macam Singapura. Yang baik kita ikut.
8. Semua yg di atas mesti dilakukan sebelum kaum Cina melakukannya keatas kita dulu. Kalau terlambat, menangislah kaum Melayu. Jadilah spt Melayu Singapura mengemis di negeri sendiri!
Allah hu Akbar

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah Melayu , bangkitlah Melayu dari mimpi 13Mei mungkin akan berulang......Hapuskan Perosak agama dan tanah Air kita.....

Celako,celako,celako ......PAS

ClorocBleach

Tanpa Nama berkata...

demi masa depan umat melayu dan islam...apa kata jika pemerintahan negara ini di kembalikan semula kepada raja raja melayu....macam Brunei...

Tanpa Nama berkata...

Aku Sokong apa Mohd cakap...

Kerajaan meerintah sekarang kena lebih keras dan bijak ..menghalang daripada awal..kalau perlu sumbat dalam jel sumbat cepat2 terutama sekali anwar guna kuasa sesama masih ada ..biar lah orang nak kata apa janji hak melayu kekal di bumi melayu... Anwar perlu disumbat dalam jel terlebih dahulu dia ni paling mengarut asyik tangguh2 main2kan undang 2 malaysia. Kalau kerajaan tak sedar lagi tak tahu la memang bodoh....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya org melayu harus memperkuatkan diri mereka sendiri tanpa terlalu mengambil kira pelbagai alasan2 lain. Yang penting adalah untuk kepimpinan org melayu melakukan perkara yang betul.

Yang dimaksudkan sebagai betul adalah perkara yang menguntungkan dan memeperkasakan bangsa.

Semua unsur yang merugikan bangsa serta dapat melemahkan orang melayu harus ditangani.

Unsur yang dimaksudkan termasuklah bangsa melayu sendiri samada pemimpin yang sediaada, lama baru dsbnya serta dari parti mana sekalipun malah orang2 melayu yang "melacurkan" diri mereka terutamanya mesti ditangani dengan segera dan "decisively".

Selain itu, kepimpinan melayu harus mengambil sikap yang lebih berani dalam menangani apa saja cubaan dari pihak lain untuk melemahkan org melayu.

Cubaan seperti menidakkan hak orang melayu, melabelkan pimpinan2 melayu yang menjadi ikon dan lambang kekukuhan dan kejayaan bangsa serta institusi yang menjadi penaung org melayu mestilah ditangani dengan cepat dan "firm".

Dan mungkin juga tindakan drastik perlu untuk mengukuhkan penguasaan bangsa dengan memikirkan strategi dimana jumlah kawasan parlimen yang harus dikuasai orang melayu serta menjuruskan pembangunan bandar dan desa kearah pencapaian strategi tersebut serta lain-lain strategi sedemekian.

Tanpa Nama berkata...

apa yang berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan tauladan. jadikan sempadan. jgn lah kesalahan itu hendak diulang semula....dengan alasan dia boleh buat..kita pun boleh. yang penting melayu mesti bersatu dalam agama dan ekonomi....tak kira parti. Parti hanyalah persatuan...dan Parti bukan Agama.