Ahad, 2 Mei 2010
SEJARAH SEBENAR ORANG MELAYU TELAH DIROMPAK!
Hari ini Mc nak cerita sikit mengenai sejarah melayu. Mungkin ada yang pernah dengar tentang hal ini atau ada yang belum pernah dengar lagi tentang hal ini. Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu mengenai cerita sebenar sejarah keturunan melayu yang asli.
Coretan-coretan sejarah yang ada sekarang hanyalah daripada sumber yang terhad dan peninggalan buku sejarah yang tidak lengkap. sejarah orang melayu di Malaysia sebenarnya sudah lama dirompak oleh kerajaan British semasa meraka datang menjajah Malaysia.
Mereka juga disyaki mengubah sejarah Tanah Melayu dan asal usul kaum melayu untuk melemahkan semangat melayu untuk membangun dan berdikari. Hingga sekarang dipercayai sejarah Melayu yang sebenar masih lagi tersimpan di Perpustakaan Besar Kerajaan British di London.
Dimana hanya golongan tertentu sahaja dibenarkan masuk mencari bahan dan sumber. Mc difahamkan kerajaan Malaysia dibawah Tun Dr Mahathir, pernah cuba untuk meminta izin supaya dibenarkan masuk, tetapi hanya seorang saja dibenarkan masuk dan tanpa membawa barang catitan.
Hasilnya hingga sekarang, Mc pun tak tahu kenapa perkara ini didiamkan sahaja oleh kerajaan. Mungkin sudah putus asa. Mungkin mahu membiarkan saja sejarah supaya tidak perlu diubah. Atau kerajaan Malaysia masih merancang untuk memohon kebenaran pada masa yang akan datang. Allah Maha Mengetahui!
MctHeory:
Mc tidak merujuk mana-mana buku atau sumber, Mc dapat tahu dari seorang pensyarah di USM dan ini adalah rahsia umum kepada pemimpin Melayu yang ingin tahu sejarah sebenar orang Melayu!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Salam Bro. rasanya memang patut kerajaan buat satu projek untuk mencari kepingan-kepingan lembaran sejarah yang telah disembunyikan oleh penjajah. NGO seperti PERKASA dan NGO-NGO Melayu yang lain perlu bekerjasama dengan pengkaji-pengkaji sejarah dari universiti tempatan dan kementeriaan yang berkenaan untuk buat satu projek besar bagi mencatumkan kepingan-kepingan sejarah Melayu. Blog Mistisfiles boleh jadi salah satu sumber untuk ketahui sejarah Melayu yang misteri ni.
aku rekemen buat petisyen kat gomen kita suruh paksa fucking bloody british kembalikan khazanah kita balik... lama mana pun depa sorok sejarah kita tu, lama2 tau jugak...
Dah lama mereka cuba sembunyikan. Tak tahu la, kerajaan kita masih berusaha atau sudah diamkan diri.
betul tuh tuan. banyak sejarah melayu telah disembunyikan.
namun begitu, saya rasa bangga kerana terdapat segelintir pensyarah-pensyarah dari usm, ukm dan um sedang berusaha mengkaji dan membongkar sejarah tanah air kita.
begitu juga dengan pewaris-pewaris kesultanan melayu diseluruh nusantara.
terdapat beberapa blog yang berjuang untuk membongkar sejarah kita. antaranya
http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/
http://kedahcybersyburi.blogspot.com/
http://www.naim-firdausi.blogspot.com/
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
http://www.themalaypress.blogspot.com/
http://mistisfiles.blogspot.com/
http://ibnurusydi.blogspot.com/search/label/Sejarah%20Realiti
kita selama ini hanya terkongkong dengan catatan lama pegawai-pegawai british.
tapi tanpa sedar terdapat juga catatan pegawai-pegawai perancis, jerman, sepanyol yang memperkatakan tentang tanah melayu dan keadaan di nusantara pada zaman dulu.
catatan mereka amat mengejutkan saya dan catatan ini selari dengan penemuan-penemuan artifak sejarah yang dilakukan oleh pensyarah2 kita dari usm, ukm dan um.
marilah kita dedahkan sejarah yg sebenarnya dan bukan sejarah kita yg telah diputar belitkan.
anak-anak muda perlu tahu kehebatan sejarah kita supaya kita berbangga menjadi melayu dan tidaj lagi memandang rendah terhadap bangsa sendiri.
Ya betul tu sejarah yg disembunyikan supaya org melayu xtau yg dorang asalnya dr Indonesia tapi belagak macam tuan kat tanah semenanjung ni.Ahli sejarah kita mesti buat kajian supaya org Melayu mula sedar diri skit yg moyang depa bukan dr semenanjung tapi dr luar.Dan mula berikan status bumiputera kepada yg berhak(org Asli).hehehehe
Catat Ulasan