Sabtu, 22 Mei 2010

TERKINI: SERANG BALAS V.MUGILAN LANCAR GERAKAN ANTI SAMY VELLU!


Panas! V. Mugilan bekas Timbalan Pemuda MIC yang baru dipecat oleh Mr.Samy. Kini bertindak balas dengan membuat Gerakan Anti Samy Vellu. Nampaknya V.Mugian tidak mudah menyerah kepada Samy.

Mugilan dipecat kerana mengkritik Samy yang mahu menjadikan MIC sebagai harta keturunannya. Memangla kritikan Mugilan agak keras tetapi sebagai Presiden parti yang demokratik, Samy vellu sepatutnya tidak membuat tindakan terburu-buru.

Kasii la warning ke, gantung ke apa ke. Ini tak terus kena pecat. Dahsyat sungguh pentadbiran MIC ni. Nampaknya Samy Vellu agak keras dalam tindakannya untuk mendiamkan mulut-mulut pengkritik dalam parti.

Samy sepatutnya menjadi hero kepada semua rakyat india di Malaysia, bukannya menjadi hero dalam MIC saja. Mc percaya, gerakan anti Samy Vellu akan mendapat sambutan. Bukan sahaja dari kaum India, malah dari kaum yang lain-lainnya.

Apapun Mr Samy, kebenaran memang pahit untuk ditelan bukan?

MctHeory:
Mugilan! Mc nak join boleh?

Tiada ulasan: