Ahad, 2 Mei 2010

HADI ELAK DARI JADI KULI PKR DAN DAP!


Mc terdengar kekecohan berlaku dikem Pas sekarang. Yelahh. .apa tak kecohnya, apabila seorang Presiden parti tiba-tiba tinggalkan parti untuk keluar negara sewaktu parti dan rakan-rakan seperjuangannya memerlukan sokongan untuk berkempen di Hulu Selangor.

Dengar cerita dari blog Pakatan Haram, Presiden Pas ni keluar negara atas urusan rasmi parti. Jemputan dari pemimpin negara Maldives. Ada juga yang mendakwa Hadi ke Maldives untuk bercuti dan memancing. Betul ke? he he he. . .

Sedang puak Pas dok memfitnah dan jadi kuli batak PKR dan Dap di Hulu Selangor. Hadi lak boleh tinggalkan peperangan di Hulu Selangor dan pergi bercuti. Ha ha ha. . kelakar betul la. Nampak sangat ada yang tak kena dengan kepimpinan Pas sekarang.

Mc cuba meminta pendapat pemimpin disebuah cawangan Pas. Identiti terpaksa dirahsiakan, atas sebab keselamatan. Mengikut pendapat beliau, kebanyakan pemimpin atasan Pas berasa kecewa dan hilang semangat dengan PKR. Semuanya disebabkan oleh kesilapan dan kecuaian PKR sendiri.

Memula calon, lepas tu tiada perancangan khas bagi mengerakan jentera. Sokongan dari Dap dan PKR sendiri pun agak kurang, nak harapkan Pas je berjuang dan paling ketara apabila seorang demi seorang ahli PKR keluar parti semasa waktu berkempen, sebab tu ramai pemimpin tertinggi Pas sudah malas nak berkempen lagi.

Bukan Hadi saja, Nasharuddin, Mustaffa dan geng mereka, bukannya ada di Hulu Selangor, semua sudah balik sebelum hari mengundi tiba. Kalau PKR sendiri tidak bersungguh berkempen untuk calon mereka, buat apa Pas nak tolong lebih-lebih. Begitu la katanya lagi.

Syabas Hadi Awang dan Ustaz Nasha kerana tidak menjadi kuda tunggangan PKR dan Dap di Hulu Selangor. Pada N.ajis, anda memang layak menjadi barua pada PKR dan Dap. TERUSKANLAH!

MctHeory:
Geng perpaduang sudah mula tunjuk jalan keluar pada Pakatan Haram!

3 ulasan:

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah berkata...

Biarkan mereka KARAM dan LEMAS dlm pakatan haram.

Nak menjatuhkan jemaah islam yg menjadi ketua kerajaan. Sedangkan kedudukan dan halatuju mereka kabur dalam pakatan haram.

Kalau sekadar menjadi pemecah undi melayu, bai tak payahlah.

McTheory berkata...

PUBT,
betul tu bro. .

Tanpa Nama berkata...

nik ajis dah mula minta tolong dgn syaitan,nanti kita akan lihat pendedahannya, punya la syirik dan munafik nik ajis ni, apa dia buat dgn sami sami siam tu