Sabtu, 22 Mei 2010

KELUAR LAGI? RUNTUHNYA KERAJAAN PAS KEDAH!


Belum pun sebulan, semasa Ustaz Azizan memberi amaran jika ada adun Pakatan yang keluar parti, beliau akan bubarkan dun dan akan terjadinya pilihanraya negeri. Namun gertakkan dan ugutan Ustaz Azizan nampaknya tidak menjadi.

Esok atau lusa bakal ada lagi adun akan keluar dari PKR dan Pas. Nampaknya kerajaan Pas Kedah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Mc masih ingat bahawa Pas Alor Star berjanji 28 Mei ini mahu membuat kejutan, kononnya mahu menarik lebih ramai ahli UMNO ke dalam pas. Nampaknya siapa yang akan terkejut? tunggu aje la.

Depa dok sebok pancing ikan kecik, yang ikan besaq semua pakat nak lari habih dah. Inilah bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Mctheory:
Harap bersabar!.

3 ulasan:

melayuangkat berkata...

Jika asyik sibuk sangat BERPOLITIK bilalah YB YB ni SEMUA boleh berkhidmat untuk rakyat Negeri Kedah ya.

Siang malam asyik asyik hal nak LOMPAT..tadbir Negeri macam main teng teng pulak.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Berikutan keadaan politik Negeri Kedah tercinta.

Kepada pemerintah sekarang...

Daripada buat ceramah nak terangkan kepada rakyat bahawa YB mereka tak akan melompat, lebih baik buat program yang lebih mendekatkan lagi antara satu sama lain iaitu program yang lebih menguntungkan rakyat. Bagaimana kami yang bukan ahli PAS/PKR/DAP yang undi parti anda dulu, tak kan nak suruh kami pergi dengar juga ceramah yang YB dari PR ni x akan melompat. Kalau dah betul mereka ni setia apa nak takut. Kerajaan negeri perlu lebih kreatif mencari sumber menjana ekonomi negeri, jgn harap duit dari perseketuan sangat, Kalau PR di peringkat persekutuan, BN di negeri pun perkara yang sama akan terjadi ( konon nya peruntukan disekat ).

Kepada yang nak ambil alih...

Dah 50 tahun diberi peluang, mengapa sekarang dah terhantuk baru nak tengadah. Masalah BN, yang saya nampak agenda peribadi pun banyak terutamanya projek2 le, pas tu laporan dari ketua cawangan semuanya cantik2 (ada ketua cawangan baca pun tak tau...tak percaya? cari la tengok, betul punya ni), adik beradik menguasai cawangan pun ada, mesyuarat cawangan...hahaha malas le nak cerita, YB bekas cikgu, minta buat surat sokongan pun suruh kita taip sendiri pas tu dia kan tandatangan, macam ni ke servis selepas kita bagi undi?. Saya akui saya penyokong kerajaan yang kecewa seperti yang lain juga. Kepada BN, betul betul bersediakah kembali memerintah kalau budaya cantas mencantas masih ada?. Tepuk dada tanya selera?

mctheory keling kedah berkata...

kah kah kah..mctheory..lu keling ke nama cam ni.. kah kah kah...keling punya keling..lu keling kedah mai ka??? wakaka sedara pope gomo la si keling ni.. kah kah kah