Khamis, 20 Mei 2010

ZUL NORDIN THE THEORY DAN DISEBALIKNYA!


Mc berminat nak berbincang mengenai teori Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zul Nordin. Beliau ada mengatakan bahawa jika fenomena yang melanda PKR kini iaitu fenomena keluar parti berterusan, PKR akan terbubar dengan sendirinya pada awal tahun hadapan.

Mc cuba mencari link yang sesuai untuk disambungkan tentang kenyataannya yang sebenar tapi tak dapat. Mc difahamkan, Zul juga ada mengulas mengenai Pakatan Rakyat. Pendapat beliau, jika PKR dibubar, pastinya Pakatan Rakyat juga akan menjadi lemah lama kelamaan dan Pakatan Rakyat juga akan berpecah dan dibubarkan.

Betul juga apa yang Zul cakapkan tu, cuma. .fenomena yang melanda PKR kini dianggap enteng bagi ahli PKR sekarang. Mc ada berjumpa dengan geng ahi PKR yang masih tegar ni. Kebanyakannya tidak menganggap fenomena keluar parti yang melanda kini adalah perkara serius, pada mereka ini adalah rancangan Anwar.

Bila mereka menyebut tentang 'perancangan Anwar' dan mereka kata Anwar ada kejutan bila PRU ke 13 nanti. Ini cuma kata-kata mereka, tah betul tah tidak, cuma Mc minta UMNO harus lebih berhati-hati. Jangan terlalu mudah membuka pintu masuk, harus menapis kepada yang perlu. Jika tersilap haribulan, takut strategi makan diri.

Susah sebenarnya nak bercakap puak PKR tegar ni, bertekak sampai pagi pun takkan menang punyala. Tapi dia ni pun bukan orang baru dah agak lama dalam PKR, berjawatan juga la. Sebab tu bila dia kata Anwar ada perancang lain, Mc pun berfikir dua kali juga la. Mungkin betul atau mungkin hanya nak sedapkan hati pengikutnya.

MctHeory:
Apapun kita pun tahu, Anwar pembelit nombor 1 negara!

5 ulasan:

HANG JEBAT berkata...

PARTI ISLAM MELAYU ©®™

PARTI MELAYU ISLAM SEBUAH BLOG YANG AKAN MEMPERJUANGAN HAK ORANG ISLAM KHUSUNYA MELAYU. DISAMPING MEMBERI PANDANGAN DAN TEGURAN KEPA AHLI-AHLI POLITIK DAN PARTI-PARTI DEMI MENJAMIN PERSAUDARAAN MELAYU SENTIASA TERJALIN ©®™

http://parti-islam-melayu.blogspot.com/

paktam berkata...

Zul Nordin kata Haron Din dan N.Ajis ialah ulamak Besar. Bila saya tanya sudahkah YB selidik latar belakang pengajian ulamak besar ini, dia tak siar. Dalam kes adik Amirul, saya tanya tahukah YB tentang Hak-hak anak dalam fiqh Munakahat dia tak siar. Dia mengaku bahawa dahulu dialah memegang biro agama dalam PKR. Bila kita tengok CV beliau (terdapatdalam web blog beliau)tidak terdapat pengajian agama yang diikuti. Habis bagaimana yang mentadbir hal agama kalau tiada pengetahuan agama yang diperlukan. Kalau nak guna nas dari al-Quran memang senang, kerana tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu memang banyak. Tetapi, untuk memahami konteks yang betul kita perlu fahami sekurang-kurangnya tiga ayat sebelum dan tiga ayat selepas. Untuk memahami persepsi konteks pula kita kena memahami sekurang-kurangnya sebab penurunan ayat atau ayat-ayat al-Quran itu. Terdapat banyak lagi ilmu yang perlu diperhatikan sebelum mengguna sesuatu ayat al-Quran sebagai nas hujah!!! Fahamkah YB ini perbezaan kata Mu'alim dengan Ulamak? Malangnya ramai yang anggap dia 'ulamat' BESAR juga. Memang sedih!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Parti PKR tak kan berkubur tapi dia akan jadi Parti Berjubor hahahahahahhaha

McTheory berkata...

hmm. .

Wake UP! berkata...

Jangan senang-senang buka pintu UMNO pada orang yang pernah di dalam PKR.

Takut nanti PRU ke 13 mereka pusing 360 dan mengatakan mereka tu pro PKR pula.

Relinquishing the special rights of the Malay